KUALA LUMPUR:Saringan COVID-19 yang diwajibkan ke atas pekerja asing merupakan langkah yang bagus, namun Kementerian Kesihatan (KKM) harus terlebih dahulu menyelesaikan isu prosedur operasi standard (SOP) bagi ujian calitan Rapid Test Kit Antigen (RTK-Ag) yang dihadapi oleh doktor, kata Persatuan Perubatan Malaysia.
Presidennya Prof Datuk Dr M Subramaniam berkata ini bagi membolehkan ujian berskala besar dijalankan dengan lancar.
Selain itu, SOP yang menetapkan agar sampel positif COVID-19 dihantar ke hospital yang berkenaan menyebabkan berlaku kelewatan dan menambah kerenah birokrasi kerana pesakit yang dikesan positif menerusi RTK-Ag masih perlu menjalani ujian Real-Time Reverse Transcription-Polymerase Chain Reaction (rt-PCR) di hospital tersebut, katanya dalam kenyataan.
Pada 20 Nov lepas, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan bersetuju agar saringan kesihatan diwajibkan ke atas semua pekerja asing di Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Sabah serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan menggunakan kaedah RTK-Ag.
Mengulas lanjut, Dr Subramaniam berkata SOP agar pesakit positif COVID-19 diasingkan di klinik sementara menunggu ketibaan ambulans atau pegawai kesihatan daerah juga tidak praktikal kerana ada kes pesakit terpaksa menunggu lama, justeru sistem pengangkutan khusus untuk mereka perlu disediakan.
Beliau turut menyuarakan kebimbangan tentang pengkomersilan saringan COVID-19 yang meluas berikutan ada organisasi tidak berdaftar dengan pihak berkuasa menawarkan ujian itu.
"Ramai orang tengah dan ejen tidak berkaitan penjagaan kesihatan terlibat dalam saringan selain ujian dijalankan di fasiliti yang tidak mengisytiharkan aktiviti itu kepada KKM. Ujian mesti dijalankan oleh petugas kesihatan terlatih bagi mengelakkan pesakit berdepan risiko kecederaan, menghadapi isu kesihatan atau mendapat keputusan negatif palsu," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 22 2020

Presidennya Prof Datuk Dr M Subramaniam berkata ini bagi membolehkan ujian berskala besar dijalankan dengan lancar. - BERNAMA

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

MMA gesa pengawalseliaan TPA untuk bendung amalan tidak beretika
Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) menggesa agar pengawalseliaan Pentadbir Pihak Ketiga (TPA) untuk membendung amalan tidak beretika.

MMA terima 36 kes buli sejak 2017
Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) menerima lebih 120 kes melalui talian aduannya HelpDoc dan daripada jumlah itu, 36 adalah kes buli.

Pertambahan jawatan tetap di KKM perlu diteruskan hingga nisbah doktor dan penduduk dicapai - MMA
Pertambahan ini dan pertambahan jawatan tahun berikutnya memberi impak kepada penjagaan kesihatan lebih baik kepada rakyat.

Sijil vaksinasi palsu: MMA mahu hukuman paling berat terhadap mereka terlibat
Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) mahu pihak berkuasa menjalankan siasatan menyeluruh terhadap kes pengeluaran sijil vaksinasi COVID-19 palsu dan membawa mereka yang terlibat ke muka pengadilan.

Dapatkan kit ujian kendiri COVID-19 yang diluluskan PBPP sahaja - MMA
Presiden MMA Prof Datuk Dr Subramaniam Muniandy berkata orang ramai perlu menyemak senarai kit ujian kendiri yang diluluskan melalui laman web PBPP sebelum membuat pembelian.

MMA gesa kerajaan tangguh kelonggaran SOP
Tegas MMA, sebarang keputusan untuk melonggarkan perintah kawalan perlu disokong bukti saintifik.

Pakar perubatan bimbang demonstrasi burukkan situasi COVID-19
Pakar perubatan melahirkan kebimbangan tindakan sesetengah pihak menganjur demonstrasi ketika negara sedang bergelut dengan COVID-19 akan memburukkan lagi situasi.

MMA minta kelonggaran penguatkuasaan di klinik swasta
MMA memohon kerajaan memberikan sedikit kelonggaran dari segi penguatkuasaan kepada klinik perubatan swasta yang semakin banyak menerima lambakan pesakit dari fasiliti kerajaan.

Sistem perlu ditambah baik, beri peluang doktor kontrak maju dalam kerjaya - SCHOMOS
Penting untuk memastikan doktor-doktor muda dalam negara boleh memajukan diri dalam laluan kerjaya masing-masing.

Siasat dakwaan syarikat swasta jual vaksin COVID-19 - MMA
Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) menggesa pihak berkuasa berkaitan termasuk Majlis Perubatan Malaysia menjalankan siasatan penuh dakwaan bahawa vaksin COVID-19 dijual oleh syarikat swasta.