Seorang penagih dadah yang ditahan sepasukan anggota Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Bachok meraung dan memohon maaf daripada ibunya ketika serbuan dijalankan di Kampung Tawang kelmarin.
“Mek, maaf ko ore mek. Ore banyok doso dengan mek,” ujar lelaki berusia 30 tahun itu yang lebih empat tahun bergelumang dengan dadah dan tinggal bersama keluarganya.
Ibunya yang terharu dengan tangisan anaknya terus membalas permohonan maaf dan berharap anaknya insaf.
Ketua Pegawai AADK Bachok, Rusdi Yusof berkata, suspek antara 16 ditahan dalam operasi sekitar Kampung Pantai Senok, Tawang, Beris Pak Pura dan Telong.
Beliau berkata, operasi itu dilakukan hasil risikan dan maklumat orang awam.
Menurutnya, dalam operasi itu mereka juga mengesan kes tangkapan di bawah Seksyen 3(1) Akta Penagihan Dadah 1983 yang gagal hadir untuk pendakwaan.
“Tujuh kes berjaya dikesan dan ia didakwa di Mahkamah Majistret Bachok di bawah Seksyen 6(1)(a) Akta Penagihan Dadah 1983.
“Majistret bertugas memerintahkan semua suspek menjalani pemulihan penagih dadah di Cure and Care Rehablitition Centre (CCRC) Gambang, Pahang selama dua tahun dan pengawasan AADK Bachok selama dua tahun,” katanya.
Rusdi berkata, seorang wanita berusia 35 tahun turut ditahan dalam operasi itu kerana gagal menghadirkan diri untuk pendakwaan.
Suspek diarahkan menjalani pemulihan penagih dadah di CCRC Wanita Bachok selama dua tahun selepas disyorkan Pegawai Pemulihan AADK Daerah Bachok, Wan Seri Nur’ Ain Wan Mohd Ayub.
“Dalam operasi itu juga kami menahan mereka yang disyaki penagih dadah. Seramai 20 orang menjalani ujian saringan air kencing dan sembilan daripadanya adalah positif dadah jenis pil kuda atau methamphetamine.
"Semua suspek berusia lingkungan 17 hingga 47 tahun ditahan di bawah Seksyen 3(1) Akta Penagihan Dadah 1983.
“Selain itu, satu kes diserahkan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Bachok kerana mempunyai rekod pendakwaan PDRM yang belum selesai,” katanya.
Sinar Harian
Fri Jan 05 2018
Lelaki berusia 30 tahun, setelah lebih empat tahun bergelumang dengan dadah, memohon maaf kepada ibunya apabila ditahan anggota AADK. Foto Sinar Harian
Bayi tujuh bulan meninggal dunia di rumah pengasuh
Seorang bayi lelaki berusia tujuh bulan maut selepas ditemukan tidak sedarkan di dalam buaian ketika berada dalam jagaan pengasuhnya.
Fasiliti daif jejas pengisian pegawai perubatan
Lukanisman berkata cabaran besar yang berlaku di Sabah adalah penempatan atau pengisian jawatan pegawai perubatan tidak mencapai jumlah yang optimum berikutan masih terbeban dengan fasiliti yang daif.
KKM laksana pelbagai strategi rapatkan jurang nisbah doktor di Sabah
Keutamaan kepada pegawai perubatan anak kelahiran Sabah untuk berkhidmat di negeri itu, antara strategi dan inisiatif Kementerian Kesihatan (KKM) dalam merapatkan jurang nisbah doktor khususnya di Sabah.
Enam isu rakyat diangkat ahli Parlimen Sipitang
Enam isu rakyat terutama masalah infrastruktur asas di kawasan Sipitang dibangkitkan Ahli Parlimen itu, Datuk Matbali Musah ketika membahaskan Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat.
Tiada perjumpaan bersama Ketua Pesuruhjaya SPRM di Genting Highlands - KP Kastam
Jabatan Kastam Diraja Malaysia nafi adanya perjumpaan antara Ketua Pengarah Kastam dan Pengarah-Pengarah Kastam bersama dengan Ketua Pesuruhjaya SPRM di Genting Highlands.
