Sekali lagi isu pelaksanaan Hukum Hudud di Kelantan menjadi polemik yang hangat dalam media massa arus perdana. Isu ini timbul semula selepas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom menyatakan di Parlimen kesediaan Kerajaan Pusat yang ditunjangi oleh UMNO untuk membantu PAS melaksanakan undang-undang tersebut di Kelantan.
Isu pelaksanaan Hudud sebenarnya bukan satu isu baru dalam persada politik Malaysia. Enakmen Kanun Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) telah diluluskan di DUN Kelantan pada tahun 1993 dan di DUN Terengganu pada tahun 2002.
Namun, enakmen ini tidak dapat dilaksanakan kerana undang-undang yang melibatkan jenayah adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan dan hanya boleh diluluskan melalui Parlimen. Jadi, itulah sebabnya dikatakan bahawa pelaksanaan Hudud adalah tidak selari dengan Perlembagaan Persekutuan.
Semua pihak mengetahui pendirian DAP dalam isu ini iaitu DAP tidak pernah dan tidak akan bersetuju dengan pelaksanaan undang-undang tersebut kerana ia tidak pratikal dan tidak sesuai dalam keadaan masyarakat majmuk di Malaysia.
Bagaimanakah penguatkuasaan undang-undang jenayah dapat dijalankan dengan berkesan sekiranya ada dua set undang-undang yang diaplikasikan secara berlainan kepada orang yang beragama Islam dan bukan Islam. Jenayah tidak ada sempadan warna kulit dan agama dan adalah mustahil penjenayah hanya melakukan jenayah ke atas mangsa dari kalangan agamanya sendiri sahaja.
DAP tidak bersetuju dengan pelaksanaan Hudud tidak sama sekali bersamaan dengan DAP menentang agama Islam ataupun anti-Islam. DAP tidak pernah mempersendakan hukum Islam untuk menimbulkan ketakutan ataupun phobia di kalangan orang bukan Islam terhadap agama Islam seperti yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin MCA.
Malah, saya sendiri pernah mempertahankan Tok Guru Nik Aziz di Parlimen apabila pemimpin MCA memfitnah Tok Guru kononnya beliau mengizinkan wanita yang tidak menutup aurat dirogol. Saya juga pernah mengatakan kepada masyarakat bukan Islam bahawa tidak ada apa yang perlu ditakuti sekiranya kita tidak mencuri dan merompak.
Ya, DAP sanggup mempertahankan PAS untuk membantu PAS dalam proses mengikis ketakutan dan perasaan phobia di kalangan masyarakat bukan Islam terhadap PAS dan agama Islam supaya PAS boleh diterima oleh semua rakyat Malaysia.
Kita mahu mereliasasikan perubahan politik di bawah Pakatan Rakyat untuk membawa agenda politik yang baru yang menekankan prinsip-prinsip keadilan untuk semua, pentadbiran yang baik tanpa rasuah dan meninggalkan politik perkauman warisan UMNO dan Barisan Nasional. Kita menghayati dan serius dalam misi tersebut.
DAP juga mengetahui bahawa pelaksanaan Hudud merupakan salah satu matlamat utama perjuangan politik PAS. Prinsip yang telah dimeterai dalam kerangka Pakatan Rakyat ialah parti masing-masing boleh mengekalkan matlamat perjuangan asalnya namun apa-apa keputusan dari segi pelaksanaan dasar dan undang-undang di mana-mana peringkat kerajaan perlu mendapat konsensus bersama dari semua parti dalam Pakatan Rakyat iaitu PAS, PKR dan DAP.
Dokumen yang mengikat permuafakatan dan kerjasama ketiga-tiga parti ialah Dasar Bersama Pakatan Rakyat yang dimeterai oleh pimpinan tertinggi ketiga-tiga parti dalam Konvensyen Pakatan Rakyat yang pertama pada 19 Disember 2009 di Shah Alam.
