Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali hari ini menempelak kenyataan Anggota Parlimen Pasir Gudang Hassan Abdul Karim yang mengesyorkan agar Perdana Menteri mengambil langkah berundur.
Azmin berkata sebagai seorang anggota Parlimen PKR, Hassan tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan berbaur desakan terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad sebaliknya menumpukan kepada agenda pembangunan di kawasan masing-masing.
Barisan kepimpinan PKR telah menyatakan pendirian teguh dan sokongan penuh kepada Dr Mahathir untuk meneruskan kepimpinan beliau sebagai Perdana Menteri, katanya.
"Soal Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri itu telah ditentukan oleh rakyat dalam pilihanraya umum yang lepas.
"Alhamdulillah, setahun kepimpinan Dr Mahathir, kita telah meletakkan asas yang betul. Saya percaya sekarang ini adalah untuk pelaksanaan dasar-dasar yang telah ditetapkan," katanya.
Mohamed Azmin berkata demikian selepas menyertai larian World Stats Congress 2019 di Dataran Merdeka bagi kategori 5 kilometer di sini, hari ini.
Hassan Rabu lepas membuat desakan itu rentetan pelbagai polemik yang ketika ini.
Hassan mendakwa, Dr Mahathir kini seolah hilang punca untuk berdepan dengan pelbagai isu terutamanya untuk mengendalikan isu tiga R iaitu isu kaum, agama dan raja.
Terdahulu, Mohamed Azmin yang juga Menteri Hal Ehwal Ekonomi melepaskan lebih 7,000 peserta larian sempena Kongres Statistik Sedunia, Institut Statistik Antarabangsa (ISI WSC 2019) ke-62 yang diadakan buat julung kalinya di Malaysia, di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, bermula hari ini sehingga 23 Ogos.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 18 2019

Mohamed Azmin (empat kanan) dan timbalannya Senator Dr Radzi Jidin (tiga kanan) melakukan flag-off bagi para peserta World Stats Run 2019 di Dataran Merdeka hari ini. --fotoBERNAMA

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Peniaga gerai mengaku hina Agong, didenda RM3,000
Seorang peniaga gerai makanan didenda RM3,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, pada Rabu selepas mengaku bersalah atas pertuduhan menghina Yang di-Pertuan Agong di aplikasi X, minggu lalu.

Majoriti mahu kerajaan menentang keganasan tanpa terlalu mengongkong - Kajian Projek SAMA
Majoriti rakyat Malaysia mahu kerajaan bertindak menentang keganasan tanpa terlalu mengongkong sekiranya ada pihak ingin membincangkan isu 3R.

Muhyiddin tiba di mahkamah untuk pendakwaan kes sentuh 3R
Sesi pendengaran kes berkenaan bermula pada 9 pagi ini di hadapan Hakim Nik Mohd Tarmizie Nik Mohd Shukri.

Isu 3R: Polis rakam keterangan Muhyiddin di MIDA esok
Polis akan merakam keterangan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin di pejabat Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) di Jalan Sentral di sini pada Selasa.

Polis terima 28 laporan terhadap Muhyiddin
Polis menerima 28 laporan terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin yang didakwa menyentuh isu 3R (kaum, agama, raja) ketika berkempen bagi PRK Nenggiri.

Pengunaan media sosial tidak terkawal, risiko jejas nikmat perpaduan
Menjadi tanggungjawab semua untuk tidak menggunakan platform berkenaan bagi menyebarkan sebarang bentuk komen sensitif berbaur perkauman.

Pembatalan permit persembahan Sharul Channa ambil kira laporan polis video berkait isu 3R
Terdapat sejumlah laporan polis diterima berkait video lama oleh pelawak dari Singapura itu, yang dimuat naik semula baru-baru ini.

Kedudukan Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media masih baik - Fahmi
Kedudukan terkini Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media masih dianggap baik berbanding pemerintahan kerajaan sebelum ini.

PRK Kuala Kubu Baharu: Semua pihak diingat tidak sentuh 3R - Fahmi
Semua pihak diingatkan untuk berhati-hati dan tidak memainkan isu kaum, agama dan institusi raja (3R), terutama di platform media sosial, sepanjang tempoh berkempen PRK KKB.

123 peratus isu 3R direkod pada suku pertama 2024
Aaron Ago Dagang berkata, berdasarkan statistik yang dikeluarkan PDRM, sebanyak 162 kes dicatatkan di seluruh negara yang melibatkan pergaduhan antara kaum.