Menteri pendidikan tidak semestinya dipilih dalam kalangan ahli politik tetapi individu dari luar 'kelompok politik' yang prihatin dengan isu pendidikan juga boleh dilantik memegang jawatan itu.
Pengerusi Persatuan Kumpulan Ibu Bapa Bertindak Untuk Pendidikan (PAGE) Datin Noor Azimah Abdul Rahim berpendapat menteri pendidikan perlu dilantik dalam kalangan bukan ahli politik bagi membolehkan individu berkenaan memberi tumpuan sepenuhnya terhadap pemerkasaan bidang pendidikan negara.
Katanya mereka yang dilantik ke jawatan itu tidak semestinya mempunyai latar belakang bidang pendidikan tetapi perlu sentiasa berusaha memperjuangkan nasib pelajar dan guru, selain mempunyai hala tuju yang dinamik untuk memastikan mutu pendidikan negara setanding di peringkat antarabangsa.
Mengambil contoh Tan Sri Musa Mohamad yang merupakan individu pertama bukan ahli politik memegang jawatan menteri pendidikan pada 1999, Noor Azimah berkata ia membolehkan seseorang itu membuat keputusan lebih berani tanpa terikat pengaruh politik.
"Masalah kini apabila menteri pendidikan dalam kalangan ahli politik adalah individu itu perlu seimbangkan antara tugasnya untuk memperjuangkan sistem pendidikan negara dan tugas sebagai ahli politik... sesuatu keputusan yang hendak dibuat melibatkan pendidikan turut akan mempengaruhi individu tersebut sebagai ahli politik," katanya kepada Bernama.
BACA: 'Atas nasihat Ayahanda Tun M, saya letak jawatan Menteri Pendidikan' - Maszlee
BACA: Tun M bakal umum pengganti Maszlee dalam sedikit masa lagi
BACA: Petisyen desak Maszlee dikekalkan dapat sambutan
Noor Azimah berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai ciri-ciri pengganti Dr Maszlee Malik yang mengumumkan peletakan jawatan sebagai Menteri Pendidikan berkuat kuasa hari ini selepas 20 bulan mengemudi Kementerian Pendidikan (KPM).
Pensyarah Fakulti Pengajian Pendidikan Universiti Putra Malaysia, Prof Madya Dr Wan Marzuki Wan Jaafar pula berpandangan seseorang menteri pendidikan perlu berjiwa pendidik dan jelas terhadap masa depan pendidikan negara.
"Individu itu perlu berkarisma dalam membuat perubahan dan penambahan berterusan dalam meningkatkan kualiti pendidikan yang akhirnya boleh membawa kepada masyarakat berilmu dan sejahtera dalam memenuhi keperluan masyarakat pelbagai peringkat," katanya.
Senada dengan Wan Marzuki, Presiden Gabungan Majlis Presiden dan Setiausaha Kehormat Kesatuan Kakitangan Universiti Malaysia (GAKUM) Zulkifli Mohamad berkata selain memiliki latar belakang dalam bidang pendidikan, individu tersebut perlu dekat dengan institusi pendidikan dengan sentiasa turun padang bagi melihat sendiri sebarang keperluan terutama sekolah yang berada di kawasan luar bandar dan pedalaman.
"Aktiviti turun padang perlu dalam usaha pembangunan sektor pendidikan negara agar berdaya maju malah menteri juga perlu mesra dengan warga pendidik," katanya.
Sementara itu, bekas tenaga pengajar Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Profesor Emeritus Dr Othman Lebar berkata kesungguhan untuk memartabatkan sistem pendidikan negara dan meningkatkan profesionalisme guru merupakan antara ciri-ciri yang perlu dimiliki individu yang bakal menerajui Kementerian Pendidikan (KPM).
Menurutnya, perkara tersebut menjadi asas kepada pembangunan sistem pendidikan negara yang semakin mencabar ketika ini malah selari dengan usaha me-ng-antarabangsakan pendi-dikan seperti dihasratkan menerusi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.
"Saya rasa pengganti perlu mempunyai pengetahuan dan pengalaman berkenaan pendidikan di peringkat antarabangsa kerana saya dapati terdapat kekurangan dalam bagaimana kita mahu mengantarabangsakan sistem pendidikan kita. Beliau perlu ada perancangan menyeluruh bagaimana mahu meningkatkan kualiti pendidikan negara setanding dengan standard pendidikan antarabangsa," katanya.
Bagi meningkatkan profesionalisme guru, Othman mencadangkan agar bakal peneraju KPM menambah baik kursus atau latihan kepada guru-guru di seluruh negara kerana kualiti pendidikan adalah bergantung kepada profesionalisme seseorang guru.
Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) Aminudin Awang pula berpendapat warga pendidik mendambakan seorang peneraju KPM yang mampu meneruskan legasi perjuangan Maszlee terutama dalam aspek pertukaran guru duka lara.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 03 2020
Noor Azimah berkata ia membolehkan seseorang itu membuat keputusan lebih berani tanpa terikat pengaruh politik. - Sumber foto: www.perdana.org.my
Peniaga rugi lebih setengah juta diperdaya 'scammer'
Seorang peniaga kerugian lebih setengah juta ringgit apabila terperdaya dengan individu yang menyamar sebagai wakil Tenaga Nasional Berhad (TNB) pada Sabtu lepas.
Enam maut dalam nahas babitkan bas persiaran di Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam ini.
Akaun TikTok dikesan guna suara, video pakar perubatan tanpa kebenaran
Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman mengesan kewujudan akaun TikTok yang menggunakan suara dan video pakar perubatan tempatan tanpa kebenaran bagi mempromosikan produk kesihatan.
Peningkatan pelepasan abu di Gunung Berapi Kanlaon
Kepulan gelap setinggi kira-kira 1.2 kilometer dikesan di Gunung Berapi Kanlaon.
Rusia pertimbang penerbangan terus dengan Brazil, Malaysia, Pakistan
Kementerian Pengangkutan Rusia sedang mengadakan rundingan untuk melancarkan penerbangan terus ke Brazil, Malaysia, dan Pakistan.
Tumpuan Isnin – 23 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Siasatan undang-undang tentera: Polis analisis rekod telefon Presiden Yoon
Polis menganalisis rekod telefon peribadi Yoon Suk Yeol selepas mendapatkannya sebagai sebahagian daripada siasatan mereka terhadap pengisytiharan undang-undang tentera yang gagal awal bulan ini.
10 Berita Pilihan - (22 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Polis selamatkan dua OKU warga China dijadikan pengemis
Polis menyelamatkan dua Orang Kurang Upaya (OKU) warga China yang dipercayai dijadikan sebagai pengemis.
Op Gempur: JAS Pulau Pinang periksa 250 premis, loji kumbahan sepanjang 2024
Sebanyak 250 premis dan loji kumbahan diperiksa Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pulau Pinang sepanjang tahun ini menerusi 12 siri Op Gempur melibatkan semua lima daerah dalam negeri ini.
Ahli politik, 'influencer' profesion paling tidak dipercayai di Malaysia - Ipsos
Ahli politik dan pempengaruh media sosial menjadi antara profesion yang paling kurang dipercayai dalam kalangan rakyat Malaysia.
Ahli politik wajar lepas jawatan sebelum sertai GLC - Pakar
Langkah ini penting bagi memastikan ahli politik fokus kepada tanggungjawab sebagai wakil rakyat dan penggubal undang-undang yang baik.
Suara ahli politik 'berbisa' boleh gugat perpaduan jika bertindak melulu - Penganalisis
Profesor Datuk Sivamurugan Pandian berpendapat, pemimpin politik menjadi watak utama dalam memastikan negara kekal aman kerana suara mereka cukup berpengaruh.
Pemerdagangan manusia: Polis rekod keterangan Datuk Seri
Polis merakam individu berpangkat Datuk Seri bagi membantu siasatan berhubung dakwaan pembabitan seorang ahli politik yang dikaitkan dengan sindiket pemerdagangan manusia di Myanmar.
Sindiket pemerdagangan manusia: Polis rakam keterangan ahli politik, suami
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain memaklumkan pihaknya sudah merakam keterangan seorang ahli politik dan suaminya yang didakwa berkait dengan sindiket pemerdagangan manusia di Myanmar.
Tunggakan cukai: Dua ahli politik Melaka antara yang disekat ke luar negara
Dua ahli politik di Melaka antara 10 individu yang pernah disekat ke luar negara kerana gagal melunaskan tunggakan cukai melibatkan jumlah puluhan ribu ringgit.
Anwar seru rakyat lakukan perubahan, angkat martabat, darjat negara
Malaysia perlu berani melakukan perubahan bukan saja di peringkat menteri dan ahli politik, bahkan rakyat keseluruhannya, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Tiada kuota ahli politik, profesional jadi ahli majlis PBT di Perak
Kerajaan negeri tidak bercadang menetapkan kuota antara ahli politik serta golongan profesional khususnya dalam pelantikan ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT), di Perak.
Pencen ahli politik: PM bincang peringkat Kabinet sebelum bawa ke Parlimen
Anwar berkata cadangan pemansuhan pencen bagi ahli politik akan dibincang di peringkat Kabinet terlebih dahulu dan dibawa ke Parlimen sebelum sebarang keputusan dilaksana.
Tanggungjawab moral untuk ahli politik, pesara pilih satu pencen - PM Anwar
Ahli politik atau pekerja kerajaan yang menerima beberapa pencen mungkin boleh memenuhi tanggungjawab moral untuk memilih hanya satu pencen sahaja.