Sebanyak 11 Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Kelantan dan tiga ahli ex-officionya menerima pemberian khas sebanyak RM50,000 seorang, kata Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.
Beliau berkata, pemberian khas itu diberikan kepada anggota pentadbiran kerajaan negeri berdasarkan pencapaian pendapatan tahunan kerajaan negeri.
"Tahun lepas ada juga sikit (pemberian khas) sebab kami ikut pencapaian 'pendapatan' kerajaan (negeri). Mungkin tahun depan tak ada," katanya ketika ditemui pemberita, di sini hari ini.
Ditanya adakah pemberian khas itu menggunakan bantuan 'one-off' sebanyak RM400 juta yang diberikan oleh kerajaan Persekutuan kepada kerajaan Kelantan pada hujung tahun lepas, beliau berkata, wang berkenaan masih belum digunakan.
"Duit (RM400 juta) tu tak usik pun lagi, jadi tak berbangkitlah perkara ini ...pemberian 'one-off' ini bukan selalu kita (kerajaan negeri) dapat jadi kita kena manfaatkan untuk kepentingan rakyat. Kita akan perincikan program dan masa itu kita akan umumkan kepada rakyat kita nak buat apa (dengan wang RM400 juta itu)," katanya.
Beberapa portal berita hari ini melaporkan pemberian khas sehingga RM50,000 seorang kepada barisan pimpinan kerajaan negeri yang telah menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan kakitangan kerajaan negeri.
Ketika belum reda isu pembelian 14 buah Mercedes Benz oleh kerajaan Kelantan, pemberian khas itu dipersoalkan kerana jauh beza dengan yang diperoleh pegawai dan kakitangan negeri itu yang menerima bayaran tambahan RM500, menjadikan keseluruhan RM1,000 seorang.
Pemberian khas itu akan diterima minggu kedua bulan ini sekali dengan pemberian tambahan yang diterima kakitangan kerajaan negeri. - BERNAMA
Bernama
Wed Jan 22 2020
Pemberian khas diberikan kepada anggota pentadbiran kerajaan negeri berdasarkan pencapaian pendapatan tahunan kerajaan negeri, kata Mohd Amar Nik Abdullah. - Gambar fail
Banjir Sarawak: Jumlah mangsa meningkat 12,470 orang, penduduk di Bintulu masih fobia biarpun banjir sudah surut
Jumlah mangsa banjir di Sarawak terus meningkat kepada 12,470 orang membabitkan 3,618 keluarga di 62 pusat pemindahan sementara (PPS).
Aset rizab rasmi Malaysia AS$116.22 bilion pada akhir Disember 2024 - BNM
Unjuran aliran masuk mata wang asing berjumlah AS$2.49 bilion bagi tempoh 12 bulan akan datang.
Trump kenakan tarif baharu ke atas Mexico, Kanada dan China mulai hari ini - White House
Tarif baharu itu akan melibatkan duti sebanyak 25 peratus ke atas Mexico dan Kanada serta tarif 10 peratus ke atas China.
Kerajaan disaran pertimbang laksana semula cukai GST pada kadar dua peratus - CEO Mranti
Katanya, kerajaan tidak perlu tergesa-gesa terus melaksanakan cukai GST pada kadar enam peratus sebaliknya melaksanakannya pada kadar dua peratus.
Sultan Pahang terima menghadap KSN di Istana Abdulaziz
Baginda meluangkan kira-kira satu jam bagi membincangkan pelbagai perkara, khususnya berkaitan kemakmuran negeri serta hal-hal berkaitan rakyat.
'Putera kini kembali’ - Santos sambut kepulangan Neymar
Neymar kembali ke Santos iaitu kelab yang membuka laluan buatnya menggilap bakat dan memasyhurkan namanya dan Pele di seluruh dunia.
Konsistensi dan komitmen ramuan bergelar juara dunia - Herry
Katanya, ramuan itu tidak akan lengkap sekiranya tidak 'diadun' dengan disiplin serta semangat juang yang tinggi dalam kalangan pemain.
Malaysia bekerjasama dengan Jepun di bawah kerangka CEAPAD untuk pembinaan semula Gaza
Komitmen ini selaras dengan kenyataan Perdana Menteri mengenai keperluan mendesak untuk mempercepat usaha pembinaan semula Gaza dan Palestin.
Semua pihak perlu berhati-hati beri kenyataan berkaitan agama - Mohd Na’im
Semua pihak perlu mengamalkan sikap saling menghormati dalam masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan agama.
Wei Chong buru ranking 10 terbaik dunia
Wei Chong mengimpikan hasrat itu dengan mengambil kira kemasukan Herry Iman Pierngadi selaku ketua jurulatih lelaki baharu negara.
Sidang DUN Johor yang dijadual 5 Mac ditangguh - Speaker
Namun, tempoh penangguhan itu dijangka tidak akan mengambil masa yang lama, katanya.
Mukhriz menghadap Sultan Kedah pagi ini
Mukhriz Mahathir mula menghadap Sultan Kedah bermula jam 10.15 pagi dan pertemuan terbabit dijangkakan akan berlangsung lebih satu jam.
Selepas Mercedes, Exco Kelantan dapat 'durian runtuh' RM50,000 pula
Sebanyak 11 Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Kelantan dan tiga ahli ex-officionya menerima pemberian khas sebanyak RM50,000 seorang, kata Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.