Semangat yang paling utama dalam Dasar Bersama tersebut ialah mempertahankan Perlembagaan Persekutuan dan dengan jelas mempertahankan kedudukan Islam sebagai agama untuk Persekutuan dan hak kebebasan beragama untuk agama-agama lain, melindungi kedudukan istimewa orang Melayu, mempertahankan institusi Raja Berperlembagaan dan memartabatkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan.
DAP tidak pernah membelakangkan prinsip-prinsip tersebut termasuk di negeri Pulau Pinang yang dipimpin oleh Setiausaha Agung DAP. Seluruh pimpinan dalam Pakatan Rakyat membuat keputusan tersebut secara sedar dengan mendahulukan perkara-perkara yang kita persetujui bersama dan tidak menyentuh isu-isu yang tidak dipersetujui. Amat jelas bahawa, pelaksanaan Hudud di mana-mana negeri bukan merupakan agenda yang dipersetujui dalam kerangka Pakatan Rakyat.
Justeru itu, apabila ada sebahagian pimpinan PAS khususnya pimpinan Kerajaan Negeri Kelantan yang bertegas secara persendirian untuk mengemukakan satu Rang Undang-undang Persendirian (Private Member’s Bill) di Dewan Rakyat melalui Ahli Parlimen PAS dari Kelantan tanpa mencapai kata sepakat atau konsensus dalam Majlis Presiden atau pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat, maka keputusan dan tindakan tersebut adalah dilihat sebagai mencabuli permuafakatan Pakatan Rakyat.
Sebagai parti politik yang berprinsip dan bertanggungjawab, PAS perlu menghormati dan mengikuti asas-asas permuafakatan yang telah dipersetujuinya. Sekiranya PAS bertegas untuk membuat sebarang keputusan dan tindakan yang tidak ada konsensus dalam Pakatan Rakyat, maka langkah yang paling terhormat dan sewajarnya untuk PAS ialah berundur dari Pakatan Rakyat.
PAS tidak boleh terus bertindak bertentangan dengan Dasar Bersama Pakatan Rakyat tetapi pada masa yang sama tetap bersandar kepada Pakatan Rakyat. Sebagai pendukung Pakatan Rakyat, saya amat berharap kerjasama di antara kita tidak berkesudahan sebegitu kerana pertalian di antara PAS dan DAP terutamanya di peringkat akar umbi telah terjalin dengan begitu akrab dan utuh sekali.
Namun begitu, kami perlu membuat satu keputusan yang berprinsip daripada terus berdolah-dalih di depan rakyat. Seperti ungkapan mendiang Sdr Karpal Singh, “tidak ada kawan atau musuh yang kekal dalam dunia politik, tetapi kita mesti mempunyai prinsip yang berkekalan”!
Anthony Loke Siew Fook
Fri Apr 25 2014
![Mesej Anthony Loke kepada PAS Mesej Anthony Loke kepada PAS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-11/81383819680_295x200.jpg)
Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, merangkap Ahli Parlimen Seremban Anthony Loke Siew Fook. -Gambar Fail
![China sedia bangunkan kerjasama, perkukuh hubungan dengan Ukraine - Menteri Luar China sedia bangunkan kerjasama, perkukuh hubungan dengan Ukraine - Menteri Luar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739746521_WangYi.jpg)
China sedia bangunkan kerjasama, perkukuh hubungan dengan Ukraine - Menteri Luar
Beijing berharap satu perjanjian damai yang adil, berkekalan dan mengikat mengenai Ukraine dapat dicapai, kata Wang Yi.
![Turkiye bantu Syria baik pulih lapangan terbang Damsyik - Menteri Turkiye bantu Syria baik pulih lapangan terbang Damsyik - Menteri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61736007455_TBDAMASCUSAIR.jpg)
Turkiye bantu Syria baik pulih lapangan terbang Damsyik - Menteri
Pasukan teknikal itu memasuki Syria melalui Pintu Sempadan Cilvegozu di wilayah Hatay, selatan Turkiye, pada 7 Feb.
