CYBERJAYA: Garis panduan baharu mengenai keselamatan maklumat dan rangkaian untuk industri komunikasi dan multimedia sedang dibangunkan bagi melindungi pengguna Internet selaras usaha Malaysia menuju masa depan digital.
Dibangunkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan pihak berkepentingan berkaitan, garis panduan itu akan meningkatkan standard keselamatan siber, mengutamakan keselamatan awam dan menyerlahkan keperluan minimum audit piawaian keselamatan siber yang menumpukan kepada melindungi orang ramai.
Ahli MCMC, Derek John Fernandez berkata, garis panduan semasa tidak 'berkesan sepenuhnya' dan garis panduan baharu akan memberi manfaat kepada penyedia perkhidmatan telekomunikasi, pusat data dan paling utama ialah orang ramai.
"Piawaian semasa menggunakan istilah 'usaha terbaik', jadi kita mesti menentukan maksudnya. Ia melibatkan pengurusan organisasi, menilai ancaman, melindungi pelanggan, dan memastikan mereka tidak terdedah kepada risiko penipuan," katanya kepada Bernama.
Fernandez berkata, pendigitalan telah memperkasakan penjenayah siber, justeru beliau menekankan keperluan untuk melindungi golongan yang paling terdedah.
"Kita perlu melindungi rakyat, pengguna perkhidmatan dan pelanggan telefon. Penyedia perkhidmatan sering menganggap teknologi, perkakasan dan perisian mereka sebagai aset tetapi mengabaikan kepentingan pelanggan mereka," katanya.
Merujuk kepada Seksyen 263 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, Fernandez berkata, pemegang lesen mempunyai kewajipan melalui usaha terbaik mereka untuk menghalang rangkaian atau perkhidmatan digunakan bagi menjalankan aktiviti jenayah di bawah undang-undang Malaysia.
"Akta itu mewajibkan tahap keselamatan minimum. Di bawah Seksyen 263, semua pemegang lesen mesti memastikan rangkaian mereka tidak digunakan untuk aktiviti jenayah atau percubaan jenayah seperti perisian tebusan atau penipuan," katanya.
Semalam, Fernandez menghadiri satu sesi taklimat mengenai draf garis panduan itu yang merangkumi kira-kira 40 syarikat perkhidmatan keselamatan siber, perakaunan dan firma pengurusan risiko.
Beliau berkata, taklimat awal itu menjanjikan dan menyebut bahawa lebih banyak penglibatan dirancang dengan pihak berkepentingan seperti Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Digital, Polis Diraja Malaysia dan Agensi Keselamatan Siber Kebangsaan (NACSA).
"Kita akan berbincang dengan penyedia perkhidmatan dan pusat data untuk menetapkan piawaian minimum. Pada mulanya, ini akan menjadi amalan terbaik dan garis panduan, tetapi akhirnya ia mungkin menjadi piawaian wajib," katanya.
Selain itu, garis panduan ini bertujuan memastikan penyedia perkhidmatan menangani ancaman keselamatan siber dengan berkesan termasuk penipuan, kesalahan berkaitan perisian tebusan, bahan penderaan seksual kanak-kanak dan sebarang pelanggaran kepada undang-undang Malaysia.
Sementara itu, beberapa syarikat yang menghadiri sesi taklimat berkenaan memuji MCMC kerana melaksanakan inisiatif tersebut. - BERNAMA
Bernama
Wed Jul 03 2024
![MCMC bangunkan garis panduan maklumat dan keselamatan rangkaian MCMC bangunkan garis panduan maklumat dan keselamatan rangkaian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/61672368335_generickomputerl.jpg)
Garis panduan baharu akan memberi manfaat kepada penyedia perkhidmatan telekomunikasi, pusat data dan paling utama ialah orang ramai. - Gambar hiasan
![PRK Sungai Bakap: Pengundi dinasihat tidak keluar mengundi saat akhir PRK Sungai Bakap: Pengundi dinasihat tidak keluar mengundi saat akhir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720163678_kempenPilihanRaya.jpg)
PRK Sungai Bakap: Pengundi dinasihat tidak keluar mengundi saat akhir
Pengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap dinasihatkan tidak keluar mengundi pada saat-saat akhir.
