KUALA LUMPUR: Sejajar dengan usaha memartabatkan Bahasa Melayu di peringkat antarabangsa, Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah mengutuskan surat rasmi dalam bahasa kebangsaan kepada Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Antony Blinken.
Perkara itu dikongsikan beliau dalam satu catatan di akaun Facebooknya hari ini.
"Hari ini saya telah menulis surat rasmi dalam Bahasa Melayu kepada Setiausaha Negara Amerika Syarikat.
"Ia surat rasmi dalam Bahasa Melayu yang pertama daripada saya kepada rakan sejawat, selaras dengan kenyataan Perdana Menteri di Dewan Negara semalam (Rabu)," kata Saifuddin.
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberitahu persidangan Dewan Negara bahawa beliau akan mengadakan perbincangan dengan pemimpin ASEAN untuk mencadangkan penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua ASEAN.
Usaha penggunaan Bahasa Melayu itu akan diteruskan dalam mana-mana pertemuan, mesyuarat dan persidangan antarabangsa, sama ada dua hala atau pelbagai hala, di dalam mahupun di luar negara mengikut kesesuaian.
Dalam menterjemahkan kesungguhan kerajaan itu, Ismail Sabri mula menggunakan Bahasa Melayu semasa lawatan rasminya ke Indonesia, Brunei, Kemboja, Thailand dan Vietnam baru-baru ini.
Beliau juga akan menggunakan Bahasa Melayu secara rasmi ketika berucap pada Sidang Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Sidang Kemuncak ASEAN yang masing-masing akan berlangsung pada September dan November ini.
Dalam catatan berasingan di Facebooknya Khamis, Menteri Luar itu berkata beliau mengambil bahagian dalam Dialog Asia Mengenai Migrasi Paksa (ADFM), mengetengahkan realiti rantau ini berkaitan penghijrahan paksa dan perpindahan penduduk.
"Penduduk terancam yang paling terjejas, contohnya pelarian Rohingya dari Myanmar, itulah sebabnya Malaysia mengambil bahagian secara aktif dengan semua pihak berkepentingan yang berkaitan untuk melaksanakan kerjasama serantau yang teratur dan komprehensif untuk menangani situasi itu dengan berkesan," katanya.
ADFM menghimpunkan pembuat keputusan kerajaan dan bukan kerajaan dari sembilan negara terjejas dan wakil dari UNHCR dan IOM.
Mesyuarat ADFM ini bertepatan dengan ulang tahun ke-20 Proses Bali, sebuah forum untuk dialog dasar, perkongsian maklumat dan kerjasama praktikal untuk membantu rantau ini menangani cabaran itu.
"Kami menyeru agar negara anggota menjadi lebih proaktif dan kreatif untuk proses itu berfungsi dengan lebih baik," tambahnya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 24 2022
Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah mengutuskan surat rasmi dalam bahasa kebangsaan kepada Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Antony Blinken. - Foto FB Saifuddin Abdullah/REUTERS
Madani tumpu cari persamaan, selesai pertelingkahan - TPM Fadillah
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata berkata tumpuan Kerajaan Madani untuk mencari persamaan dan menyelesaikan pertelingkahan dengan sentiasa berunding.
#AWANInews
#AWANInews
MTL: Sistem amaran awal kurangkan risiko - TPM Zahid
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata sistem amaran awal dapat mengurangkan risiko bencana dengan memberitahu kumpulan berpotensi menghadapi banjir untuk berpindah lebih awal.
#AWANInews
#AWANInews
Selepas 14 tahun, kapal USS Abraham Lincoln kembali ke Malaysia
Kapal pengangkut pesawat kelas Nimitz, USS Abraham Lincoln berlabuh di Malaysia pada Sabtu untuk lawatan pelabuhan berjadual.
ABIM sokong waran tangkap ICC terhadap pemimpin Israel
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menyambut baik keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, dan bekas Menteri Pertahanan, Yoav Gallant.
