SHAH ALAM: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyarankan agar modul literasi kewangan turut dimasukkan dalam Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 sebagai persediaan awal generasi muda hadapi cabaran masa depan.
Beliau berkata perkara itu dapat dilakukan dengan kerjasama antara Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan (i-LEAD) di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan PLKN di bawah Kementerian Pertahanan.
"Beberapa pendekatan mesti dilakukan agar kadar kebankrapan dapat ditangani di peringkat awal. Jika ini tidak dibuat maka dikhuatiri sebelum masuk ke pasaran guna tenaga, mereka terlebih dahulu mempunyai keberhutangan yang tinggi dan ini sangat tidak sihat," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan penutup Konvensyen Literasi Kewangan Belia Kebangsaan 2023 anjuran i-LEAD di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Kampus Puncak Alam hari ini. Hadir sama Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeo.
Ahmad Zahid berkata selain PLKN, institusi pendidikan lain termasuk Program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), institusi pengajian tinggi awam dan swasta serta kolej juga harus menyediakan kursus berkenaan literasi kewangan.
Modul itu adalah sebagai persediaan awal untuk generasi muda menghadapi cabaran masa hadapan termasuk berkenaan pembelian dalam talian, penawaran kad kredit dan pembelian tanpa tunai, katanya.
Ahmad Zahid berkata selain PLKN, institusi pendidikan lain termasuk Program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), institusi pengajian tinggi awam dan swasta serta kolej juga harus menyediakan kursus berkenaan literasi kewangan.
Sementara itu, Hannah berkata KBS melalui i-LEAD kini menumpukan kepada pembangunan sosioekonomi belia dan isu kebankrapan dalam kalangan belia dengan membantu mereka menyedari dan mendapatkan kemahiran untuk berbelanja secara berhemah.
"Pada tahun ini, sembilan orang di bawah umur 25 tahun diisytihar bankrap manakala 419 orang di antara umur 25 hingga 34 tahun bankrap. Mereka ini tergolong dalam lingkungan umur belia yang rata-ratanya baru memulakan kehidupan dan kerjaya," katanya.
Beliau berkata pada tahun lepas, sebanyak 5,695 kes kebankrapan direkodkan dengan pinjaman peribadi merupakan punca terbesar yang menyumbang kepada 46.8 peratus daripada punca-punca kebankrapan lain seperti pinjaman perniagaan, pinjaman perumahan, sewa beli dan kad kredit.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 10 2023
Ahmad Zahid berkata selain PLKN, institusi pendidikan lain termasuk Program TVET, institusi pengajian tinggi awam dan swasta serta kolej juga harus menyediakan kursus berkenaan literasi kewangan. - Gambar fail
TDM tahan dua warga India cuba seberang Sungai Golok
Tentera Darat Malaysia (TDM) melalui Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen) menahan dua warga India yang cuba menyeberangi Sungai Golok menuju ke Thailand, pada Ahad lepas.
Keindahan 'rumah tular' tarik pengunjung pelbagai kaum
Kebiasaannya orang ramai hanya berpeluang untuk melihat dekorasi sempena perayaan Krismas di pusat membeli-belah.
Nahas KM204: 'Saya percaya polis kumpul bukti untuk pendakwaan' - Bapa mangsa
Mazupi yakin polis sedang menjalankan siasatan secara telus dan adil berhubung kejadian yang mengorbankan anak, menantu dan besannya.
Menara Eiffel dikosongkan akibat litar pintas pada rel kuasa lif
Masalah teknikal berlaku antara tingkat dua dan puncak menara, lantas mencetuskan penggera kebakaran.
Puak bersenjata Syria setuju bubar, gabung bawah Kementerian Pertahanan
Langkah itu diambil semasa mesyuarat di Damsyik antara ketua pentadbiran baharu Syria Ahmed al-Sharaa dan wakil puak revolusi di negara itu.
