PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta semua ketua jabatan, ketua pengarah dan ketua setiausaha meminitkan segala perbincangan membabitkan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) sebelum diserahkan kepada Ketua Setiausaha Negara.
Berucap pada majlis perjumpaan Perdana Menteri dengan warga Jabatan Perdana Menteri, di sini, hari ini, Anwar berkata, LKAN itu perlu diteliti semula bagi memperbaiki tata kelola pentadbiran, selain dapat mengenal pasti dan membantu mengurangkan ketirisan dalam pentadbiran negara.
"Saya minta ketua-ketua jabatan teliti bukan sahaja yang disentuh mengenai jabatan, tetapi lihat seluruh usul cadangan untuk perbaiki tata kelola dan saya akan cadangkan kepada KSN supaya semua ini diminitkan.
"Pertamanya, supaya dipastikan dapat dibincang kerangka besar isu laporan dan teguran Ketua Audit Negara, dan keduanya secara khusus yang menyentuh kedudukan di jabatan. Dengan cara sedemikian, tidaklah diulang masalah sama," katanya.
Berucap pada majlis perjumpaan bersama warga Jabatan Perdana Menteri (JPM), di sini, hari ini, beliau berkata, langkah meminitkan perbincangan membabitkan LKAN berkenaan juga penting untuk kedudukan jabatan berkaitan bagi memastikan masalah yang digariskan tidak berulang.
"Kita sejak dulu sudah mengulas mengenai LKAN, ada masalah yang terus berlaku. Kalau baca laporan beberapa tahun lepas, jam yang patut RM400, dikenakan bayaran RM4,000. Ada buku sekolah tidak sampai kepada pelajar tetapi dibayar.
"Perkara seperti ini kadang-kadang ia berulang kerana pemantauan kita lemah dan saya katakan itu kerja tanpa nilai," katanya.
Sementara itu, beliau berkata, penjawat awam boleh memberikan penekanan terhadap perkara asas mendalami ilmu dan menimba pengalaman di barat, namun jangan sampai hilang jati diri sebagai seorang Muslim dan anak Malaysia.
"Penjawat awam mewakili satu pola pemikiran dan pembentukan idea yang lebih tinggi dari sekadar menjalankan tugas-tugas biasa dalam jabatan," katanya serta menambah bahawa kumpulan itu mempunyai satu tugas yang lebih berbanding profesion lain. - BERNAMA
Bernama
Mon Nov 06 2023

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan pada majlis perjumpaan bersama warga Jabatan Perdana Menteri bagi November 2023 di Puspanitapuri hari ini. - Gambar BERNAMA

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

HRD Corp berjaya kutip levi RM2.3 bilion tahun lepas, tertinggi dalam sejarah - Sim
Beliau berkata jumlah kutipan levi berkenaan menunjukkan peningkatan berbanding tahun sebelumnya iaitu RM2.1 bilion.

PAC akan mulakan prosiding isu dibangkit LKAN Siri 2/2024
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan memulakan prosiding bagi empat isu yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Siri 2/2024.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 12 Julai 2024.

Laporan Ketua Audit Negara ada kelemahan, penemuan tak tepat - Khairy
Khairy berkata terdapat juga laporan LKAN yang ditulis berjela-jela sehingga memberi persepsi seolah-olah sesuatu sumber itu dibazirkan.

Isu HRD Corp: SPRM rakam keterangan 10 individu
Seramai 10 individu hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini hari ini bagi membantu siasatan isu tadbir urus HRD Corp.

Penggunaan paip AC punca NRW tinggi - PETRA
Kadar air tidak terhasil (NRW) yang tinggi secara dasarnya disebabkan oleh paip terutamanya jenis simen asbestos (AC) yang dipasang 30 hingga 50 tahun lepas telah menjangkaui jangka hayat.

Tiada peningkatan kos ketara bagi pembinaan projek RTS Link - MoF
Kerajaan menjangkakan tiada sebarang peningkatan kos yang ketara bagi projek infrastruktur Rapid Transit System Link (RTS Link) sehingga tamat tempoh pembinaannya.

SPRM bawa keluar 3 kotak berisi dokumen dari pejabat HRD Corp
Sepasukan anggota dan pegawai SPRM tersebut dilihat membawa bersama tiga buah kotak dipercayai berisi dokumen berkaitan HRD Corp yang dikaitkan dengan pendedahan dalam Laporan Ketua Audit Negara.

LKAN: Jabatan kerajaan perlu beri keutamaan aspek tatakelola, kebertanggungjawaban
Kementerian, jabatan kerajaan Persekutuan serta badan berkanun yang menerima teguran LKAN perlu memberi keutamaan terhadap aspek tatakelola dan kebertanggungjawaban.

Fadillah akan jumpa KKDW selesai isu bekalan air luar bandar Sarawak, Sabah
Fadillah Yusof akan mengadakan pertemuan dengan pihak Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah bagi membincangkan isu projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) di Sarawak dan Sabah.