Menurutnya, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah membuat penilaian sewajarnya melalui proses tender sebelum membuat keputusan tersebut.
Tegasnya, pelantikan syarikat pelaksana rangkaian 5G kedua itu dibuat berdasarkan tata kelola yang baik, bukannya secara penganugerahan terus.
Menjawab soalan Hassan Abdul Karim (PH-Pasir Gudang) di Dewan Rakyat hari ini, beliau juga menegaskan ia bukan penganugerahan lesen, sebaliknya peruntukan spektrum.
“Sebelum saya mulakan, saya ingin tegur salah guna perkataan dalam soalan tadi. Pertama adalah penggunaan kata 'lesen' dan kedua adalah 'kontrak'.
"Saya nak jelaskan bahawa apa yang telah diumumkan oleh MCMC, bukan memberikan lesen tapi peruntukan spektrum.
“Dan ia bukan kontrak, tidak melibatkan dana awam, tidak melibatkan dana kerajaan, bagi rangkaian 5G kedua,” katanya.