AWANI Ringkas: Jenazah lima sekeluarga selamat dikebumikan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pengurus inap desa rugi lebih RM60,000 ditipu skim pelaburan bitcoin
Seorang pengurus inap desa kerugian lebih RM60,000 selepas terpedaya dengan sindiket pelaburan bitcoin dalam talian.
Lapangan terbang baharu nilai tambah pertumbuhan ekonomi Sarawak - Abang Johari
Lapangan terbang antarabangsa baharu yang dicadangkan di Kuching akan menjadi nilai tambah dalam meningkatkan daya tarikan Sarawak untuk perniagaan, pelaburan dan pelancongan.
Nahas ngeri Ayer Keroh: Siasatan terperinci, audit keselamatan terhadap syarikat kenderaan terlibat - JPJ
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sedang menyiasat secara terperinci terhadap syarikat kenderaan terlibat dalam kemalangan di KM204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara di Melaka semalam.
Malaysia, Kyrgyz sedia teroka peluang kerjasama dalam bidang pertanian
Perkara itu disepakati dalam pertemuan antara Datuk Seri Mohamad Sabu dan Duta Besar Republik Kyrgyz ke Malaysia Anvar Anarbaev.
Banjir: Keselamatan sempadan negara di tahap tertinggi - Ahmad Zahid
Beliau berkata kawalan di sempadan tetap berjalan seperti biasa membabitkan penugasan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Kesiapsiagaan hadapi banjir di tahap tertinggi - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata, seramai 82,794 pegawai dan anggota diatur gerak bagi menghadapi banjir di beberapa negeri terjejas khususnya di Pantai Timur.
Malaysia patut amal sistem dua parti, elak perpecahan - Tun M
Malaysia perlu mengamalkan sistem dua parti bagi memastikan tiada lagi polemik politik berlaku sehingga menyebabkan kejatuhan pentadbiran sesebuah kerajaan.
BN ketengahkan banyak calon muda, muka baharu pada PRU16 - Ahmad Zahid
BN akan mengetengahkan ramai calon muka baharu, terutama dari kalangan anak muda, pada Pilihan Raya Umum Ke-16 akan datang.
MIHAS@Dubai capai kejayaan luar biasa, catat jualan RM500 juta hari pertama
MIHAS@Dubai yang julung kali diadakan dari 18 hingga 20 November 2024 menterjemahkan pencapaian penting bagi industri halal Malaysia.
Universiti AI Mohamed bin Zayed, UniKL bakal berkolaborasi bangunkan fakulti AI di Malaysia
Universiti Kuala Lumpur (UniKL) di bawah Majlis Amanah Rakyat (Mara) akan mendapat kerjasama Mohamed bin Zayed Universiti of Artificial Intelligence bagi membangunkan fakulti kecerdasan buatan (AI).
Penganjuran MIHAS@Dubai perkukuh permintaan produk halal di rantau MENA
Hubungan perdagangan yang kukuh antara Malaysia dan UAE dalam industri halal telah menyokong permintaan serta memupuk kepercayaan yang tinggi terhadap produk halal premium Malaysia.
Kepakaran Space42 dalam AI berpotensi tingkat keupayaan Malaysia - Ahmad Zahid
Teknologi ini memperkukuh infrastruktur komunikasi negara dan memastikan rakyat dapat nikmati akses digital yang lebih luas dan selamat.
Ahmad Zahid ucap tahniah pasukan MLBB Malaysia juarai kejohanan dunia
Ahmad Zahid menyifatkan meskipun menghadapi perlawanan sengit daripada pasukan Filipina, ia tidak menggugat semangat juang pasukan negara.
NADMA jalin kerjasama dengan NCEMA UAE - TPM Ahmad Zahid
pengalaman emiriah arab bersatu (uae) dalam menangani cabaran bencana dan krisis agak kompleks berbanding bencana yang kerap berlaku di malaysia seperti banjir, tanah runtuh dan jerebu akibat kemarau