![Tesla tambah ciri kawalan ibu bapa untuk hadkan kelajuan pemanduan Tesla tambah ciri kawalan ibu bapa untuk hadkan kelajuan pemanduan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720165884_Tesla.jpg)
Tesla tambah ciri kawalan ibu bapa untuk hadkan kelajuan pemanduan
Perkara paling menarik perhatian adalah ciri kawalan ibu bapa.
![Itali keluar amaran tahap tertinggi susulan aktiviti gunung berapi Stromboli Itali keluar amaran tahap tertinggi susulan aktiviti gunung berapi Stromboli](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720165197_Italys.jpg)
Itali keluar amaran tahap tertinggi susulan aktiviti gunung berapi Stromboli
Aktiviti gunung berapi di pulau selatan Itali, Stromboli mendorong pihak berkuasa tempatan meningkatkan tahap amaran daripada paras jingga kepada merah iaitu tahap amaran tertinggi pada Khamis.
Penduduk Ecuador berhimpun bantah kenaikan harga bahan api
Ratusan penduduk berarak di Ecuador membantah kenaikan harga bahan api dan cukai pada Khamis.
![PRK Sungai Bakap: Persiapan hari pengundian berjalan lancar - SPR PRK Sungai Bakap: Persiapan hari pengundian berjalan lancar - SPR](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720163807_SungaiBakap.jpg)
PRK Sungai Bakap: Persiapan hari pengundian berjalan lancar - SPR
Persiapan hari pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap pada esok berjalan lancar.
Desentralisasi untuk kemajuan pembangunan negeri
Felo Kehormat Institut Masa Depan Malaysia, Datuk Dr Madeline Berma menegaskan, dengan memberikan lebih banyak kuasa kepada negeri, mereka dapat merancang dan melaksanakan inisiatif pembangunan yang lebih relevan dan berkesan.
![Neo Medicare tawar pendekatan berbeza rawatan penyakit buah pinggang kronik (CKD) Neo Medicare tawar pendekatan berbeza rawatan penyakit buah pinggang kronik (CKD)](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720163975_NeoMedicare.jpg)
Neo Medicare tawar pendekatan berbeza rawatan penyakit buah pinggang kronik (CKD)
Kira-kira 15.5 peratus atau lebih lima juta rakyat di Malaysia berdepan masalah penyakit buah pinggang kronik (CKD).
Rekod keterangan 3 individu, tidak senonoh terhadap wartawan
Polis sedang melengkapkan kertas siasatan berhubung kes petugas kempen berkelakukan tidak senonoh terhadap seorang wartawan wanita yang bertugas ketika kempen PRK DUN Sungai Bakap.
[TERKINI] Ketua SPR Indonesia dipecat kerana gangguan seksual
Panel etika mengarahkan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Umum (KPU) Indonesia, Hasyim Asy'ari, dipecat daripada jawatan mengenai dakwaan gangguan seksual.
![Lagi kilang biskut di Taiping diserbu KPDN, guna logo halal tidak sah Lagi kilang biskut di Taiping diserbu KPDN, guna logo halal tidak sah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720163349_kilangbiskuthalal.jpg)
Lagi kilang biskut di Taiping diserbu KPDN, guna logo halal tidak sah
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak melakukan serbuan terhadap sebuah kilang biskut di Taiping yang menggunakan sijil halal tamat tempoh, semalam.
![Tiada kos tambahan kepada pelanggan bagi rangkaian 5G kedua - Fahmi Tiada kos tambahan kepada pelanggan bagi rangkaian 5G kedua - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51718875254_tbFahmiFadzil.jpg)
Tiada kos tambahan kepada pelanggan bagi rangkaian 5G kedua - Fahmi
Fahmi berkata kerajaan komited sepenuhnya untuk memastikan model dwirangkaian itu menggalakkan persaingan sihat dalam sektor telekomunikasi.
