KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam menyifatkan pemergian Tun S Sammy Vellu sebagai satu kehilangan besar buat negara terutama masyarakat India.
Menurut Musa, mendiang merupakan antara pemimpin paling lantang bersuara dan memperjuangkan hak kaum India sepanjang bergelar Menteri Kabinet.
Musa secara peribadi amat mengenali mendiang Samy ketika beliau menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kabinet.
"Saya boleh katakan kepada semua rakan-rakan daripada kaum india, jika anda ingin melihat seorang pemimpin yang tidak pernah berhenti untuk memperjuangkan nasib dan hak kaum India, inilah pemimpinnya," kata Musa mengenang kehilangan rakan seperjuangannya itu.
Mengimbas jejak perjalanan karier politik bersama mendiang, jelas Musa, Samy seorang pemimpin yang sangat mementingkan pembangunan pendidikan dan serta aspek-aspek lain yang melibatkan masyarakat India.
Bahkan, Musa mendedahkan sering bertegang urat dengan mendiang Samy apabila membincangkan sesuatu demi kebaikan semua pihak.
"Waktu saya Menteri Pelajaran, tiap-tiap tahun kita bertengkar. Samy Vellu akan keluar dia punya senarai berapa peratus boleh kita terima pelajar India.
"Dia (Samy Vellu) sedar atas keadaan masyarakat Indina, kadangkala dalam Mesyuarat Kabinet, beliau menjerit jika berkaitan dengan hal ehwal masyarakat India, bukan hanya pendidikan, apa sahaja kena mengena dengan masyarakat India," cerita Musa lagi.
Masih terbayang di ruang fikiran Musa mengenai ketegasan Samy yang pernah beberapa kali ‘menjerit’ ketika mengemukakan cadangan di Mesyuarat Kabinet sehingga menyebebabkan beliau dan Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad menenangkan mendiang.
"Saya dan Tun Dr Mahathir selalu apabila Samy naikkan suara, kami akan kata kepadanya agar dia lihat urat dan matanya yang tegang, jadi kami akan minta dia bertenang.
"Ya, Samy Vellu seorang pemimpin yang kita tahu keberadaannya dan tanggungjawabnya. Setiap hujahnya sangat tegas mengenai masyarakat India. Kita akan merindunyai, seorang pemimpin yang tiada galang gantinya," kata Musa lagi.
Mendiang Samy menghembuskan nafas terakhir pada usia 86 tahun di kediamannya di Jalan Ipoh, di sini, sekitar pukul 8 pagi ini.
Perkara itu disahkan oleh Naib Presiden MIC, Datuk T Mohan ketika dihubungi Astro AWANI yang memaklumkan Samy meninggal dunia dalam tidur.
Sementara itu, bekas setiausaha akhbar mendiang, Datuk E Sivabalan berkata, upacara pembakaran mayat Samy akan berlangsung pada pukul 4 petang esok (Jumaat) di di Krematorium DBKL, Jalan Kuari, Cheras.
Orang ramai yang ingin memberi penghormatan terakhir kepada bekas Presiden MIC itu boleh berkunjung ke kediaman mendiang di rumahnya di No. 19, Lengkongan Vethavanam, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur, bermula pukul 2 petang ini.
Fareez Azman
Thu Sep 15 2022
Mendiang Tun S Samy Vellu disifatkan Tan Sri Musa Hitam sebagai seorang pemimpin yang sentiasa tegas memperjuangkan hak masyarakat India di negara ini. - Gambar Astro AWANI/ SHAHIR OMAR
Penganggur menyamar polis untuk merompak dipenjara 12 tahun
Mahkamah Sesyen menjatuhi hukuman penjara 12 tahun ke atas seorang penganggur selepas mengaku salah atas dua pertuduhan merompak dua wanita Indonesia dengan menyamar sebagai polis.
Perdana Menteri Jepun Ishiba lawat Malaysia, Indonesia 9-12 Januari
Perdana Menteri Jepun Shigeru Ishiba akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia dan Indonesia dari 9 hingga 12 Jan untuk memperkukuh kerjasama dengan negara Asia Tenggara.
