KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa kandungan memoir bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas bertajuk 'My Story: Justice In the Wilderness' telah membangkitkan kebimbangan awam.
Peguam Kanan Persekutuan (SFC) Shamsul Bolhassan berkata oleh itu, Kabinet merasakan terdapat keperluan untuk menubuhkan pasukan petugas khas (STF) untuk menyiasat perkara tersebut.
Beliau berhujah bahawa penubuhan STF adalah selaras dengan pelaksanaan kuasa eksekutif Kabinet di bawah Perkara 39 Perlembagaan Persekutuan dan pembentukan STF telah diluluskan oleh Kabinet, dengan tanggungjawab utamanya untuk mengumpul maklumat atau menjalankan siasatan awal terhadap kandungan buku tersebut.
"Oleh itu, memandangkan STF tertakluk kepada perintah dan terma rujukan yang ditetapkan oleh Kabinet, penubuhannya sememangnya dalam menjalankan kuasa eksekutif Persekutuan.
"Adalah penting untuk mengambil maklum bahawa siasatan awal adalah ke atas dakwaan kandungan buku itu," katanya sambil menambah bahawa adalah salah untuk mengatakan penubuhan STF menyalahi undang-undang hanya kerana ia tidak wujud di bawah undang-undang.
Menurut Shamsul, keputusan untuk menubuhkan STF dibuat menurut kuasa eksekutif yang diberikan mengikut Perkara 39 Perlembagaan Persekutuan dan dibentuk secara sah mengikut undang-undang.
"Oleh itu, saman yang dikemukakan plaintif adalah remeh atau menyusahkan dan menyalahgunakan proses mahkamah. Oleh itu, kami menggesa mahkamah membatalkan keseluruhan saman pemula (OS) tersebut," katanya semasa perbicaraan permohonan pasukan petugas khas dan kerajaan untuk membatalkan saman Thomas berhubung laporan siasatan mengenai kandungan bukunya
Thomas memfailkan saman itu pada 27 Okt 2022, menamakan pengerusi pasukan petugas khas itu Datuk Seri Fong Joo Chung, tujuh lagi anggota pasukan serta kerajaan sebagai defendan.
Selain Fong, pasukan petugas khas itu dianggotai Datuk Seri Panglima Hashim Paijan, Datuk Junaidah Kamaruddin, Datuk Jagjit Singh Bant Singh, Datuk Shaharudin Ali, K. Balaguru, Farah Adura Hamidi dan Mohd Najib Surip.
Sementara itu, peguam Mervyn Lai berhujah bahawa tujuan sebenar penubuhan pasukan petugas yang 'tidak sah', dan pengeluaran laporannya yang menyalahi undang-undang, termasuk masanya adalah untuk menyerang kredibiliti plaintif.
Beliau berkata pada 6 Okt 2022 sekitar tarikh itu, versi laporan yang menyalahi undang-undang dengan tanda 'Sulit' telah disiarkan di internet dan disebarkan secara meluas selepas itu.
Peguam itu berkata saman tersebut bukanlah kes biasa dan jelas yang sesuai untuk penentuan ringkasan kerana ia melibatkan persoalan undang-undang baharu yang sehingga kini belum ditentukan oleh mahkamah.
"Ia juga melibatkan penyalahgunaan jentera kerajaan, menggunakan mekanisme luar yang tidak ditetapkan oleh undang-undang untuk memburuk-burukkan dan melemparkan fitnah secara terbuka terhadap bekas Peguam Negara Malaysia berhubung kelakuannya semasa memegang jawatan," katanya.
Hakim Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh menetapkan 8 Ogos ini untuk keputusan permohonan itu.
Thomas, yang merupakan Peguam Negara mulai Jun 2018 hingga Februari 2020, memohon perisytiharan bahawa laporan bertajuk 'Laporan Pasukan Petugas Khas - SiasatanTerhadap Dakwaan Dalam Buku Bertajuk "My Story: Justice In The Wilderness" ', merupakan dokumen tidak sah dan bertentangan dengan undang-undang.
Dalam saman pemula itu, Thomas mendakwa penerbitan laporan itu melanggar Seksyen 499 dan 500 Kanun Keseksaan dan/atau Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Beliau juga memohon deklarasi bahawa penerbitan laporan itu oleh kerajaan, melanggar haknya terhadap reputasinya seperti yang dilindungi oleh Perkara 5(1) dan 13(1) Perlembagaan Persekutuan.
Buku tulisan Thomas yang diterbitkan pada Januari 2021 mengandungi pelbagai kontroversi, menyebabkan Kabinet menubuhkan pasukan petugas khas pada 8 Okt 2021, untuk menjalankan kajian terhadap pendedahan terkandung dalam buku tersebut.
Pada 13 Okt lepas, kerajaan menyahklasifikasi laporan pasukan petugas khas itu, antara lain mengesyorkan supaya Thomas disiasat atas kemungkinan pelbagai kesalahan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 15 2023