![JENDELA: Pahang sasar capai liputan 4G di semua kawasan hujung tahun ini JENDELA: Pahang sasar capai liputan 4G di semua kawasan hujung tahun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51703927945_TBFadzliMohamadKa.jpg)
JENDELA: Pahang sasar capai liputan 4G di semua kawasan hujung tahun ini
Kerajaan Pahang menetapkan hujung tahun ini untuk memastikan liputan rangkaian jalur lebar 4G dapat dicapai di semua kawasan termasuk luar bandar menerusi projek JENDELA.
![Pilihan tempoh bertenang lebih lama perlu diwujudkan untuk tangani jenayah siber Pilihan tempoh bertenang lebih lama perlu diwujudkan untuk tangani jenayah siber](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720024270_DerekJohnFernandez.jpg)
Pilihan tempoh bertenang lebih lama perlu diwujudkan untuk tangani jenayah siber
Fernandez juga berkata integrasi keselamatan siber adalah komponen asas infrastruktur dan bukan hanya perbelanjaan operasi semata-mata.
![MCMC bangunkan garis panduan maklumat dan keselamatan rangkaian MCMC bangunkan garis panduan maklumat dan keselamatan rangkaian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/61672368335_generickomputerl.jpg)
MCMC bangunkan garis panduan maklumat dan keselamatan rangkaian
Garis panduan baharu sedang dibangunkan bagi melindungi pengguna Internet selaras usaha Malaysia menuju masa depan digital.
![Banjir Sabah: MCMC berjaya pulih 14 menara pemancar telekomunikasi Banjir Sabah: MCMC berjaya pulih 14 menara pemancar telekomunikasi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51719957920_BanjirSabah.jpg)
Banjir Sabah: MCMC berjaya pulih 14 menara pemancar telekomunikasi
MCMC berjaya memulihkan 14 daripada 41 menara pemancar telekomunikasi di beberapa kawasan Pantai Barat Sabah.
![Literasi digital: MCMC anjur program etika penggunaan media sosial Literasi digital: MCMC anjur program etika penggunaan media sosial](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41719929119_TBMCMC.jpg)
Literasi digital: MCMC anjur program etika penggunaan media sosial
Peratusan penggunaan media sosial yang meningkat setiap tahun menuntut pemahaman etika penggunaannya bagi melahirkan pengguna digital yang bertanggungjawab.
![Tidak semua penurunan kandungan di TikTok atas permintaan MCMC, kerajaan Malaysia Tidak semua penurunan kandungan di TikTok atas permintaan MCMC, kerajaan Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81719917992_TBTeoNieChing.jpg)
Tidak semua penurunan kandungan di TikTok atas permintaan MCMC, kerajaan Malaysia
Tidak semua penurunan kandungan dalam talian termasuk di platform TikTok di negara ini dibuat berdasarkan permohonan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) atau kerajaan Malaysia.
![Mohd Na'im nafi terlibat mengajak masyarakat sertai kumpulan di media sosial Mohd Na'im nafi terlibat mengajak masyarakat sertai kumpulan di media sosial](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61714481430_TBNAIM.jpg)
Mohd Na'im nafi terlibat mengajak masyarakat sertai kumpulan di media sosial
Mohd Na'im Mokhtar menafikan penglibatan dalam mengajak masyarakat menyertai mana-mana kumpulan di media sosial.
![MCMC sekat lebih 600 laman lucah, pelacuran MCMC sekat lebih 600 laman lucah, pelacuran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81719211379_TBTEONIECHING.jpg)
MCMC sekat lebih 600 laman lucah, pelacuran
Sebanyak 549 laman lucah dan 69 laman pelacuran telah disekat Suruhanjaya Komunikasi dan Muntimedia Malaysia (MCMC) bagi tempoh 1 Jan hingga 1 Jun tahun ini.
![Hantaran jelik terhadap kanak-kanak: MCMC rakam percakapan pengguna media sosial Hantaran jelik terhadap kanak-kanak: MCMC rakam percakapan pengguna media sosial](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41719150716_mediasosial.jpg)
Hantaran jelik terhadap kanak-kanak: MCMC rakam percakapan pengguna media sosial
MCMC dengan kerjasama PDRM merakam percakapan seorang pengguna media sosial di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya pada Jumaat lepas berhubung hantaran jelik terhadap seorang kanak-kanak.