LABUAN: Mercy Malaysia menyumbangkan aset perubatan bernilai RM500,000 di bawah tindak balas kecemasan untuk membantu melengkapkan hospital medan COVID-19 Labuan, yang dijadual beroperasi pada 26 Jun.
Anggota Exconya merangkap Naib Presiden III, Prof Madya Dr Shalimar Abdullah berkata, pelan tindak balas kecemasan pelbagai serampang Mercy Malaysia termasuklah penghantaran awal tiga tan peralatan perubatan dan pernafasan (pemekat oksigen perubatan), monitor, pam infusi, tilam angin jenis gelembung, lima khemah kembung (tiga untuk unit rawatan rapi transit dan dua untuk bilik kecemasan), penyaman udara dan peralatan elektrik.
"Ini adalah penglibatan pertama Mercy Malaysia bagi hospital medan COVID-19. Kami berharap dapat mengurangkan beban pekerja petugas kesihatan Labuan dalam menangani kes positif yang melonjak tinggi," katanya kepada Bernama di hospital medan, di sini hari ini.
Beliau berkata, untuk mempercepatkan lagi persiapan hospital medan itu bagi menerima pesakit ICU COVID-19, Mercy Malaysia turut menggerakkan pasukan perubatan kecemasannya untuk menyediakan bantuan penjagaan intensif bagi meningkatkan kemahiran petugas perubatan tempatan dalam mengendalikan pesakit COVID-19.
"Mercy Malaysia memahami bahawa petugas kesihatan merasa tertekan berikutan pandemik COVID-19. Apa yang kita perlu lakukan sekarang ialah untuk membantu meningkatkan kemahiran petugas kesihatan sedia ada kepada kemahiran penjagaan separa intensif, terutama mereka yang mempunyai pengetahuan asas yang kukuh, dan ini akan dikendalikan oleh sukarelawan Mercy Malaysia, Dr Mafeitzeral Mamat.
"Ini dapat membantu meningkatkan keyakinan mereka untuk merawat pesakit COVID-19 yang memerlukan bantuan oksigen perubatan," kata Dr Shalimar.
Beliau berkata petugas kesihatan Labuan akan terlibat secara langsung merawat pesakit COVID-19 di ICU transit hospital medan dengan dibantu sukarelawan Mercy Malaysia yang akan berada di Labuan sekurang-kurangnya selama sebulan.
Hospital medan COVID-19 Labuan yang terletak di Dewan Serbaguna Perbadanan Labuan merupakan usaha sama antara Angkatan Tentera Malaysia, Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) dan Kementerian Kesihatan (KKM-Jabatan Kesihatan Labuan) yang ditubuhkan berikutan lonjakan kes positif.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Kesihatan Labuan Dr Ismuni Bohari berkata hospital medan yang mempunyai 100 katil itu akan menampung keperluan pesakit COVID-19 kategori tiga dan empat pesakit yang memerlukan bantuan oksigen perubatan.
"Bagaimanapun pesakit yang mengalami gejala pasca-COVID-19 (di semua peringkat umur yang mengalami kesakitan, kesukaran bernafas, hiperlipiedmia, lesu, letih dan hipertensi) akan dirawat di Hospital Nucleus Labuan," kata Dr Ismuni.
Labuan kini diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang dilanjutkan dengan lapan lokaliti diletakkan di bawah sekatan pergerakan penuh sehingga 28 Jun.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 24 2021

Mercy Malaysia sumbang aset perubatan di bawah tindak balas kecemasan untuk membantu melengkapkan hospital medan COVID-19 Labuan. - Facebook Mercy Malaysia

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.

Rakyat Gaza luar biasa, harapan pembangunan semula terus subur
Gaza terus kuat bukan saja kerana semangat rakyatnya, malah kerana sokongan yang semakin meningkat diterima dari seluruh dunia.

Gencatan senjata: Bantuan kemanusiaan perlu disalurkan segera ke Gaza
Keperluan mendesak adalah memastikan akses kemanusiaan penuh kepada semua orang awam yang memerlukan bantuan untuk menyelamatkan nyawa.

Mercy Malaysia raih RM6 juta untuk Tabung Kecemasan Gempa Bumi Turkiye-Syria 2023
"Organisasi korporat, institusi, para dermawan dan anggota masyarakat patut menyumbang bagi memastikan pendanaan dan sokongan yang konsisten."

Mercy Malaysia aktifkan Pusat Operasi Respons Banjir
Bantuan kemanusiaan merangkumi sokongan penjagaan kesihatan; makanan dan nutrisi; air, sanitasi dan kebersihan serta logistik dan operasi.

Mercy Malaysia aktifkan pelan tindak balas kemanusiaan Afghanistan
Pelan itu merangkumi bantuan makanan; sokongan penjagaan kesihatan dan COVID-19 serta air, sanitasi dan kebersihan (WASH).

Mercy Malaysia sumbang RM500,000 aset perubatan bagi hospital medan COVID-19 Labuan
Mercy Malaysia sumbang aset perubatan di bawah tindak balas kecemasan untuk membantu melengkapkan hospital medan COVID-19 Labuan.

COVID-19: MERCY Malaysia sedia lakukan intervensi secara optimum di Sabah
Persatuan Bantuan Perubatan Malaysia (MERCY Malaysia) bersiap siaga bagi melakukan intervensi secara optimum termasuk membantu frontliners di hospital

32 sekolah terpilih fasa pertama 'kiosk cuci tangan'
Kerjasama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia itu akan diperluaskan di seluruh negara.

COVID-19: Ini senarai tabung bantuan dan bagaimana anda boleh sumbang
Masuk hari ketujuh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan menyaksikan ramai pihak memberikan sumbangan samada dalam bentuk kewangan dan barangan.

MERCY mahu kumpul RM5 juta bantu pelarian Rohingya
Kebimbangan utama MERCY Malaysia ialah berlaku wabak penyakit ekoran keadaan persekitaran yang padat dengan penduduk yang melarikan diri.