![2 hilang selepas bot nelayan Jepun terbalik di luar pantai Hokkaido 2 hilang selepas bot nelayan Jepun terbalik di luar pantai Hokkaido](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739746429_Japanesefishingboa.jpg)
2 hilang selepas bot nelayan Jepun terbalik di luar pantai Hokkaido
Sebuah bot nelayan dilaporkan terbalik di luar pantai Pekan Tomamae di Hokkaido.
![Alia Sazana cipta rekod Asia acara 25m pistol wanita Alia Sazana cipta rekod Asia acara 25m pistol wanita](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739744866_AliaSazana.jpg)
Alia Sazana cipta rekod Asia acara 25m pistol wanita
Alia Sazana membidik 44 hit daripada keseluruhan 50 target, memadam rekod 41 hit dicipta penembak Korea Selatan, Yang Jiin, pada 2024.
![Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739742893_PrincessAmina.jpg)
Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama
Pasangan itu menamakan bayi perempuan mereka, Aminat.
![Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739742765_giantpandatwincub.jpg)
Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung
Pelawat berlari ke tempat pameran yang menempatkan panda gergasi sebaik sahaja taman hiburan dibuka.
![Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739741013_DarrenLok.jpg)
Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang
Babak pertama menyaksikan Darren meletakkan Sabah di hadapan selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-21.
![THT ubat kecewa, juarai MHL 2025 THT ubat kecewa, juarai MHL 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739740841_TNBLigaHoki.jpg)
THT ubat kecewa, juarai MHL 2025
Kemenangan itu merupakan kali ketujuh buat THT, yang pernah menjuarai liga pada edisi 2014, 2015, 2016, 2018, 2022, dan 2023.
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Tentera Ukraine berundur dari Avdiivka - Ketua Komander Syrskyi Tentera Ukraine berundur dari Avdiivka - Ketua Komander Syrskyi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51708147928_Avdiivka.jpg)
Tentera Ukraine berundur dari Avdiivka - Ketua Komander Syrskyi
Tentera Ukraine dilapor berundur dari bandar Avdiivka ekoran peperangan yang telah berlanjutan selama berbulan-bulan.
![Institusi Presiden UMNO perlu dihormati - Tok Mat Institusi Presiden UMNO perlu dihormati - Tok Mat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/41611671282_MesyuaratUMNO.jpg)
Institusi Presiden UMNO perlu dihormati - Tok Mat
Ahli UMNO diminta untuk terus menghormati institusi presiden dan tidak melakukan sesuatu di luar budaya parti.
![Azmin kecam Ahli Parlimen Pasir Gudang desak perdana menteri berundur Azmin kecam Ahli Parlimen Pasir Gudang desak perdana menteri berundur](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-08/51566095476_Larian.jpg)
Azmin kecam Ahli Parlimen Pasir Gudang desak perdana menteri berundur
Azmin berkata sebagai seorang ahli Parlimen PKR, Hassan tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan berbaur desakan terhadap Dr Mahathir.
![Beri Najib peluang memimpin negara - Idris Beri Najib peluang memimpin negara - Idris](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-05/51367839221_295x200.jpg)
Beri Najib peluang memimpin negara - Idris
Semua pihak perlu memberi peluang kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menerajui negara yang kini berdepan situasi ekonomi tidak menentu.
![HUDUD: DAP syor PAS keluar Pakatan Rakyat HUDUD: DAP syor PAS keluar Pakatan Rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-04/71398432095_295x200.jpg)
HUDUD: DAP syor PAS keluar Pakatan Rakyat
DAP meminta PAS menghormati muafakat yang telah dipersetujui secara bersama dalam Pakatan Rakyat atau berundur daripada pakatan itu.
![Mesej Anthony Loke kepada PAS Mesej Anthony Loke kepada PAS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-11/81383819680_295x200.jpg)
Mesej Anthony Loke kepada PAS
Anthony Loke Siew Fook mahu PAS berundur dari PR jika parti itu terus bertindak bertentangan dengan Dasar Bersama PR.