KUALA LUMPUR: Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) dinobat sebagai Pusat Konvensyen Terbaik Asia serta Pusat Konvensyen Terbaik Malaysia bagi tahun 2023 oleh World MICE Awards (WMA) pada majlis gala tahunan keempatnya yang diadakan di Berlin pada 6 Mac lepas.
MITEC dalam kenyataan semalam memaklumkan ia telah melakar sejarah sebagai venue pertama dibina khas di Malaysia untuk mesyuarat, persidangan, pameran dan acara gaya hidup yang merangkul anugerah berprestij sebagai Pusat Konvensyen Terbaik Asia daripada WMA.
Selain itu, MITEC yang dimiliki Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), yang diberi penghormatan sebagai venue eksklusif di Malaysia, turut memenangi World Travel Awards for World's Leading Meetings and Conference Centre serta Asia's Leading Meetings and Conference Centre bagi tahun 2023, menjadikan jumlah anugerah yang diterima setakat ini pada tahun sama kepada empat.
Pengurus Besar bagi Pembangunan Perniagaan MITEC Winnee Lim berkata pihaknya berbesar hati menerima kedua-dua anugerah berprestij itu.
"Kedua-dua anugerah ini membuktikan dedikasi kami yang tidak berbelah bahagi ke arah pendekatan yang bermakna dan mampan dalam menguruskan MITEC.
"Pengiktirafan ini menyemarakkan lagi keazaman kami untuk terus mempertingkat perkhidmatan bagi memenuhi pelbagai keperluan penganjur, para perwakilan dan pengunjung," menurutnya dalam kenyataan sama.
Pengarah Urusan Qube Integrated Malaysia Jessie Tan pula berkata berbekalkan pengiktirafan antarabangsa yang kian bertambah, MITEC bersedia menarik lebih banyak acara perdagangan dan perniagaan ke negara ini.
"Ini bukan sahaja meningkatkan ekonomi negara tetapi juga memupuk kerjasama serta pertumbuhan perniagaan sekali gus mewujudkan platform yang bertenaga untuk pertukaran," katanya.
Menerusi kenyataan sama, Pengasas WMA Graham E. Cooke memuji para pemenang dan berkata anugerah itu mengiktiraf jenama yang membuktikan kecemerlangan mereka dalam industri masing-masing.
"Tahniah kepada MITEC!" katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 23 2024

MITEC yang dimiliki MATRADE, turut memenangi World Travel Awards for World's Leading Meetings and Conference Centre serta Asia's Leading Meetings and Conference Centre bagi tahun 2023. - Foto BERNAMA

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Pameran MATTA 2025 dijangka tarik lebih 210,00 pengunjung, jualan RM270 juta
Pameran MATTA 2025 pada 18 hingga 20 April di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur dijangka menarik kehadiran lebih 210,000 pengunjung.

Teknologi tidak akan mampu gantikan kepimpinan manusia, mencipta budaya – HRD Corp
Teknologi tidak akan mampu menggantikan kepimpinan manusia dan mencipta budaya di tempat kerja.

MITEC dinobat sebagai Pusat Konvensyen Terbaik Asia, Malaysia 2023 oleh World MICE Awards
Venue pertama dibina khas di Malaysia untuk mesyuarat, persidangan, pameran dan acara gaya hidup yang merangkul anugerah berprestij itu.

NHCCE 2023 bakal jadi himpunan terbesar pengamal sumber manusia Asia Tenggara
Dengan tema 'Menjana Pertumbuhan, Menginspirasi Perubahan', edisi kali ini adalah lanjutan edisi 2022 yang mendapat sambutan menggalakkan.

Pameran halal MIHAS 2023 berlangsung 12 hingga 15 Sept
Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) edisi ke-19 akan berlangsung bermula Selasa hingga Jumaat ini di MITEC.

Keselamatan siber sering diabai, tidak diberi perhatian sewajarnya - PM Anwar
Keselamatan Siber sering diabaikan dan tidak diberikan perhatian yang memadai walaupun semasa Malaysia gigih mengharungi transformasi digital, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pempamer, pembeli berdaftar dijangka meningkat di MIFF 2023
Pembukaan semula pintu sempadan China akan membawa lebih 200 syarikat dari beberapa bandar.

HRD Corp : NHCEE 2022 dapat sambutan, relevan keperluan pekerjaan semasa
Persidangan dan Pameran Modal Insan Kebangsaan (NHCCE) 2022 yang dianjurkan Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRD Corp) mendapat sambutan luar biasa.

HRD Corp lancar NHCCE 2022, jalin kerjasama dengan LinkedIn
HRD Corp meneruskan misi memperkasakan pengamal sumber manusia dalam bidang teknologi di tempat kerja melalui Persidangan dan Pameran Modal Insan Kebangsaan (NHCCE) 2022.

MITEC dilantik pusat vaksinasi perindustrian di bawah program PIKAS
Inisiatif PIKAS adalah bertujuan untuk memudahkan usaha kerajaan mempercepat program vaksinasi dalam kalangan tenaga kerja Malaysia dan mengurangkan bilangan kluster COVID-19.