MELAKA: Kerajaan negeri akan meraikan Bulan Pelancongan Islam bertemakan 'Dari Hati Membawa Ke Syurga' sepanjang Ramadan ini bersempena Tahun Melawat Melaka (TMM2024).
Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata lebih 400 program keagamaan disusun hampir setiap hari sepanjang bulan pelancongan itu bagi menarik penyertaan umat Islam dan akan dianjurkan di pelbagai lokasi termasuk di Pavilion di Dataran Pahlawan, Banda Hilir.
Beliau berkata program tersebut termasuk Seminar Rukyah dan Hisab, Malam Semarak Haruman Ramadan, Jom Rewang Bubur Lambuk serta Majlis Iftar Mega yang akan diadakan pada 16 Mac ini di Dataran Pusat Islam, Bukit Palah di sini.
"Majlis Iftar Mega itu dijangka disertai lebih 7,000 umat Islam yang akan berbuka puasa di Dataran Pusat Islam dan juadah berbuka akan disediakan tetapi pengunjung juga boleh membawa makanan sendiri bagi memeriahkan majlis.
"Pelaksanaan program tersebut sebagai galakan kepada umat Islam untuk merebut peluang meningkatkan amal ibadat sepanjang Ramadan ini," katanya kepada pemberita di sini semalam.
Beliau berkata demikian selepas melancarkan Program Ihya Ramadan Peringkat Melaka 2024 yang turut dihadiri Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri Datuk Rahmad Mariman.
Sementara itu, Rahmad berkata penganjuran program berkenaan akan melibatkan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dan agensi agama lain seperti Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), Zakat Melaka, Jabatan Mufti dan Mahkamah Syariah negeri.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata pada tahun ini sebanyak 1,029 amil dilantik oleh Zakat Melaka bagi mengurus kutipan zakat fitrah.
"Berdasarkan pengalaman dan kepakaran amil yang dilantik, saya berharap proses pembayaran zakat fitrah di Melaka dapat diuruskan dengan lebih efisien agar prestasi kutipan zakat fitrah pada tahun ini dapat dipertingkatkan.
"Saya mahu amil sentiasa mematuhi syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh Zakat Melaka seperti yang termaktub dalam perjanjian dan peraturan amil fitrah negeri," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 10 2024

Ab Rauf (kiri) menyerahkan kupon zakat fitrah kepada wakil amil zakat fitrah daerah Alor Gajah pada Majlis Pelancaran Program Ihya Ramadan Peringkat Melaka 2024 pada Ahad. --fotoBERNAMA

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Ramadan: Penjawat awam wanita Negeri Sembilan dibenar pulang jam 2 petang setiap Jumaat
Kerajaan Negeri Sembilan membenarkan penjawat awam wanita yang bekerja di bawah pentadbiran kerajaan negeri pulang seawal jam 2 petang pada setiap Jumaat, Ramadan ini.

Tarawih 20 rakaat di masjid, surau Pahang
Pahang akan melaksanakan 20 rakaat solat sunat tarawih dengan tiga rakaat witir dua salam di seluruh masjid dan surau di negeri ini sepanjang Ramadan tahun ini.

Jadual solat tarawih, tahajjud bagi Ramadan kali ini diluluskan, tampil nama imam tersohor
Presiden Hal Ehwal Agama di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, Sheikh Dr Abdul Rahman Al-Sudais telah meluluskan jadual solat Tarawih dan Tahajud bagi kedua-dua masjid suci sepanjang bulan Ramadan 1446

Waktu sekolah seperti biasa sepanjang Ramadan - KPM
Sekolah sesi petang di Semenanjung akan tamat pada pukul 5.30 petang, manakala 5 petang di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan sepanjang Ramadan ini.

Hantar anak tuisyen pilihan peribadi- Fadhlina
Keputusan menghantar anak ke pusat tuisyen untuk mengikuti pembelajaran tambahan adalah pilihan peribadi.

FAMA jamin bekalan kelapa menjelang Ramadan mencukupi
Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) memberi jaminan bekalan kelapa mencukupi menjelang Ramadan ini, susulan langkah intervensi yang telah diambil bagi mengatasi isu berkenaan.

Jelajah Assalamualaikum RaRa 2025 eratkan silaturahim - Zizan Razak
Jelajah Assalamualaikum RaRa 2025 adalah platform terbaik untuk mengeratkan silaturahim antara selebriti dan masyarakat.

Ramadan lebih indah apabila dirai bersama - Keanu Azman
Bagi Keanu Azman, keindahan Ramadan kali ini lebih bermakna dengan semangat kebersamaan yang dibawakan oleh Astro.

Amalan Ramadan ada kaitan dengan negara MADANI - PM
Amalan di bulan Ramadan memberikan satu penegasan tentang disiplin, kekuatan rohani, keyakinan dan sifat yang lebih sederhana.

DBKL diminta selesaikan kerja naik taraf Jalan Melayu sebelum Ramadan
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) diminta memastikan kerja-kerja menaik taraf Jalan Melayu di sini, dapat diselesaikan sebelum Ramadan pada awal Mac ini.