Sejumlah 32 daripada 100 buah sekolah di Malaysia telah dipilih untuk projek fasa pertama 'kiosk cuci tangan' bagi membantu mengawal penularan wabak COVID-19 dalam kalangan warga sekolah.
Presiden MERCY Malaysia, Datuk Dr. Ahmad Faizal Mohd Perdaus berkata pihaknya telah menjalinkan kerjasama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia yang akan diperluaskan di seluruh negara.
Katanya, antara kriteria yang ditetapkan dalam pemilihan sekolah bagi projek ini termasuk seperti berada dalam daerah dengan jumlah jangkitan COVID-19 yang tinggi serta mempunyai jumlah pelajar yang ramai.
"Kita lihat di kebanyakan sekolah sebelum ini tidak ada kemudahan yang sesuai. Antara kemudahan itu sendiri bukan sahaja tidak sesuai malah mungkin ada risikonya... mungkin tidak berapa bersih dan teratur.
"Kalau sekolah yang sudah ada kelengkapan dan kemudahan, kita tidak akan secara umum ke sekolah tersebut. Kebanyakan sekolah (dipilih) ini yang di luar bandar atau sekolah di bandar yang memenuhi kriteria.
"Projek ini melibatkan pembinaan struktur (kiosk) dalam kawasan sekolah yang menempatkan sinki, paip air dan tempat meletak sabun bagi mencuci tangan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita di Majlis Pelancaran "Handwashing Kiosk" di SMK Tasek Damai, di sini pada Selasa.
Katanya Maybank turut menyumbang sebahagian dana dari Tabung Pandemik Covid-19 untuk menjayakan projek tersebut.
Terdahulu, Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim berkenan berangkat melancarkan kiosk cuci tangan di sekolah tersebut.
Baginda turut meninjau kiosk cuci tangan dan pameran foto MERCY Malaysia.
Yang turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Dasar&Kurikulum) Kementerian Pendidikan Malaysia Dr Mohamed Abu Bakar dan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Maybank, Shahril Azuar Jimin.
Katanya, kiosk tersebut diletakkan di kawasan hadapan atau berdekatan laluan masuk pelajar.
Ia berdasarkan panduan yang telah dikeluarkan oleh pihak KPM, dimana para pelajar perlu mengambil suhu dan membasuh tangan dahulu sebelum memasuki kawasan sekolah.
Antara negeri yang telah mendapat kemudahan itu seperti Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Terengganu, Kedah, Kelantan, Selangor, Pahang dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Aida Aziz
Tue Aug 18 2020

Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim berkenan berangkat melancarkan kiosk cuci tangan di SMK Tasek Damai. - Astro AWANI

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

32 sekolah terpilih fasa pertama 'kiosk cuci tangan'
Kerjasama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia itu akan diperluaskan di seluruh negara.