KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak dibenarkan untuk menyertai prosiding permohonan Badan Peguam Malaysia, bagi mendapatkan kebenaran memulakan semakan kehakiman, di Mahkamah Tinggi di sini, pada Selasa.
Ia berhubung permohonan badan itu untuk mencabar keputusan Lembaga Pengampunan yang mengurangkan hukuman penjara dan denda terhadap bekas Perdana Menteri terbabit.
Hakim, Datuk Ahmad Kamal Md Shahid memutuskan demikian selepas pihak Najib memohon untuk berhujah kerana ia melibatkan kepentingan anak guamnya.
“Demi keadilan, saya menangguhkan prosiding hari ini bagi pihak responden kedua memfailkan hujahan bertulis dalam tempoh sebulan,” kata hakim itu.
Semasa prosiding, peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Najib, 71, berkata, mereka hanya mengetahui perkara berkenaan pagi ini.
Peguam itu kemudiannya memohon untuk menyertai prosiding dan berhujah, selepas Badan Peguam selaku pemohon yang diwakili peguam, Zainur Zakaria selesai mengemukakan hujahan.
Bagaimanapun, Zainur membantah permohonan Najib selaku responden kedua, dengan menyatakan prosiding terbabit tidak melibatkan bekas Presiden UMNO itu.
“Mereka (pihak Najib) tidak boleh menyertai prosiding pada peringkat kebenaran, tetapi boleh berhujah dalam semakan kehakiman (apabila kebenaran diperoleh),” katanya.
Hakim kemudian memberi masa tiga minggu kepada Muhammad Shafee untuk memfailkan hujahan dan kemudian menangguhkan prosiding kepada 18 September depan.
Sebelum ini, mahkamah dijadualkan untuk mendengar permohonan pemohon untuk mengemukakan hujahannya secara ‘ex-parte’ atau sebelah pihak.
Pada 2 Februari lalu, Urusetia Lembaga Pengampunan mengumumkan Najib diberikan pengurangan 50 peratus bagi hukuman penjara 12 tahun yang sedang dijalaninya berhubung kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd, dengan denda dikurangkan daripada RM210 juta kepada RM50 juta.
Badan Peguam memfailkan permohonan kebenaran itu melalui firma guaman Amir & Rajpal Ghai dengan menamakan Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, serta Najib sebagai responden pertama dan kedua.
Dalam permohonan berkenaan, Badan Peguam memohon perisytiharan bahawa keputusan Lembaga Pengampunan menyalahi undang-undang, tidak berperlembagaan dan tidak sah.
Sehubungan itu, ia memohon perintah certiorari terhadap lembaga terbabit untuk membatalkannya.
Badan itu juga memohon injunksi kekal menghalang bekas perdana menteri atau wakilnya daripada mengemukakan sebarang permohonan untuk pengampunan, tunda hukum atau lega hukum kepada Lembaga Pengampunan.
Turut dipohon, perintah larangan terhadap Lembaga Pengampunan untuk menerima, mempertimbangkan atau menentukan sebarang permohonan daripada Najib bagi pengampunan, tunda hukum atau lega hukum.
Permohonan injunksi dan perintah larangan itu adalah sehingga atau melainkan semua pendakwaan jenayah atau pertuduhan terhadap Najib selesai; Najib secara terbuka mengambil tanggungjawab atas tindakannya yang beliau telah disabitkan; dan beliau menyatakan keinsafan dan penyesalan atas tindakan berkenaan.
Pada 28 Julai 2020, Hakim Mahkamah Tinggi (kini Hakim Mahkamah Rayuan), Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali, mendapati Najib bersalah atas tujuh pertuduhan pecah amanah, menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.
Sehubungan itu, Mohd Nazlan menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta ke atas Najib dan keputusan berkenaan dikekalkan Mahkamah Rayuan pada 8 Disember 2021 serta panel lima Hakim Mahkamah Persekutuan yang dipengerusikan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat, pada 23 Ogos 2022. - Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Jul 02 2024

