Foto anak-anak mangsa nahas pesawat MH17 yang meratapi kehilangan mereka yang tersayang paling mendapat tumpuan di media sosial hari ini.
Foto-foto berkenaan menjadi perkongsian pengguna media sosial yang ternyata terkesan dengan gambaran pilu yang meruntun hati.
Antara lain adalah gambar kesedihan yang dirasai satu-satunya anak lelaki kepada pramugari, Allahyarham Mastura Mustafa iaitu Muhriz Marzaidi yang tidak dapat menahan air mata sejurus melihat keranda ibunya.
Muhriz yang berumur 10 tahun menangis teresak-esak dan merayu ingin melihat wajah ibunya.
Jenazah Allahyarham Mastura disemadikan pada pukul 3 petang dengan disaksikan kira-kira 2,000 orang, lapor Bernama.
Terdahulu van yang membawa jenazah Allahyarham Mastura tiba di Masjid At-Taqwa, Kampung Paroi pada 12.40 tengah hari dan ditempatkan di ruang khas untuk orang ramai memberi penghormatan.
Manakala foto anak lelaki tunggal kepada pembantu juruterbang MH 17, Allahyarham Ahmad Hakimi Hanapi turut trending di laman sosial.
Di usia yang masih kecil iaitu lapan bulan, apalah yang difahaminya tentang kehilangan.
Si kecil itu terpinga-pinga sepanjang proses penerimaan jenazah daripada Amsterdam ke Kuala Lumpur sehingga waktu solat jenazah bapanya.
Sungguhpun tidak mengerti apa-apa, namun foto Abderrahman yang masih kecil ini mengundang sebak orang ramai yang melihatnya.
Jenazah Ahmad Hakimi serta pramugari, Nur Syazana Mohamed Salleh selamat disemadikan di Pusara Negarawan, Tanah Perkuburan Islam Taman Selatan,Presint 20, Putrajaya.
Ramai lagi anak kecil yang merasai perkara yang sama. Semoga mereka semua kuat menghadapi ujian dari yang maha esa ini.
Pada Jumaat, kumpulan pertama jenazah mangsa nahas pesawat penerbangan MH17 selamat tiba di tanah air hampir 40 hari selepas insiden yang mencampakkan negara ke dalam tragedi berganda melibatkan syarikat penerbangan Malaysia Airlines.
Kumpulan pertama ini melibatkan 20 jenazah penumpang dan anak kapal yang telah dikenal pasti identiti mereka serta mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa Belanda untuk dibawa pulang ke Malaysia.
Astro Awani
Fri Aug 22 2014
Kesedihan yang dirasai satu-satunya anak lelaki kepada pramugari, Allahyarham Mastura Mustafa iaitu Muhriz Marzaidi - Foto BERNAMA
Israel pamer rampasan senjata di selatan Lubnan
Kolonel Nadav Shoshani menyebut, terdapat begitu banyak senjata tersebut yang berasal dari Iran dan dibawa melalui Syria.
Rundingan bebaskan tebusan capai kemajuan - Netanyahu
Netanyahu mendakwa tekanan ketenteraan kini menyebabkan kumpulan Hamas semakin berlembut dalam hal tuntutan mereka.
AIR 2040: Integrasi agensi pacu pelbagai sektor, manfaat untuk negara
Pelan itu juga memudahkan integrasi dalam proses transformasi sektor air bagi memacu Malaysia sebagai hab utama pelbagai sektor dalam kalangan negara serantau.
London bakal menjadi ibu kota sukan wanita pada 2025 - Datuk Bandar Sadiq Khan
Final Piala Dunia Ragbi Wanita di Twickenham pada 27 Sept akan menjadi kemuncak kepada siri acara menarik yang diadakan di bandar raya itu.
Lelaki ditahan, 2 OKU mangsa pemerdagangan diselamatkan
Seorang lelaki tempatan berusia 67 tahun ditahan polis dalam operasi khas berkaitan kes pemerdagangan orang di Taman Ungku Tun Aminah, Skudai, Johor.
PJH tidak dibenarkan iklankan promosi visa mujamalah
Agensi pelancongan yang telah menerima lesen Pengelola Jemaah Haji (PJH) daripada Tabung Haji (TH) tidak dibenarkan membuat sebarang promosi berkaitan visa mujamalah atau furada semasa musim haji.
PDRM laksana OP lancar bermula hari ini hingga 2 Jan
Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman akan melaksanakan Op Lancar bermula hari ini hingga 2 Jan depan sempena musim perayaan dan cuti akhir tahun persekolahan.
Lelaki maut selepas terjun dari jambatan di Klang
Mangsa berusia 41 tahun disahkan mempunyai masalah psikiatri selain mempunyai sejarah menghidap diabetes dan darah tinggi.
Polis rampas rokok putih bernilai RM473,000
Komander Briged Tenggara PGA Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata tangkapan dan rampasan dilakukan sepasukan anggota Batalion 8 PGA pada kira-kira 1.30 pagi ketika menjalankan Op Taring Wawasan Kelantan.
Situasi COVID-19 dan influenza terkawal - KKM
Situasi COVID-19 dan influenza di Malaysia terkawal dengan tiada peningkatan kes memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) dan tiada kematian dilaporkan.
Jenazah Ketua Pramugari MH17 dikebumi pada hari lahir ke-6 anak sulung
Anak kecil itu menyambut ulang tahun kelahirannya hari ini, yang merupakan hari pengebumian jenazah ibu tercinta.
MH17: Perkongsian foto pilu anak-anak mangsa curi tumpuan
Foto anak-anak mangsa nahas pesawat MH17 yang meratapi kehilangan mereka yang tersayang paling mendapat tumpuan di media sosial hari ini.