Kementerian Pelancongan merancang mengadakan modul baharu latihan dalam usaha melahirkan pemandu pelancong berkelayakan untuk tapak warisan Unesco di Melaka dan Pulau Pinang.
Timbalan Ketua Setiausaha kementerian itu, Rashidi Hasbullah berkata di bawah cadangan itu pihak kementerian akan menghendaki pemandu pelancong memakai lencana khas semasa membawa pelancong melihat kawasan tapak warisan.
Semua pemandu pelancong ke tapak warisan yang diberi kelayakan memakai lencana biru itu terlebih dahulu diperlukan menjalani latihan, katanya kepada pemberita selepas majlis taklimat kepada pengusaha industri pelancongan di Pulau Pinang mengenai Tahun Melawat Malaysia 2014 (TMT 2014), di sini hari ini.
Hadir sama di majlis itu ialah Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Datuk Mirza Mohammad Taiyab.
Rashidi berkata mereka merancang untuk menganjurkan kursus selama dua minggu bagi pemandu pelancong yang berminat untuk menjadi pemandu pelancong ke tapak-tapak warisan Unesco.
Katanya, kursus tersebut dijangka diadakan tahun ini selepas modul latihan itu siap disusun dan memerlukan kelulusan Kementerian Sumber Manusia sebelum ia dapat dimulakan.
Menurut Rashidi, modul itu dibuat secara holistik membabitkan juga pelbagai agensi termasuk Kementerian Pelancongan, Kementerian Sumber Manusia dan Jabatan Warisan di bawah Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan.
Beliau berkata dengan adanya modul latihan yang baharu itu dapatlah mempromosikan lagi tapak-tapak warisan Unesco di Melaka dan George Town kerana pemandu pelancong yang terlatih akan memiliki kemahiran dan pengetahuan lengkap untuk disampaikan kepada pelancong.
Dalam pada itu, Mirza Mohammad berkata Tourism Malaysia akan terus memperkenalkan Pulau Pinang sama ada pusat-pusat tarikan di sebelah pulau atau di bahagian tanah besar supaya pendapatan hasil pelancongan dapat dibahagikan sama rata.
Beliau bagaimanapun berkata adalah penting bagi mengadakan kemudahan infrastruktur yang lengkap terlebih dahulu sebelum usaha memperkenalkan program pelancongan seperti inap desa, lawatan ke kawasan luar bandar dan ekopelancongan dapat dimajukan.
Mengenai program TMT 2014 membabitkan Pulau Pinang, Mirza Mohammad berkata mereka sedang berusaha memperkenalkan pakej berinovasi seperti berkayuh basikal, melawat ke tempat-tempat pesta keagamaan dan kunjungan ke dusun durian.
Bernama
Sat Feb 02 2013
![Modul latihan baharu kepada pemandu pelancong Modul latihan baharu kepada pemandu pelancong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-02/71359818952_295x200.jpg)
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026 Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735290530_TBrusia.jpg)
Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.
![Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739976606_Maldives.jpg)
Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.
![Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41659697159_SergeiLavrov.jpg)
Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.
![Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723697210_TBMiti.jpg)
Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
![Modul latihan baharu kepada pemandu pelancong Modul latihan baharu kepada pemandu pelancong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-02/71359818952_295x200.jpg)
Modul latihan baharu kepada pemandu pelancong
Modul baharu latihan dalam usaha melahirkan pemandu pelancong berkelayakan untuk tapak warisan Unesco akan diperkenal.