SINGAPURA: Singapura bersedia secara prinsip untuk mengiktiraf negara Palestin pada masa yang sesuai, kata Menteri Luar Dr Vivian Balakrishnan.
Beliau berkata pertimbangan utama Singapura ialah langkah sedemikian harus membantu kemajuan ke arah keamanan dan merundingkan penyelesaian dua negara antara Israel dan Palestin.
"Khususnya, perlu ada kerajaan Palestin yang berkesan yang menerima hak Israel untuk wujud dan menolak keganasan secara tegas.
"Kami menggesa kedua-dua pihak untuk mengambil langkah ke arah keamanan yang berkekalan dan menamatkan penderitaan yang telah berlangsung terlalu lama," kata menteri itu kepada Parlimen, Selasa.
Pada 10 Mei, Singapura mengundi menyokong resolusi Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang menyatakan sokongan terhadap keanggotaan Palestin di PBB.
Balakrishnan berkata Singapura membuat undian itu selepas pertimbangan teliti dengan harapan Palestin dan Israel menyambung semula rundingan terus ke arah penyelesaian dua negara ketika prospek semakin suram.
Sementara itu, Balakrishnan berkata tahap sokongan Singapura kepada Pihak Berkuasa Palestin (PA) tidak tertakluk sama ada terdapat pengiktirafan rasmi terhadap negara itu.
"Singapura akan terus berhubung dengan PA, terus melaksanakan pakej bantuan teknikal bernilai S$10 juta untuk membantu PA membina kapasiti dan bersedia sedia bagi kenegaraan," katanya.
Setakat ini, Singapura telah melatih lebih daripada 750 pegawai Palestin dalam pelbagai bidang termasuk diplomasi, pengurusan ekonomi dan perancangan bandar.
Beliau berkata republik itu juga menyediakan biasiswa untuk pegawai Palestin melanjutkan pengajian pascasiswazah di universiti Singapura. Setakat ini, terdapat tiga penerima biasiswa berkenaan pada tahun ini.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 02 2024
Singapura bersedia secara prinsip untuk mengiktiraf negara Palestin pada masa yang sesuai, kata Menteri Luar Dr Vivian Balakrishnan. - Gambar fail/REUTERS
Hamas keluarkan senarai nama rakyat Palestin yang akan dibebaskan pada Sabtu
Kumpulan Palestin Hamas, pada Jumaat mengeluarkan senarai nama 183 tahanan Palestin di penjara Israel yang dijadualkan dibebaskan pada Sabtu sebagai sebahagian daripada perjanjian gencatan senjata dan pertukaran tahanan dengan Israel, lapor Agensi Anadolu (AA).
Warga Thailand antara tebusan yang dibebaskan
Warga Thailand yang dibebaskan dalam siri perjanjian gencatan senjata antara Hamas dan Israel dikenali sebagai Watchara Sriaoun.
Gencatan Senjata: Hampir 500,000 warga Palestin pulang ke Utara Gaza
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Jumaat melaporkan bahawa "hampir setengah juta orang telah kembali ke kawasan utara Semenanjung Gaza" sejak gencatan senjata berkuat kuasa, lapor Agensi Anadolu.
Bantuan persekolahan bukti kerajaan ikhtiar bantu rakyat - Shamsul Iskandar
Peruntukan sebanyak RM200,000 disediakan bagi pelaksanaan pemberian baucar kelengkapan sekolah kepada 2,000 pelajar dalam Parlimen Tambun, hari ini.
Myanmar giat pemuliharaan Harimau Bengal
Di sebalik pelbagai cabaran domestik yang mendesak, Myanmar berjaya mengekalkan kira-kira 20 ekor Harimau Bengal, juga dikenali sebagai Harimau India - bukti kepada program pemuliharaan yang berkesan.
Trump tegas akan kenakan tarif ke atas produk EU
Bercakap di White House pada Jumaat, Trump menegaskan beliau "pasti" akan mengenakan tarif ke atas barangan dari EU.
Filem MONEY GAME$ catat rekod, kutip RM2.76 juta
Sejak ditayangkan, filem ini telah mencatatkan kutipan RM1.65 juta pada hari pertama tayangannya, meraih gelaran Juara Box Office pada hari pertama tayangan
Selangor mulakan pengajian STEM berasaskan al-Quran tahun ini - MB
Kerajaan Selangor akan mula menerapkan bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) berasaskan al-Quran di sekolah agama tahun ini.
Mahasiswa rugi lebih RM100,000 terpedaya sindiket "phone scam"
Seorang mahasiswa kerugian dianggarkan RM147,000 selepas terpedaya dengan sindiket penipuan menerusi panggilan telefon.
Bencana banjir di tiga daerah Sabah pulih dan diisytiharkan tamat
Kota Marudu, Kota Belud dan Telupid diisytiharkan pulih daripada banjir hari ini. dan semua penduduk yang terjejas di ketiga-tiga daerah itu telah dibenarkan pulang.
Singapura longgarkan dasar monetari selepas hampir lima tahun
MAS mengumumkan bahawa ia akan mengurangkan sedikit kecerunan jalur dasar kadar pertukaran nominal efektif dolar Singapura (S$NEER) tanpa mengubah lebar jalur dasar atau tahap pusatnya.
Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura jalinan kerjasama luar biasa - PM Anwar
Terdapat elemen saling mempercayai untuk bekerjasama dalam program bersama yang akan memberi manfaat kepada antara satu sama lain.
Shuib bangga, Talita bakal beraksi di Konsert Ajai & Mega Friends
Anak perempuan pelawak Shuib iaitu Dzahira Talita Zahra diberi peluang untuk mengadakan persembahan di Konsert By Ajai & Mega Friends di Singapura.
Singapura perkenal kod amalan untuk aplikasi bagi meningkatkan keselamatan dalam talian
Kategori kandungan berbahaya yang dikenal pasti termasuk kandungan seksual, keganasan, bunuh diri dan mencederakan diri.
Hampir 100 lubang jalan dikesan di Singapura berikutan hujan lebat berterusan
Hampir 100 lubang jalan dikesan di seluruh Singapura dalam 12 hari pertama Januari 2025 berikutan hujan lebat yang berterusan.
Syed Saddiq peroleh pelepasan sementara pasport ke Singapura, Sabah
Syed Saddiq memaklumkan beliau akan kembali ke Kuala Lumpur pada 25 Jan dan memulangkan pasport kepada mahkamah pada 27 Jan ini.
Singapura pertingkat aspek keselamatan di pusat pemeriksaan mulai 9 Jan 2025
Singapura akan mempertingkatkan pemeriksaan keselamatan di pusat pemeriksaan darat, udara. dan lautnya dari 9 Jan hingga 22 Jan, menurut Penguasa Imigresen & Pusat Pemeriksaan (ICA).
Harris lawat Singapura, Bahrain, Jerman
Naib Presiden Amerika Syarikat Kamala Harris dijadualkan mengadakan lawatan kerja ke Singapura pada 15 Jan.
JS-SEZ permulaan transformasi era baharu hubungan ekonomi Malaysia-Singapura
Perjanjian Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) yang dimeterai pada Selasa dijangka menjadi permulaan kepada tranformasi era baharu hubungan ekonomi antara Malaysia dan Singapura.
Malaysia, Singapura tandatangan MoU mengenai kerjasama tindakan iklim
Malaysia dan Singapura semalam menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) mengenai pendekatan bersama bagi menangani perubahan iklim selaras dengan Artikel 6, Perenggan 2 Perjanjian Paris.