MEKAH: Dua puluh lapan tahun hidup bersama tanpa anak, isteri kepada Allahyarham Mohd Zahir Ismail, jemaah haji Malaysia yang meninggal dunia semasa mengerjakan tawaf di Masjidilharam pada Rabu lepas, tidak pernah berasa kesunyian.
Ini kerana, kata Pauziah Othman, 58 tahun, suaminya itu seorang yang kuat mengusik, suka bergurau dan amat menyayangi dirinya.
Justeru, apa yang sangat diingatinya tentang Allahyarham ialah jenaka-jenaka serta baik budi suaminya itu semasa hayatnya.
"Kenangan. Itulah. Dia (Mohd Zahir) seorang yang kuat mengusik, lebih-lebih lagi dengan ibunya yang dia jaga. Dia juga seorang yang baik, banyak bantu orang tidak kira siapa. Lagipun, dia banyak bantu di rumah.
"Dia anak yang taat, jaga ibunya, Zariah Safar yang terlantar sakit. Makan, pakai dan solat ibunya, dia jaga semua. Dia suami yang baik sepanjang hidup dengan saya, cuma kami berdua.
"Sebab kami berdua, selama 28 tahun, susah senang, apa-apa kami kongsi bersama," kata suri rumah ini kepada petugas media yang menemuinya di maktab penginapan di Qasr Jenadriyah, di sini.
Mohd Zahir, 58 tahun, seorang bekas askar, disahkan meninggal dunia oleh Hospital Arab Saudi pada Rabu selepas diserang sakit jantung ketika mengerjakan tawaf.
Semasa kejadian, Allahyarham, dari Kampung Kubur Panjang, Pendang, Kedah, sedang dalam ihram dan menunaikan tawaf umrah pertama bersama-sama isteri dan jemaah dari maktabnya sebelum rebah.
Jenazah disolatkan di Masjidilharam dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Syaraiee, di sini, pada petang Khamis.
Disebabkan Allahyarham meninggal dalam ihram, selesai mandi jenazah Mohd Zahir dikafan menggunakan kain ihram yang sama, di mana jenazah tidak ditutup muka, malah dikebumikan juga dalam keadaan sebegitu.
Menceritakan detik-detik suaminya itu jatuh dan meninggal dunia, Pauziah berkata, suaminya itu mengadu penat semasa mengerjakan tawaf.
"Dia mengadu sangat penat. Apabila sampai pusingan ketujuh, dia mengadu lagi. Tetapi saya mintanya bersabar dan ajaknya tawaf secara perlahan-lahan dan bersama-sama habiskannya.
"Saya tidak nampak dia kerana duduk di depan, sementara Allahyarham di belakang.
"Selesai pusingan, apabila kami berjalan mahu solat, dia yang berpaut pada saya, jatuh. Saya juga ikut jatuh sebab dia berpaut pada saya.
"Semasa jatuh terlentang di atas lantai, matanya masih terbuka, tetapi tidak bercakap," katanya.
Selepas itu, Pauziah berkata, ada petugas memaklumkan kesahihan berita kematian Mohd Zahir selepas beberapa jam.
Tambahnya, semasa kejadian, terdapat ramai orang di kawasan tawaf termasuk pasukan penguat kuasa berpakaian seragam yang membantu membawa Allahyarham ke hospital.
Ditanya gurauan Mohd Zahir yang paling diingatinya, Pauziah berkata, Allahyarham ada banyak jenaka dan usikan, tetapi yang dia paling suka usik ialah ibunya.
"Ibunya sakit sudah lama. Selepas abangnya meninggal dunia kerana kanser sebulan sebelum kami berdua berangkat ke Tanah Suci, suami ajak ibunya tinggal bersama di rumah kami.
"Tetapi, ibunya itu selalu menyebut ingin pulang ke rumah sendiri, dan Allahyarham mengusik dengan mengatakan jika ibunya itu boleh berjalan, dia boleh balik ke rumah sendiri," kongsi Pauziah.
Katanya lagi, semasa mereka mengerjakan haji, cucunya iaitu anak kepada abangnya yang sudah meninggal dunia, menjaga ibu mentuanya itu.
"Dulu, cucu itu jaga ayahnya yang sakit kanser, kini jaga nenek pula, sebab kami berdua pergi haji," ceritanya dengan tenang.
Dalam pada itu, beberapa petugas kebajikan Lembaga Tabung Haji (TH), kaunselor serta pembimbing ibadat dan pakar rujuk turut menziarahi Pauziah bagi memberi bantuan sewajarnya.
Begitu juga, pihak Mashariq akan membina telaga dalam kawasan Tanah Haram, sumbangan untuk pembinaan masjid, sedekah kepada fakir miskin, anak yatin dan tahfiz dengan kesemuanya disedekah dan diniatkan ke atas nama Mohd Zahir dan Pauziah, untuk pahala dan amal jariah yang berterusan.
Mashariq yang sebelum ini dikenali sebagai Muassasah Tewafa Asia Tenggara, bertanggungjawab menyediakan kemudahan dan perkhidmatan asas untuk jemaah haji Malaysia khususnya kemudahan ketika berada di Arafah, Muzdalifah dan Mina pada waktu puncak ibadah haji atau masyair.
Selain itu, urusan bimbingan dan pandu arah kepada jemaah haji seperti ketika menunaikan umrah pertama serta melontar di jamrat akan diurus serta disediakan oleh pihak Mashariq.
Kos sambutan jemaah haji Malaysia memasuki Mekah dan penghantaran mereka keluar dari Mekah sama ada ke Madinah ataupun Malaysia, dan tempoh berada di Mekah turut dikendalikan Mashariq.
