KOTA BHARU: Bekas Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman meninggal dunia pada 3.40 petang di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), di sini, hari ini.
Anak kedua Allahyarham, Ahlaami Abdul Halim memberitahu Bernama, bapanya yang berusia 82 tahun itu meninggal dunia disebabkan jangkitan paru-paru.
"Insya-Allah, arwah bapa saya akan disolatkan di Masjid Saadatul Ikhwan pada malam ini sebelum dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Banggol selepas solat Isyak," katanya.
Sementara itu, Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, Abdul Halim dilantik sebagai Timbalan Menteri Besar Kelantan bermula 1990 sehingga 2004.
Katanya, Allahyarham merupakan tokoh yang sangat berjasa kepada negeri Kelantan dan menjadi antara individu penting yang mempelopori pentadbiran kerajaan negeri di bawah Dasar Membangun Bersama Islam.
"Allahyarham juga sebelum ini berkhidmat sebagai wakil rakyat bermula sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Banggol bagi tahun 1986 sehingga 1995.
"(Allahyarham) turut menjadi ADUN Kijang pada tahun 1995 sehingga 2004 selain memegang jawatan sebagai Ahli Parlimen Pengkalan Chepa bagi tempoh 2004 hingga 2013, sekali gus merupakan mantan bendahari Pas Pusat," katanya dalam hantaran di Facebook miliknya hari ini.
Ahmad bagi pihak kerajaan negeri turut mengucapkan takziah kepada ahli keluarga Allahyarham.
"Semoga Allah SWT mengampunkan dan merahmati serta mengangkat darjatnya di kalangan orang-orang yang beramal soleh," katanya. - BERNAMA
Bernama
Mon Aug 22 2022
Datuk Abdul Halim Abdul Rahman meninggal dunia pada 3.40 petang ini di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu, Kelantan. Allahyaram menghembuskan nafas terakhir pada usia 82 tahun akibat jangkitan paru-paru.
Kedudukan geopolitik Malaysia amat signifikan bantu bangun semula Gaza - IKIM
Dalam konteks geopolitik, Malaysia berada dalam kedudukan strategik untuk menjalin kerjasama erat dengan negara-negara anggota OIC.
Usaha babitkan perjuangan Palestin tidak wajar dipersoal - ABIM
Usaha itu turut digembleng bersama sumbangan peribadi rakyat Malaysia yang prihatin serta memperlihatkan solidariti nasional.
Pembekal buntu buah kelapa kurang menjelang Thaipusam
Seorang pembekal utama buah kelapa di Pulau Pinang mendakwa mengalami kerugian puluhan ribu ringgit menjelang perayaan Thaipusam susulan masalah pengeluaran hasil komoditi berkenaan.
Pembukaan NADI pupuk komuniti lebih berinovatif, interaktif
Kemudahan NADI membantu pelajar dan penduduk mempelajari ilmu baharu yang relevan dengan perkembangan semasa.
Perpaduan dan nilai kekeluargaan teras kemajuan Wilayah Persekutuan - Zaliha
Di sebalik pembangunan dan kemodenan Wilayah Persekutuan yang merangkumi Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan, tersemat semangat perpaduan dan nilai kekeluargaan di setiap sudutnya.
Polis Filipina sahkan pemergiaan Malabed satu kehilangan
Polis Filipina pada Jumaat mengesahkan seorang pegawainya Kolonel Polis Pergentino Malabed berada dalam pesawat American Airlines yang terhempas ke Sungai Potomac selepas bertembung dengan helikopter Black Hawk Tentera pada Rabu.
Junta tentera lanjutkan darurat
Junta Tentera melanjutkan darurat selama enam bulan lagi, sehari sebelum ulang tahun keempat rampasan kuasa.
Hamas umum nama tiga tebusan bakal dilepaskan
Hamas pada Jumaat mengumumkan nama tiga tebusan yang bakal dilepaskan pada Sabtu.
Tiga individu itu ialah Ofer Calderon, Keith Siegel dan Yarden Bibas.
Tiga individu itu ialah Ofer Calderon, Keith Siegel dan Yarden Bibas.
Pemimpin pembangkang India ditahan atas dakwaan rogol, serangan
Seorang pemimpin parti pembangkang Kongres India ditangkap pada Khamis atas tuduhan rogol dan serangan.
FDA lulus ubat baharu berpotensi jadi alternatif opioid
Pil itu dinamakan Journavx, yang digunakan untuk merawat sakit akut jangka pendek yang sering berlaku selepas pembedahan atau kecederaan.
Isu tanah Kesedar: Kerajaan negeri dapatkan maklumat status tanah
Kerajaan negeri Kelantan akan mendapatkan maklumat tepat berhubung status tanah sama ada ia milik Kesedar atau sebaliknya.
Isu telaga jejari: Kerajaan Kelantan beri kerjasama penuh kepada SPRM
Mohamed Fadzli berkata Kerajaan Kelantan tidak akan menganggu proses penyiasatan yang sedang berjalan.
Keputusan petisyen Nik Elin: Kelantan kecewa - Timbalan MB
Mohamed Fadzil berkata, pihaknya akan memaklumkan dengan segera kepada Sultan Kelantan berhubung keputusan tersebut.
Bekas Timbalan Menteri Besar Kelantan meninggal dunia
Datuk Abdul Halim Abdul Rahman meninggal dunia pada usia 82 tahun akibat jangkitan paru-paru.
Mohd Amar tidak marah dikecam netizen
Timbalan Menteri Besar Kelantan berkata, ramai orang tidak memahami penjelasan yang dibuatnya mengenai sesuatu isu.
COVID-19: Timbalan MB Kelantan jalani kuarantin
Datuk Mohd Amar Nik Abdullah menjalani kuarantin di rumah selepas menjadi kontak rapat pesakit COVID-19 dan bergejala.
Kelantan warta 1,644 hektar kawasan sebagai penempatan dan pertanian Orang Asli
Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata ia melibatkan lapan kawasan perkampungan atau pos Orang Asli di Gua Musang dan sebuah di Jeli.
Selepas Mercedes, Exco Kelantan dapat 'durian runtuh' RM50,000 pula
Sebanyak 11 Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Kelantan dan tiga ahli ex-officionya menerima pemberian khas sebanyak RM50,000 seorang, kata Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.
Royalti petroleum Kelantan dibayar sekiranya ada keputusan dibuat - Amiruddin
Kementerian Kewangan akan melaksanakan pembayaran sekiranya ada keputusan tertentu yang dibuat oleh kerajaan dan juga Kabinet berhubung pembayaran tuntutan royalti petroleum oleh kerajaan Kelantan.
Ibu Timbalan MB Kelantan meninggal dunia
Ibu Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, Tengku Chik Tengku Ibrahim meninggal dunia, awal pagi tadi.