Kerajaan negeri Melaka sedang giat mempromosi kempen 'Dream Now, Travel Later' dalam usaha merancakkan semula sektor pelancong negeri ini yang terkesan ekoran penularan wabak COVID-19.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan negeri, Datuk Muhamad Jailani Khamis berkata kempen sejak 1 Jun sehingga hujung tahun ini digerakkan menerusi platform 'Melaka eXcess' yang boleh dimuat turun dari Google Play dan App Store.
Beliau berkata menerusi kempen itu, pelbagai rangkaian sektor pelancongan negeri menawarkan diskaun tiket masuk ke destinasi pelancongan, produk pelancongan dan perkhidmatan mereka bermula 10 peratus dan ke atas, dan tempoh sah laku sehingga 2023.
"Sehingga kini, 80 pengusaha sektor pelancongan di Melaka telah berdaftar di bawah aplikasi 'Melaka eXcess' dan kita jangkakan lebih banyak lagi akan berbuat demikian dalam masa terdekat untuk mempromosi produk atau perkhidmatan mereka.
"Inisiatif ini dirancang dalam tempoh dua bulan sejak penularan COVID-19 melanda negara namun pelancarannya belum dapat dilaksanakan susulan Perintah Kawalan Pergerakan dan arahan daripada Majlis Keselamatan Negara," katanya selepas Majlis Penyampaian Bantuan Kit Makanan kepada Pengayuh Beca di Melaka Ekoran COVID-19 di sini, hari ini.
Pada majlis itu, 350 pengayuh beca berdaftar di Melaka menerima sumbangan berupa beras, susu tepung, gula, minyak, telur serta biskut dan, majlis turut dihadiri Pengurus Besar Bahagian Promosi Pelancongan Melaka, Saari Basiron.
Mengulas lanjut, Jailani berkata antara destinasi pelancongan terlibat ialah Melaka Wonderland, Taman Buaya Melaka, Melaka River Cruise, Zoo Melaka Menara Taming Sari, Mamee Jonker House dan Toy Museum Melaka serta sektor pengangkutan seperti Melaka Sentral dan Panorama Melaka.
Beliau berkata cabutan bertuah yang menawarkan pelbagai hadiah termasuk sebuah Proton Alza dan pulangan kredit berjumlah RM5 juta, menanti pelancong yang membeli tiket menerusi platform itu.
Dalam pada itu, katanya pengusaha sektor pelancongan turut disaran memanfaatkan aplikasi berkenaan untuk mengembang dan memperomosikan perniagaan serta produk mereka kerana caj yang dikenakan amat rendah berbanding platform atas talian lain.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 04 2020
Sehingga kini, 80 pengusaha sektor pelancongan di Melaka telah berdaftar di bawah aplikasi 'Melaka eXcess'. - Gambar fail
Pantau Belanjawan: Usaha Malaysia kekal kompetitif dalam ekonomi ASEAN
Menurut artikel Forbes bertajuk "Looking To Trade In Southeast Asia?", Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan ASEAN sebagai platform perdagangan strategik dengan akses mudah ke 10 pasaran serantau. Ikuti perbincangan untuk menilai sejauh mana Malaysia benar-benar menonjol berbanding negara jiran seperti Indonesia dan Vietnam yang turut menjadi destinasi popular pelaburan langsung asing (FDI).
Pulau Pinang sambut ketibaan penerbangan terus pertama HK Express dari Hong Kong
Penerbangan itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong pada pukul 8.30 malam semalam.
Harga minyak diunjur dalam julat antara US$65 dan US$75 setong pada 2025
Sering unjurannya, purata harga minyak pada 2024 dijangkakan berada dalam julat rendah pada US$80 setong.
Padah bakar bunga api, dua beradik didakwa di mahkamah
Dua beradik dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan memiliki dan melakukan khianat membakar bunga api sehingga menyebabkan kebakaran di Dewan Arena Square Teluk Intan.
Tiada maklumat Jho Low berada di Myanmar - KPN
PDRM yakin kerjasama baik dengan rakan setugas di peringkat antarabangsa mampu merungkai pencarian ahli perniagaan buruan, Low Taek Jho atau dikenali sebagai Jho Low.