Kebanyakan yang terlibat dalam sambutan Krismas di KPKT adalah bukan Muslim
Kebanyakan petugas KPKT yang terlibat dalam sambutan di Krismas di bangunan kementerian itu di Putrajaya baru-baru ini sebagaimana yang ditularkan, adalah mereka yang beragama Kristian.
AWANI Ringkas: Tarif elektrik: Kenaikan tidak bebankan rakyat - PM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PM Anwar ucap takziah kepada keluarga Manmohan Singh, anggap mendiang sahabat sejati
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan bekas perdana menteri India mendiang Dr Manmohan Singh yang meninggal dunia malam Khamis sebagai seorang "sahabat yang amat disayangi".
Rusia tolak dakwaan tembak pesawat Azerbaijan Airlines
Rusia menolak spekulasi bahawa pertahanan udaranya menjadi punca pesawat penumpang Azerbaijan Airlines terhempas berhampiran bandar Aktau, Kazakhstan yang mengorbankan 38 nyawa.
Israel nekad hapuskan pemimpin dan ahli kumpulan Houthi
Perdana Menteri Israel menegaskan pihaknya akan terus memburu semua pemimpin dan ahli kumpulan Houthi di Yaman sebagai balasan mengganggu keamanan dan ketenteraman negara haram Israel.
Pejuang Houthi didakwa lancar peluru berpandu ke arah Israel
Pejuang Houthi bertindak melancarkan peluru berpandu dari Yaman ke arah Israel. Bagaimanapun Pasukan Pertahanan Israel (IDF) mendakwa pihaknya berjaya memintas peluru berpandu tersebut.
Kerajaan tidak benarkan kenaikan tarif elektrik yang jejaskan orang ramai - PM Anwar
Kerajaan tidak membenarkan kenaikan tarif elektrik yang menjejaskan orang ramai, justeru meminta Tenaga Nasional Bhd (TNB) memberi penjelasan berhubung perkara itu.
Serangan Israel ke atas Yaman hanya tingkatkan ketegangan
Jurucakap Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengutuk sekeras-kerasnya serangan tentera Israel ke atas Yaman.
Musa Hitam dilantik Menteri Darjah (Chancellor) baharu bagi Darjah Yang Mulia Setia Mahkota Malaysia
Yang di-Pertuan Agong memperkenankan pelantikan Tun Musa Hitam sebagai Menteri Darjah (Chancellor) yang baharu bagi Darjah Yang Mulia Setia Mahkota Malaysia.
Tun Musa lancar buku Ku Li: Memoir 205, angkat perjalanan politik Tengku Razaleigh
Tun Musa Hitam melancarkan buku KU LI: Memoir 205 yang mengangkat kisah perjalanan politik lagenda politik, Tengku Razaleigh Hamzah pada Selasa.
Tun Musa individu teguh prinsip, integriti - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Musa Hitam sebagai sosok yang teguh dengan prinsip dan integriti.
Tun Musa Hitam selesai jalani pembedahan otak selepas jatuh ketika berkebun
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam selesai menjalani pembedahan pada otak selepas jatuh semasa berkebun pada minggu lepas.
Agong, Permaisuri zahir ucapan takziah kepada keluarga Mariana, anak bekas TPM Musa Hitam
Yang di-Pertuan Agong menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Mariana Musa yang meninggal dunia pada Sabtu (5 Nov).
Mengenang Samy Vellu: Tegas perjuang hak masyarakat India - Tun Musa
Musa Hitam kongsi pengalaman mengenali Samy Vellu sepanjang berjuang dalam politik dan kerajaan.
Tubuh badan khas tanpa ahli politik tangani isu negara - Musa Hitam
Ini adalah masa yang sesuai untuk semua individu dan kumpulan bekerjasama untuk menyumbang kepada negara.
Syed Hamid terajui WIEF, ganti Musa Hitam
Syed Hamid merupakan bekas Menteri Luar dan pernah menjadi Menteri Undang-undang dan Ahli Parlimen sejak 1990 hingga 2013.
Berita tempatan pilihan sepanjang Ahad
Antara pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mahu selamatkan UMNO? Ketepikan pemimpin ada dakwaan mahkamah - Musa Hitam
Kesemua pemimpin UMNO yang sedang menghadapi pendakwaan di mahkamah harus diketepikan sehinggalah membuktikan mereka tidak bersalah, kata Musa Hitam.