Buku tulisan Thomas yang diterbitkan pada Januari 2021 mengandungi pelbagai kontroversi, menyebabkan Kabinet menubuhkan pasukan petugas khas pada 8 Okt 2021. - Gambar fail

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Mahkamah Rayuan tetapkan 2 Julai untuk dengar rayuan Najib saman Tommy Thomas
Mahkamah Rayuan menetapkan 2 Julai ini untuk mendengar rayuan Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mengembalikan semula saman RM1.9 juta terhadap bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas.

Saman fitnah: Mahkamah tolak permohonan Tommy Thomas singkir hakim
Hakim Roz Mawar menyatakan bahawa permohonan menarik diri ini tidak berasas dan boleh merosakkan keyakinan awam terhadap badan kehakiman.

Keputusan permohonan Tommy Thomas supaya Hakim Roz Mawar tarik diri 14 Jan
Mahkamah Tinggi menetapkan 14 Jan 2025 untuk keputusan permohonan Tommy Thomas agar Hakim Roz Mawar Rozain menarik diri daripada mendengar kes saman terhadapnya.

Kes Najib saman Tommy tangguh lagi, hakim kedua tarik diri
Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Faizah Jamaludin menarik diri daripada mendengar rayuan Datuk Seri Najib Razak untuk mengembalikan semula saman RM1.9 juta terhadap Tan Sri Tommy Thomas.

Pendengaran permohonan Tommy Thomas supaya Roz Mawar tarik diri ditangguh 9 Dis
Pendengaran permohonan Tommy Thomas supaya Pesuruhjaya Kehakiman Roz Mawar Rozain menarik diri daripada mendengar saman difailkan Shahrir Ab Samad ditangguh.

Saya tidak terlibat pembunuhan Altantuya - Najib
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menafikan terlibat dalam pembunuhan Altantuya, menegaskan beliau tidak mengenali atau mengarahkan pembunuhan itu.

Kes saman Shahrir Samad: Tommy Thomas mohon Roz Mawar tarik diri
Thomas mendakwa Roz Mawar telah membuat banyak dapatan tidak berasas serta bercanggah dengan tuntutan saman itu dan keterangan yang dikemukakan di hadapan mahkamah.

Najib mohon kerajaan halang tayangan dokumentari 'Man on the Run'
Muhammad Shafee berkata, apa yang lebih serius lagi adalah, Tommy turut membuat kesimpulan sendiri berhubung kes itu di luar mahkamah.

Laporan siasatan memoir: Tommy Thomas saman kerajaan, pasukan petugas khas
Tan Sri Tommy Thomas memfailkan saman terhadap pasukan petugas khas (STF) dan kerajaan Malaysia berhubung laporan siasatan memoirnya bertajuk "My Story: Justice In the Wilderness".

Rayuan Najib untuk kembalikan saman terhadap Tommy Thomas didengar 5 Feb
Peguam Daniel Annamalai, antara peguam yang mewakili Najib mengesahkan tarikh pendengaran rayuan itu.