Polis nafi dakwaan gagal siasat kes dokumen palsu hak milik tanah di Kedah
Polis menyifatkan dakwaan yang disebarkan melalui akaun TikTok 'Abuismailabuyaziz' itu adalah tidak benar dan berniat jahat.
Teknologi AI: Arab Saudi rancang pelaburan AS$100 bilion saingi UAE
Inisiatif itu, yang dipanggil "Project Transcendence", juga akan memberi tumpuan kepada merekrut bakat baharu, membangunkan ekosistem tempatan dan menggalakkan syarikat teknologi untuk melakukan pelaburan sumber.
Trump - China: Pelabur mungkin cenderung kepada Jepun, India
Pemerhati pasaran melihat kemungkinan dana mengalir ke India dan Jepun ketika pelabur menilai pendirian anti-China Trump, termasuk ancaman untuk mengenakan tarif sebanyak 60 peratus ke atas barangan China.
Beli rumah apabila tawaran harga berbaloi dengan keadaan kewangan - Pakar
Keputusan yang bijak bagi pembeli rumah pertama adalah untuk membeli hartanah apabila tawaran harga yang diterima adalah munasabah dan berbaloi dengan keadaan kewangan.
Rangkaian 5G kedua dijangka dorong IIoT, sektor lebar jalur tinggi - BMI
BMI berkata rangkaian itu juga boleh menyediakan keperluan kandungan digital lebar jalur tinggi dan penyedia infrastruktur seperti penyiar dan pengendali pusat data bagi mengisi permintaan yang semakin meningkat dalam perkhidmatan dipacu data.
Buruh mengaku salah rompak gelang emas guna pencakar tanah
Seorang buruh mengaku bersalah atas pertuduhan merompak seutas gelang emas milik seorang wanita di Bachok dengan bersenjatakan besi pencakar tanah.
Lelaki ditemukan lemas di Bachok
Seorang lelaki berusia 47 tahun ditemukan lemas di dalam sungai dekat Padang Melintang, hari ini.
Guru bahasa Arab maut dalam kemalangan di Bachok
Seorang guru bahasa Arab wanita maut selepas kereta yang dipandunya terlibat dalam kemalangan di Kampung Kubang Telaga, Bachok, pada kira-kira 2 petang tadi.
Tiga nelayan Kuala Kemasin dikhuatiri hilang
Tiga nelayan yang keluar memukat ikan di Kuala Kemasin di Bachok, dikhuatiri hilang sejak 3 pagi semalam dipercayai selepas berlakunya ribut dan kabus tebal.
Lima sekeluarga ditahan kerana miliki pistol, dadah
Lima sekeluarga termasuk dua pelajar sekolah ditahan kerana memiliki dadah dan sepucuk pistol dalam serbuan di Kampung Takang, Tawang, Bachok.
Dulu ligat di padang, kini mentor perternakan lembu sado
Tiga tahun lalu, Mohd Zulkifli Ali tanpa sebarang ilmu khusus mula menternak tujuh ekor lembu baka Kedah-Kelantan (lembu KK).
Kanak-kanak lelaki lemas ketika mandi di Pantai Damat
Wan Muhammad Afif Danial Wan Mohd Nasir meninggal dunia beberapa minit selepas dibawa naik ke tepi pantai.
Pelajar tahfiz dikhuatiri lemas di Pantai Kemayan Bachok
Seorang pelajar tahfiz berusia 12 tahun dikhuatiri lemas selepas hilang di Pantai Kemayan di Bachok pagi tadi.
Rogol berkumpulan remaja 14 tahun, 8 direman tujuh hari
Lapan remaja lelaki yang ditahan semalam kerana dipercayai merogol seorang remaja perempuan bawah umur direman selama 7 hari.
Sektor pelancongan perlu dipertingkatkan, perkukuh ekonomi negara - Mustapa
Peruntukan RM200 juta menerusi Bajet 2023 bagi tujuan pemulihan sektor pelancongan dilihat salah satu usaha memulihkan ekonomi dalam negara.