Melaka belum bersedia membenarkan perkhidmatan menggunting dan mendandan rambut serta kecantikan, pasar pagi terbuka, pasar malam serta bazar ria kembali beroperasi pada tarikh yang diumumkan kerajaan persekutuan pada 10 dan 15 Jun ini.
Ketua Menteri Datuk Sulaiman Md Ali berkata ini kerana kerajaan negeri akan meneliti terlebih dahulu prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan (KKM) kerana negeri itu juga mempunyai SOP sendiri.
Beliau berkata pembukaan sektor ekonomi, khususnya pasar pagi, terbuka, malam dan bazar ria akan melibatkan kumpulan yang besar pada satu-satu masa, justeru perlu dirancang dan dilaksana secara terperinci agar wabak COVID-19 dapat dikekang.
"Kedua-dua SOP ini akan diteliti dalam mesyuarat bersama MKN serta Jawatankuasa Khas Menangani COVID-19 dan akan diumumkan dalam masa terdekat.
"Kita faham dan simpati dengan situasi peniaga sektor ini namun pada masa sama kepentingan atau keselamatan awam perlu diambil kira. Lagipun operasi pasar di setiap negeri adalah berbeza," katanya kepada pemberita selepas lawatan ke pusat pembungkusan dan pengagihan peralatan perlindungan diri di sini, hari ini.
Semalam, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata perkhidmatan mengunting dan mendandan rambut serta kecantikan dibenarkan beroperasi mulai 10 Jun ini susulan sumbangan sektor itu kepada Keluaran Dalam Negara Kasar negara yang berjumlah RM13.5 bilion setahun.
Ismail Sabri turut dilaporkan berkata semua pasar terbuka, pagi dan malam serta bazar ria di Wilayah Persekutuan dibenarkan beroperasi bermula 15 Jun ini, dan waktu operasi bagi pasar pagi dan pasar terbuka ialah 6 hingga 11 pagi, pasar malam (4 petang hingga 10 malam) dan bazar ria (5 petang hingga 11 malam).
Dalam perkembangan lain, Sulaiman berkata kerajaan Melaka tidak membenarkan minuman keras diminum di dalam premis jualan sebaliknya perlu dibawa balik dan diminum di rumah.
Beliau berkata keputusan itu dibuat berikutan banyak kemalangan membabitkan pemandu mabuk sehingga meragut nyawa mangsa dilaporkan media sejak kebelakangan ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 07 2020
Melaka mempunyai SOP tersendiri tentang membenarkan perkhidmatan guntuing rambut beroperasi semula. - Gambar hiasan
Lelaki maut nahas dua kenderaan
Pemandu Honda Civic telah mengalami kecederaan parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
PM Singapura adakan lawatan rasmi ke Malaysia bermula esok
Lawatan ini bertepatan dengan Sesi Pemukiman Pemimpin-Pemimpin Malaysia-Singapura Ke-11 (ALR) yang dijadualkan pada 7 Januari 2025.
Sederet 13 rumah di Tanjung Dawai musnah terbakar, seorang cedera
Kejadian turut mengakibatkan seorang lelaki berusia 30-an melecur di bahagian kaki dan tangan ketika cuba menyelamatkan diri.
TMJ dijemput sebagai tetamu khas Presiden PSG di Doha
Tunku Mahkota Ismail hadir mewakili Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam perbincangan bersama pengurusan tertinggi PSG.
Guru pondok, madrasah Pahang terima bantuan khas RM1,000 seorang
Pengagihan bantuan itu bermula Khamis lalu dan dijangka selesai sepenuhnya menjelang penghujung Januari ini.
Harga biji kopi meningkat, pemilik kafe perlu kaji semula penetapan harga
Kos biji kopi dijangka terus meningkat pada 2025 disebabkan keadaan cuaca buruk dan kekurangan bekalan.
Penduduk Orang Asli harap projek jalan bersepadu dilaksanakan segera
Komuniti Orang Asli di Gua Musang, termasuk Pos Bihai, Pos Balar, dan Pos Belatim, memohon projek jalan ditingkatkan bagi memudahkan akses harian selepas musim tengkujuh.
Titah Adendum: Rayuan Najib didengar esok
Pendengaran yang pada asalnya dijadualkan pada 5 Dis tahun lalu akan dimulakan pada pukul 9 pagi di hadapan panel tiga hakim.
ATM sahkan insiden kekecohan libatkan warga Palestin di WTKL
Situasi berkenaan dapat dikawal dengan baik tanpa melibatkan sebarang pergaduhan dan kecederaan.
Kemelut kewangan Barcelona buat masa depan Dani Olmo tersepit
Pemain itu menyertai kelab itu dari RB Leipzig dalam perjanjian bernilai AS$60 juta (RM270j) pada musim panas lalu.
Melaka belum benarkan perkhidmatan gunting rambut, pasar malam beroperasi semula
Kerajaan negeri mahu teliti dahulu SOP yang ditetapkan MKN dan KKM kerana negeri itu juga mempunyai SOP sendiri.