Badan Peguam memohon perisytiharan bahawa keputusan Lembaga Pengampunan menyalahi undang-undang, tidak berperlembagaan dan tidak sah. - Gambar fail
Dua individu ditahan, dadah bernilai RM6.3 juta dirampas
Dua suspek jerat diri sendiri apabila kantoi menyorokkan dadah di Waffel Braker untuk diterbangkan ke Sarawak menerusi Kuala Lumpur Imternational Airport (KLIA)
116 aduan diterima, Perak catat kes tertinggi
Sebanyak 116 aduan diterima sepanjang Ops Pantau dijalankan, Perak mencatat jumlah kes tertinggi iaitu 10 kes, diikuti oleh Selangor dengan empat kes
Malaysia bekerjasama sama rapat dengan AS, Singapura
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dalam kenyataan pada Selasa memaklumkan, kementerian itu juga akan terus bekerjasama rapat dengan AS dan Singapura untuk mencari cara yang berkesan bagi menangani isu tersebut.
Polis terima 6 laporan, siasat tiga pengacara Radio Era FM
Polis membuka kertas siasatan terhadap petugas radio Era FM milik Astro selepas tular video yang menyaksikan perbuatan tiga pengacara stesen berkenaan yang didakwa mempersendakan upacara keagamaan Hindu
Malaysia-Indonesia selesai secara damai - Saifuddin
Malaysia dan Indonesia sepakat menyelesaikan insiden tembakan di perairan Tanjung Rhu, Selangor secara damai bagi memastikan hubungan diplomatik kekal terpelihara.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, kejayaan ini hasil rundingan beliau ke Jakarta pada Februari lalu.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, kejayaan ini hasil rundingan beliau ke Jakarta pada Februari lalu.
[TERKINI] Ismail Sabri beri keterangan di SPRM pada Rabu - Azam Baki
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan hadir ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Rabu bagi membantu siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan dirinya.

Cukai perkhidmatan bagi perkhidmatan kesihatan bersekutu hanya dikenakan jika disediakan di luar premis yang diluluskan
Cukai perkhidmatan hanya dikenakan sekiranya perkhidmatan kesihatan bersekutu disediakan di luar premis yang telah diluluskan pengecualian cukai, menurut Kementerian Kewangan (MOF).

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 4 Mac 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Mesir kemukakan pelan pembinaan semula Gaza, seru pembentukan pentadbiran peralihan
Pembinaan semula Gaza perlukan pembentukan pentadbiran dan keselamatan peralihan bagi memastikan prospek penyelesaian dua negara dipertahankan.

'Saya bukan proksi Najib' - Bekas Pengerusi 1MDB
Bekas Pengerusi 1MDB memberitahu tidak dilantik dalam syarikat pelaburan strategik negara itu semata-mata untuk memastikan semua keputusan Najib dilaksanakan.

"Titah Adendum di bawah proses undang-undang, sila hormati" - Sultan Pahang
Sultan Pahang bertitah meminta semua pihak tidak berterusan membahaskan soal Titah Adendum.

1MDB: SPRM ambil masa lebih sebulan rakam keterangan - Saksi
Bekas Pengerusi 1MDB memberitahu Mahkamah Tinggi SPRM mengambil masa lebih sebulan untuk melengkapkan rakaman percakapannya.

Dokumen tambahan Najib: Rayuan semakan kehakiman di Mahkamah Persekutuan 24 Mac
24 Mac ditetapkan sebagai tarikh pendengaran permohonan kebenaran merayu yang difailkan AGC terhadap keputusan Mahkamah Rayuan berhubung dokumen tambahan dalam kes Najib Razak.

Permohonan larangan bersuara dalam kes dokumen tambahan Najib didengar 28 April
Hakim Hayatul Akmal Abdul Aziz yang menetapkan tarikh itu berkata permohonan berkenaan akan didengar pada 2.30 petang.

1MDB: Jho Low tiada peranan dalam proses membuat keputusan - Saksi
Menurut saksi, beliau tidak pernah dimaklumkan dan tiada siapa dalam kalangan pengurusan yang memberitahunya bahawa Jho Low mempunyai pengaruh sedemikian.

Saksi pembelaan gagal dikesan, perbicaraan kes 1MDB Najib ditangguh
Perbicaraan kes Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung dakwaan penyelewengan RM2.3 bilion daripada 1MDB hari ini ditangguh kerana saksi gagal dikesan.

Perintah larangan bersuara untuk elak komen prejudis terhadap Najib - Peguam Cara Negara
Perintah larangan bersuara (gag order) tidak akan memprejudiskan Datuk Seri Najib Tun Razak daripada membentangkan kesnya di mahkamah.

Peguam Negara bantah permohonan lantik peguam pemerhati dalam kes Najib
Semakan kehakiman itu berhubung dakwaan Najib mengenai kewujudan dokumen tambahan yang membolehkannya menjalani baki hukuman penjara enam tahun secara tahanan di rumah.

Titah Adendum: 'Nak lari dari mana? Selesai kes mahkamah saya jawab' - PM
Anwar menegaskan beliau tidak pernah mengelak daripada menjawab isu Titah Adendum membabitkan Datuk Seri Najib Razak, sebaliknya berpegang kepada prinsip undang-undang.