KUALA LUMPUR:Persatuan Bantuan Perubatan Malaysia (MERCY Malaysia) bersiap sedia bagi melakukan intervensi secara optimum termasuk membantu petugas barisan hadapan menangani kes COVID-19 di hospital di Sabah.
Pengerusi MERCY Malaysia Sabah, Dr Anbarasu Ramalingam berkata, ia adalah sebahagian persediaan menghadapi kemungkinan pertambahan kes COVID-19 di negeri berkenaan.
"Buat buat masa, kita ada juga sukarelawan yang membuat saringan di kawasan-kawasan tertentu bagi menyokong sistem yang sedia ada supaya saringan dapat dibuat lebih komprehensif," katanya ketika ditemu bual Astro AWANI di sini, pada Ahad.
Dalam pada itu, Anbarasu berkata, kerjasama bersama Kementerian Kesihatan (KKM) telah dimulakan sejak Mac lalu termasuk membantu petugas kesihatan melakukan saringan COVID-19.
"Misalnya di Lahad Datu, kita membantu membuat saringan untuk orang awam," katanya sambil memberitahu sebahagian sukarelawan MERCY Malaysia terdiri daripada kakitangan KKM.
Dalam pada itu, beliau berkata, MERCY Malaysia setakat ini, telah membelanjakan hampir RM3 juta untuk operasi berkaitan COVID-19.
Justeru, katanya orang ramai yang mahu menyalurkan sumbangan boleh melayari laman Facebook MERCY Malaysia atau menyalurkan terus ke akaun Maybank Islamic MERCY Malaysia (5642 5858 7606) dengan memasukkan kod rujukan 'Wakaf Covid19'.
Astro Awani
Sun Oct 18 2020
Dr Anbarasu berkata, Mercy Malaysia telah membelanjakan hampir RM3 juta untuk operasi berkaitan COVID-19. -Gambar fail
Sebagai Pengerusi ASEAN, Malaysia beri tumpuan kepada tenaga, ketersambungan - PM Anwar
Selain itu, Anwar berkata, ASEAN juga akan melibatkan diri secara membina dengan kuasa global utama sambil melindungi kedaulatannya.
Penalti Safawi bantu TFC atasi PSM Makassar FC 1-0
Dengan kemenangan itu, TFC menduduki tangga kedua kumpulan dengan berkongsi tujuh mata bersama PSM Makassar.
Warga asing terlibat kebakaran kilang gas meninggal dunia
Mangsa mengalami kesan kebakaran tahap tiga dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Hospital Tunku Ampuan Rahimah, Klang.
ASEAN ambil pendekatan berhati-hati dalam isu Myanmar, kritikal untuk pastikan keamanan - PM Anwar
Pendekatan ASEAN bukanlah dalam bentuk menguatkuasakan sistem tertentu, sebaliknya memastikan wujudnya keterangkuman dan keamanan.
Sarawak kuat kuasa perintah vaksinasi antirabies baharu
Dr Rundi berkata semua anjing di Sarawak kini diwajibkan untuk menjalani vaksinasi antirabies dan menerima suntikan penggalak tahunan.
Prabowo puji kabinetnya atas komitmen pada tiga bulan pertama
Beliau menekankan komitmen dan etika kerja menteri dan timbalan menteri, serta memberi penekanan kepada fokus berkhidmat untuk rakyat.
Kelahiran bayi di Korea Selatan pada November tertinggi dalam 14 tahun
Ini merupakan kenaikan tahun ke tahun terbesar sejak November 2010, apabila kelahiran meningkat sebanyak 17.5 peratus.
Sarawak perlukan tenaga kerja berkemahiran tinggi dan inovatif - Abang Johari
Untuk mencapai matlamat itu, Sarawak akan memberi tumpuan kepada pelaburan dalam pendidikan dan pembangunan kemahiran.
Thailand lancar video AI untuk pulihkan keyakinan pelancong China
Video tersebut bertujuan untuk memulihkan kepercayaan dan keyakinan pelancong China terhadap keselamatan di Thailand.
Angka korban kebakaran Los Angeles meningkat kepada 28
Menurut Jabatan Perhutanan dan Perlindungan Kebakaran California, setakat ini, empat kebakaran liar masih berlaku di seluruh Los Angeles County.
Taufan Filipina: Lebih 20 juta penduduk terkesan, jambatan runtuh sukarkan misi Mercy
Lebih 20 juta penduduk di Filipina terkesan akibat enam siri taufan yang berlaku di Filipina dalam tempoh sebulan.
Perbezaan ideologi politik bukan penghalang Keluarga Malaysia - MERCY Malaysia
Perbezaan ideologi politik tidak seharusnya menjadi penghalang kepada pendekatan Keluarga Malaysia yang diperkenalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob baru-baru ini.
Kerajaan boleh guna pengalaman NGO salurkan bantuan - MERCY Malaysia
Kerajaan boleh menggunakan pengalaman Badan Bukan Kerajaan (NGO) untuk membantu menyalurkan sumbangan keperluan asas kepada golongan yang terjejas akibat Pandemik Covid-19.
PROLINTAS hulur bantuan kepada barisan hadapan COVID-19
Ia bakal digunakan bagi menambah peralatan perubatan yang semakin berkurangan, di masa negara bertungkus lumus menangani COVID-19.
MERCY Malaysia hantar pasukan bantuan ke Filipina
Ledakan Gunung Berapi Taal di Batangas telah menyebabkan amaran peringkat keempat dikeluarkan pihak berkuasa Filipina.
Dr Jemilah Mahmood terima Anugerah Tokoh Peneraju Kemanusiaan
Dr Jemilah bagaimanapun tidak dapat menghadiri majlis tersebut dan penerimaan trofi anugerah diwakilkan oleh suaminya, Datuk Dr Ashar Abdullah.
MKN gerakkan operasi bawa pulang rakyat Malaysia di Nepal hari ini
MKN hari ini menggerakkan operasi membawa pulang rakyat Malaysia yang terkandas di Nepal, berikutan gempa bumi kuat bermagnitud 7.9 yang berlaku di kawasan Himalaya tengah hari semalam.