GEORGE TOWN: Kadar kemiskinan tegar di Pulau Pinang dijangka dapat diselesaikan sepenuhnya akhir bulan ini hasil usaha dan inisiatif kerajaan Persekutuan dalam menganjurkan pelbagai program termasuk mewujudkan kolaborasi strategik antara agensi.
Pengarah Bahagian Penyelarasan Penyertaan Bumiputera Pulau Pinang (BPPBPP), Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Dr Syaharudin Shah Mohd Noor berkata menurut data unit berkenaan, terdapat 4,949 orang tergolong dalam kategori miskin tegar yang direkodkan setakat 31 Jan lepas.
"Namun, hasil daripada segala program mitigasi yang sedang dijalankan, jumlah tersebut telah berkurangan ke 117 orang setakat 24 April lalu, malah kita melihat perkembangan yang positif terus berlaku apabila ia kini menurun ke 45 orang.
"Kita jangka Pulau Pinang serta dua lagi negeri di wilayah utara iaitu Perak dan Perlis akan mencapai sifar miskin tegar menjelang akhir Mei ini," katanya kepada Bernama selepas menjadi moderator sesi panel 'Wacana Sifar Miskin Tegar: Kitaran dan Dimensi' anjuran ICU Jabatan Perdana Menteri hari ini.
Sesi panel itu merupakan satu daripada pengisian program yang diadakan bersempena Program Madani Rakyat 2024 Zon Utara di Tapak Pesta Sungai Nibong, dekat sini.
Terdahulu, ketika merumuskan sesi panel tersebut Syaharudin Shah berkata usaha kerajaan untuk membasmi miskin tegar bukan sesuatu yang retorik sebaliknya ia boleh dilaksanakan dengan kolaborasi dan koordinasi yang sistematik.
Beliau berkata langkah mitigasi pelbagai termasuk kolaborasi strategik antara agensi adalah untuk meminimumkan keciciran data atau pertindihan melampau semasa melaksanakan penyaluran bantuan kepada golongan yang memerlukan.
Mengulas mengenai kolaborasi strategik antara agensi, Ketua Bahagian Sinergi Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Rahmat Ismail yang juga panelis dalam sesi sama berkata program Social Synergy yang ditadbir agensi itu merupakan inisiatif berasaskan kolaborasi strategik antara agensi berkaitan bagi mewujudkan ekosistem keselamatan sosial yang lebih komprehensif.
Beliau berkata sebagai contoh, Perkeso akan menggunakan data harian kemalangan jalan raya yang disalurkan Polis Diraja Malaysia untuk mengenal pasti sekiranya pencarum terlibat dalam kemalangan terutama yang membawa maut.
Menurut Rahmat ia bagi memudahkan sebarang urusan bantuan kepada pencarum seperti pengurusan kematian yang perlu disegerakan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 03 2024

Terdapat 4,949 orang tergolong dalam kategori miskin tegar yang direkodkan di Pulau Pinang setakat 31 Jan lepas. - Gambar hiasan/Bernama

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Gangguan bekalan air 18 jam di Air Itam, Farlim, Paya Terubong
Sebanyak 33,500 akaun pengguna di Air Itam, Farlim dan Paya Terubong di sini akan mengalami gangguan bekalan air berjadual (SWSI) selama 18 jam bermula Jumaat hingga Sabtu ini.

Wanita parah tangan tersepit dalam mesin air tebu
Seorang wanita warga Indonesia mengalami kecederaan parah daripada jari hingga ke pergelangan tangan kanannya selepas tersepit dalam mesin memerah air tebu dalam kejadian di sebuah gerai di Flat Uda.

Tahun Baharu Cina: Tambahan trip feri P. Pinang pada 5 Februari
Persediaan memudahkan pergerakan pengunjung sempena program sambutan Tahun Baharu Cina (Pai Thee Kong) di Pengkalan Weld.

1.5 juta penganut Hindu dijangka banjiri P. Pinang sempena Thaipusam
Semua pihak terutama kuil dan jawatankuasa yang terlibat sempena perayaan itu sedang melakukan persiapan rapi.

Pulau Pinang terus jadi tumpuan pelancong pada musim cuti
Kedai-kedai nasi kandar di Jalan Gurdwara dan Jalan Datuk Keramat serta cendol dan air sarbat di Jalan Penang di sini menjadi tumpuan pelancong.

Polis P. Pinang yakin urus keselamatan, aliran trafik sepanjang persidangan ASEAN
Polis P. Pinang melakukan persiapan rapi untuk memastikan kelancaran semua program, termasuk persidangan yang dijangka berlangsung bulan depan.

P. Pinang tambah CCTV di Seberang Perai pastikan terus jadi bandar selamat
Ketika ini terdapat lebih 200 CCTV di kawasan itu dan pihaknya merancang untuk menambah sehingga 1,000 CCTV bagi meningkatkan pemantauan.

TMM2026: Tourism Malaysia giat promosi tiga negeri di utara
Antara usaha dilakukan ialah mengadakan kerjasama dengan agensi pelancongan menerusi pakej menarik yang memfokus kepada pelbagai lokasi.

Lelaki China cuba curi kad kredit dalam pesawat ditahan
Pihak polis menerima laporan berhubung kejadian itu daripada wanita berusia 44 tahun yang dalam perjalanan bercuti ke Pulau Pinang.

Kereta terbakar langgar bateri atas Jambatan Kedua Pulau Pinang
Sebuah kereta jenis Mercedes C200 terbakar dalam kejadian di KM 18, Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, arah Batu Kawan menghala ke Batu Maung pada Isnin.