Keputusan ini dianggap sebagai satu pencapaian penting dalam usaha global menuntut keadilan untuk rakyat Palestin yang terkesan akibat kekejaman di Gaza.
Keputusan ini dianggap sebagai satu pencapaian penting dalam usaha global menuntut keadilan untuk rakyat Palestin yang terkesan akibat kekejaman di Gaza.
SFC sahkan penemuan bangkai ikan paus di Triso
Sarawak Forestry Corporation (SFC) mengesahkan penemuan bangkai ikan paus berhampiran Jambatan Triso.
Liputan 5G capai 82.1 peratus
Capaian liputan 5G di kawasan berpenduduk mencapai 82.1 peratus setakat akhir Oktober lalu.
2TM: Liputan 5G di kawasan berpenduduk capai 82.1 peratus
Capaian liputan 5G di kawasan berpenduduk negara kini mencapai 82.1 peratus setakat hujung Oktober lepas.
Polis tidak pernah henti siasat kes Faisal disimbah asid
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain menegaskan polis tidak pernah menghentikan siasatan kes simbah asid membabitkan pemain Selangor FC, Faisal Halim di sebuah pusat belah belah di Kota Damansara, dekat sini Mei lalu.
Hanya berbaki 1,000 topi keledar di kaunter JPJ pada hari kedua 2TM
Hanya 1,000 unit topi keledar lagi yang berbaki untuk hari kedua Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM).
"Bila saya kata saya tak ambil gaji, kena sindir.." - PM Anwar
"Kita tak ambil gaji. Elaun Parlimen kita ambil, Azizah pun ada elaun Parlimen. Jadi campur-campur okaylah," kata Perdana Menteri mengenai sindiran pendirian beliau tidak mengambil gaji.
#AWANInews
#AWANInews
Argentina lantik Menteri Luar baharu selepas undian PBB mengenai sekatan terhadap Cuba
Duta Argentina ke Amerika Syarikat Gerardo Werthein dilantik sebagai Menteri Luar yang baharu, kata jurucakap presiden Manuel Adorni.
Junta buka pintu rundingan, Malaysia sedia bantu selesai pergolakan di Myanmar
Menjadi tugas dan tanggungjawab Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN tahun depan, untuk kita menguruskan isu Myanmar, kata Menteri Luar.
Malaysia secara rasmi jalin hubungan diplomatik dengan Andorra
Andorra ialah sebuah negara kecil yang tidak mempunyai akses laut, terletak di pergunungan Pyrenees antara Sepanyol dan Perancis.
UNGA79: Menteri Luar Mohamad Hasan tiba di New York
Mohamad dijadual menyampaikan Kenyataan Negara sempena UNGA ke-79 pada 28 September ini.
Abbas Araqchi dilantik sebagai menteri luar baharu Iran
Parlimen Iran meluluskan pelantikan Seyyed Abbas Araghchi sebagai Menteri Luar baharu negara itu, lapor Agensi Berita Iran (IRNA).
Turkiye sasar jadi rakan dialog ASEAN - Menteri Luar
Ankara menyasarkan untuk menjadi rakan dialog Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN).
AMM/PMC: Menteri Luar Malaysia bincang dengan rakan rejawat dari Britain, Norway dan Kanada
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan bertemu dengan Setiausaha Luar British David Lammy di luar Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN dan Pasca Persidangan Menteri-Menteri Luar ASEAN ke-57 (AMM/PMC) p
Blinken dijadual adakan pertemuan dengan Wang Yi di Laos
Isu berkenaan situasi dan konflik di Myanmar mendominasi perbincangan dalam beberapa siri pertemuan Menteri Luar ASEAN.
Mohamad Hasan ketuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Menteri Luar ASEAN ke-57 - Duta
Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan akan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN ke-57.
Singapura sedia iktiraf negara Palestin pada masa sesuai - Menteri Luar
Singapura bersedia secara prinsip untuk mengiktiraf negara Palestin pada masa yang sesuai, kata Menteri Luar Dr Vivian Balakrishnan.