Pembangunan modal insan merupakan agenda teras kerajaan kerana ia merupakan kunci kepada aspirasi dan cita-cita negara, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perdana Menteri berkata menerusi ilmu dan pendidikan, ia menjadi landasan kepada proses lengkap untuk melahirkan manusia yang berpengetahuan, berakhlak, berkemahiran dan berdaya saing.
"Sesebuah bangsa yang tidak mempunyai ilmu akan tewas kepada pihak lain kerana tanpa ilmu kita tidak mempunyai kekuatan bagi mengatasi pihak itu. Contoh yang amat jelas apabila tamadun Melayu Melaka sampai ke puncaknya tewas kepada tamadun Portugis yang hanya hantar tiga buah kapal kerana pada waktu itu Kesultanan Melaka hanya mempunyai kemampuan perang dengan alatan tombak dan keris tapi Portugis mempunyai alat perang meriam," katanya dalam ucapan perasmian Kompleks Permata Insan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di sini hari ini.
Turut hadir isteri perdana menteri yang juga Penaung Program Permata Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan, Naib Canselor USIM Prof Datuk Dr Musa Ahmad dan barisan exco kerajaan negeri.
Mengulas lanjut, Najib berkata kerajaan mesti menyediakan generasi akan datang dengan ilmu secukupnya mencakupi ilmu Naqli dan Aqli.
Perdana Menteri berkata dalam agama Islam, adalah wajib bagi umatnya menuntut ilmu sama ada yang bersifat wahyu ataupun pengetahuan.
"Kalau kita mengasingkan satu, maknanya kita belajar ilmu ukhrawi sahaja tinggal duniawi atau belajar duniawi sahaja tinggal ukhrawi, maka kita jadi manusia yang tempang.
"Apatah lagi dalam konteks masyarakat kita hari ini dengan segala-gala unsur pengaruh media sosial dan masalah-masalah lain dalam konteks masyarakat kontemporari misalnya masalah dadah, mat rempit dan masalah segala-gala unsur yang ada dalam internet termasuk ideologi IS (kumpulan militan Daesh).
"Maka kalau kita tak ada pengetahuan untuk bezakan yang Hak dan Batil maka kita akan jadi mangsa kepada semua pengaruh yang ada," katanya.
Dalam pada itu, perdana menteri menegaskan bahawa Program Permata Insan sebagai tepat pada masanya.
"Sebab kita nak membina peradaban, kita bukan nak menyediakan mereka yang lulus dalam bidang akademik sahaja, kita nak pemimpin, kita nak mereka yang mempunyai kesungguhan, kita nak mereka yang mempunyai kepandaian, tetapi berdasarkan kepada pengetahuan al-Quran dan As sunnah dan inilah menjadikan kita manusia yang selengkap-lengkapnya," kata Najib.
Kompleks Permata Insan adalah kompleks yang berkonsepkan sekolah dalam kampus dan terletak bersebelahan tasik utama USIM yang ketika ini memiliki 113 pelajar Asas 1 dan 2 yang sedang mengikuti pelajaran.
Ia dilengkapi pelbagai kemudahan asas seperti asrama, blok akademik, blog informasi digital, dewan makan dan dewan serbaguna.
Kompleks tersebut dibina di atas tanah seluas 4.8 hektar dengan kos pembinaan kira-kira RM68 juta.
Bernama
Tue Apr 05 2016
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri yang juga Penaung Program Permata Datin Seri Rosmah Mansor beramah mesra dengan kanak-kanak Permata pada Majlis Perasmian Kompleks Kolej Permata Insan, USIM. - Foto Bernama
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
Rosmah nafi barang kemas, beg tangan, aksesori mewah dibeli hasil aktiviti haram
Datin Seri Rosmah Mansor menegaskan bahawa barang kemas, beg tangan dan barangan mewah lain yang berada dalam milikannya bukan dibeli dengan wang hasil aktiviti haram.
Noh Omar sah sertai Bersatu berkuat kuasa serta-merta
Bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar sah menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkuat kuasa serta-merta.
Najib gagal dalam permohonan cabar kewujudan titah adendum jalani tahanan di rumah
Mahkamah Tinggi KL tolak permohonan Najib untuk dapatkan kebenaran mulakan semakan kehakiman bagi mencabar kewujudan Titah Adendum.
Pembelaan Najib dibenar sertai semakan kebenaran keputusan Lembaga Pengampunan
Najib dibenarkan untuk menyertai prosiding permohonan Badan Peguam Malaysia, bagi mendapatkan kebenaran memulakan semakan kehakiman, di Mahkamah Tinggi di sini, pada Selasa.
Saman sivil SRC: Ismee sambung beri keterangan 29 Julai
Perbicaraan kes saman sivil dikemuka SRC International terhadap Datuk Seri Najib Razak di Mahkamah Tinggi akan bersambung pada 29 Julai.
Penglibatan saya di SRC hanya sebagai 'rubber stamp' - Bekas pengarah
Suboh Md Yassin berkata beliau hanya berkhidmat sebagai 'rubber stamp' dalam syarikat itu bagi melaksanakan kehendak Penasihat Emeritusnya, Datuk Seri Najib Razak.
Najib kawal penuh semua aspek SRC - Bekas pengarah
Bekas pengarah SRC International Sdn Bhd memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa semua aspek perjalanan syarikat pelaburan strategik itu dikawal penuh oleh Datuk Seri Najib Razak atau mela
Bicara kes pecah amanah Najib, Mohd Irwan ditangguh 22 Julai
Hakim membenarkan permohonan Kumaraendran berikutan pihak pembelaan masih belum menerima 48 lagi dokumen berkaitan kes daripada pendakwaan.
Perbicaraan kes saman sivil SRC terhadap Najib ditangguh ke 19 Jun
Perbicaraan kes saman sivil SRC terhadap Najib Razak dan Nik Faisal Ariff Kamil di Mahkamah Tinggi ditangguhkan ke 19 Jun.
Tahanan rumah: Mahkamah benar permohonan Najib masukkan dua afidavit
Najib, 71, memfailkan permohonan kebenaran untuk semakan berkenaan di Mahkamah Tinggi di sini pada 1 April, menerusi Tetuan Shafee & Co.