Trump pilih Pam Bondi sebagai Peguam Negara
Trump memuji Bondi atas usahanya menangani isu pengedaran dadah dan dos berlebihan fentanyl semasa berkhidmat.
Tikam mangsa guna pisau 'rambo' hingga lumpuh, bekas bintang muda EPL dipenjara
Tikam mangsa guna pisau 'rambo' hingga lumpuh, bekas bintang muda EPL dipenjara
AWANI Ringkas: Cederakan rakan pelatih, pegawai kadet UPNM didakwa di mahkamah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Serangan udara Israel mengenai sebuah bangunan di pinggir selatan Beirut pada Khamis.
Rakaman yang diambil dari Baabda menunjukkan saat-saat serangan itu mengenai bangunan, diikuti dengan letupan yang kuat dan asap tebal yang memenuhi ruang udara.
#AWANInews
#AWANInews
Polis mengaku tidak bersalah curi barang kemas wanita meninggal dunia
Seorang anggota polis mengaku tidak bersalah di mahkamah atas pertuduhan mencuri barang kemas milik seorang wanita yang meninggal dunia akibat serangan jantung.
Dasar ekonomi Trump boleh tambah RM19.7 bilion kepada KDNK Malaysia - Juwai IQI
Dasar ekonomi Donald Trump dijangka memberi kesan besar ke atas ekonomi Malaysia, dengan unjuran menunjukkan cara Presiden AS itu boleh menyumbang RM19.7 bilion kepada KDNK negara.
Jabatan Kesihatan Kelantan rekod tiga kematian akibat denggi
Sebanyak tiga kematian direkodkan akibat demam denggi di Kelantan setakat 9 Nov lepas, kata Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan Datuk Dr Zaini Hussin.
Pertumbuhan ASEAN diunjur kukuh pada 4.6 peratus - IMF
Pertumbuhan bagi negara anggota ASEAN diunjur pada 4.6 peratus pada 2024 dan pada 4.7 peratus pada 2025, sebahagian besarnya disokong oleh permintaan domestik dan eksport yang kukuh.
IATA gesa Thailand perkukuh sektor penerbangan
Potensi penerbangan Thailand adalah menggalakkan dengan jumlah penumpang dijangka mencatat kadar pertumbuhan tahunan kompaun sebanyak 3.88 peratus dari 2024 hingga 2043.
Wanita kreatif hasilkan seni bingkai pokok duit, kebaya dan ranting
Minat atau hobi terhadap bidang seni boleh membuahkan karya yang bukan sahaja unik serta menakjubkan tetapi juga boleh menjadi sumber kewangan.
Mahkamah arah Qantas bayar pampasan kepada 1,700 pekerja yang dipecat secara tidak sah
Syarikat penerbangan terbesar Australia, Qantas, diperintahkan membayar pampasan yang besar kepada 1,700 pekerja yang dipecat secara tidak sah semasa pandemik COVID-19.
Laporan PBB: Kemiskinan tegar dunia meningkat pertama kali dalam tempoh 20 tahun
Dunia menyaksikan peningkatan kemiskinan tegar buat pertama kali dalam tempoh 20 tahun dan ketidaksamaan meningkat dengan ketara serta kekal tinggi.
Kerajaan Sarawak belanja RM601 juta untuk 17 projek pembaharuan bandar - Awang Tengah
Kerajaan Negeri memperuntukkan RM601 juta di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) bagi melaksanakan 17 projek Pembaharuan Bandar di Sarawak.
COVID 19: Peniaga bebas, lepas tuduhan sebar berita palsu
COVID 19: PENIAGA BEBAS, LEPAS TUDUHAN SEBAR BERITA PALSU
Persidangan Kesejahteraan Mental dan Pemerkasaan Wanita bertujuan tingkat kesedaran - Nancy
Persidangan Antarabangsa mengenai Kesejahteraan Mental dan Pemerkasaan Wanita Khamis ini bertujuan meningkatkan kesedaran.