Pada 24 Mei lalu, seorang jemaah lelaki berusia 72 tahun dari Kubang Pasu, Kedah meninggal dunia di sebuah hospital di Mekah.
Abnil Hajar Ismail, menjadi jemaah haji Malaysia pertama meninggal dunia di Tanah Suci di mana punca kematiannya ialah akibat pembuluh darah pecah.
Tahun ini, kuota rasmi jemaah haji Malaysia ialah seramai 31,600 orang dan sehingga kini 68 peratus daripadanya sudah berada di Mekah.
Azlinariah Abdullah
Fri May 31 2024
PAUZIAH: Dia suami yang baik sepanjang hidup dengan saya, cuma kami berdua. Sebab kami berdua, selama 28 tahun, susah senang, apa-apa kami kongsi bersama. - Foto Tabung Haji
Operasi Ribut Al-Aqsa mimpi ngeri buat Israel - Penganalisis Arab
Seorang penganalisis Arab percaya bahawa Operasi Ribut Al-Aqsa, yang dilancarkan oleh pergerakan perjuangan Palestin, Hamas, mencetuskan perubahan ketara dalam persamaan pertempuran.
Belanjawan 2025: Perak harap peruntukan projek tebatan banjir diluluskan
Perak berharap projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) yang memerlukan peruntukan tinggi mendapat perhatian dalam Belanjawan 2025, kata Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad.
KPKT laksana pelbagai inisiatif galakkan perbandaran mampan - Nga
Kerajaan menerusi Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) mengambil pendekatan dengan melaksanakan beberapa inisiatif sebagai usaha utama bagi menggalakkan perbandaran mampan.
AS minta imigran dari empat negara keluar apabila permit tamat
Imigran dari Cuba, Haiti, Nicaragua, dan Venezuela yang memasuki Amerika Syarikat melalui "program parol" perlu meninggalkan negara itu apabila permit dua tahun mereka tamat jika mereka tidak memperoleh cara lain yang sah untuk tinggal, umum pentadbiran Biden pada Jumaat.
Persiapan sedang dilakukan untuk di ibu negara Laos
Persiapan sedang giat dilakukan untuk Laos menjadi tuan rumah Sidang Kemuncak ASEAN ke-44 dan ke-45 serta mesyuarat berkaitan, dengan pihak berkuasa dari pelbagai sektor bersiap sedia untuk menyambut ketibaan pemimpin dan delegasi yang akan menghadiri mesyuarat berkenaan.
Ribuan penduduk dunia berhimpun, solidariti ke atas Palestin
Rangkuman ribuan penduduk dunia mengadakan perhimpunan di negara masing-masing sebagai tanda solidariti ke atas penduduk Gaza ekoran kekejaman Zionis.
Banjir, tanah runtuh ragut 16 nyawa di Bosnia
Hari Jumaat nyata hari yang tragik buat Alka Gusic, apabila dia kehilangan empat ahli keluarganya sekaligus, susulan kejadian tanah runtuh melanda kampung mereka di Donja, Jablanica, di Bosnia.
31 pemberontak Maoist terbunuh dalam pertempuran dengan tentera India
Sekurang-kurangnya 31 pemberontak disyaki dari kumpulan Maoist, terbunuh dalam pertempuran dengan tentera India di India Tengah.
Pertempuran meletus pada hari Jumaat apabila pasukan penentang pemberontakan, mengepung hampir 50 pemberontak di kawasan hutan Abhujmaad di sepanjang sempadan daerah Narayanpur dan Dantewada di negeri Chhattisgarh.
Pertempuran meletus pada hari Jumaat apabila pasukan penentang pemberontakan, mengepung hampir 50 pemberontak di kawasan hutan Abhujmaad di sepanjang sempadan daerah Narayanpur dan Dantewada di negeri Chhattisgarh.
Pasukan keselamatan harungi banjir untuk selamatkan gajah
Pasukan penyelamat di Wilayah Chiang Mai, Thailand, telah mengharungi arus deras banjir bagi menyelamatkan sekumpulan gajah daripada mati lemas.
Daerah Mae Taeng, yang merupakan lokasi beberapa kem penempatan gajah, telah dilanda banjir kilat susulan hujan monsun lebat.
Daerah Mae Taeng, yang merupakan lokasi beberapa kem penempatan gajah, telah dilanda banjir kilat susulan hujan monsun lebat.
Pesara guru maut ditikam anak lelaki
Seorang pesara guru maut akibat ditikam anak lelakinya di rumahnya di Kampung Senaling, Kuala Pilah di sini, petang tadi.
Menteri Hal Ehwal Agama Tunisia dipecat selepas kematian jemaah haji
Presiden Tunisia memecat Menteri Hal Ehwal Agama selepas berpuluh-puluh jemaah haji Tunisia meninggal dunia ketika menunaikan haji.
Meninggal di Mekah: Arwah anak yang taat, suami yang baik - Isteri
Pauziah mengenang suaminya sebagai seorang yang kuat mengusik, suka bergurau dan amat menyayangi dirinya.
Seorang bakal jemaah haji Malaysia meninggal dunia di Mekah
Abnil Hajar Ismail dari Jitra, Kedah disahkan meninggal dunia oleh pihak hospital pada 10.30 malam.
Dua lagi jemaah haji negara meninggal dunia
Kematian lelaki berusia 72 dan 60 tahun itu masing-masing disebabkan jangkitan kuman pada paru-paru serta serangan angin ahmar dan kegagalan jantung.
Seorang jemaah haji meninggal dunia di Makkah
Wanita berusia 57 tahun dari Raub, Pahang itu meninggal dunia di Pusat Rawatan Tabung Haji, Makkah akibat kegagalan jantung.