PUTRAJAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan mengawal selia serta memantau Digital Nasional Berhad (DNB) menerusi peruntukan yang berkaitan dalam Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Menurut kenyataan MCMC hari ini, langkah itu bagi memastikan penggunaan spektrum yang optimum selain menjamin semua penyedia perkhidmatan telekomunikasi mempunyai akses terbuka, adil dan saksama dalam pemerolehan jualan borong perkhidmatan jaringan 5G bagi pembangunan perkhidmatan runcit berasaskan teknologi 5G.
DNB merupakan syarikat tujuan khas yang diwujudkan oleh Kementerian Kewangan bagi melaksanakan infrastruktur dan jaringan teknologi 5G di seluruh negara dan akan dilesenkan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
MCMC berkata DNB akan tertakluk kepada pengawasan peraturan seperti mana-mana pemegang lesen dalam industri komunikasi dan multimedia, sekalipun entiti tersebut dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan.
"DNB akan berperanan sebagai pihak berkecuali jualan borong yang membolehkan syarikat telekomunikasi lain menumpukan kepada teknologi terkini untuk membangunkan perkhidmatan runcit berinovasi sebagai tawaran perkhidmatan kepada pengguna, syarikat serta kerajaan," kata MCMC.
"Cara perkhidmatan jualan borong itu ditawarkan oleh DNB juga akan dipantau rapat oleh MCMC berdasarkan peruntukan dalam Akta Komunikasi dan Multimedia. Kepantasan serta penjimatan kos pelaksanaan 5G boleh dipindahkan sebagai faedah kepada pengguna akhir," demikian menurut kenyataan tersebut.
Menurut MCMC, pada masa sama ia tetap memberi perhatian terhadap penambahbaikan kualiti serta perluasan liputan ketersambungan digital selain mempermudah pertumbuhan ekonomi baharu untuk negara menerusi peluang-peluang yang dibawa oleh 5G.
MCMC berkata matlamat menjadikan Malaysia sebuah negara digital menerusi inisiatif MyDigital yang diumumkan baru-baru ini memerlukan usaha padu, berdaya tahan dan pantas daripada semua pihak sambil memastikan pematuhan terhadap tadbir urus yang tepat dan peraturan sedia ada.
"Dengan mengetepikan syarat menuntut syarikat telekomunikasi sedia ada melabur dalam rangkaian 5G, usaha dan sumber mereka boleh ditumpukan kepada menambah baik dan memperluas perkhidmatan 4G serta jaringan gentian di bawah Jalinan Digital Negara (JENDELA) yang amat penting bagi kejayaan pelaksanaan 5G. Pada masa sama, ini juga akan memastikan jurang digital dapat dikurangkan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 02 2021

MCMC berkata DNB akan tertakluk kepada pengawasan peraturan seperti mana-mana pemegang lesen dalam industri komunikasi dan multimedia, sekalipun entiti tersebut dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan.
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

DLE pacu kepimpinan digital, Malaysia sasar kuasa teknologi serantau
Malaysia terus memperkukuh kedudukannya dalam arena digital serantau menerusi Program Kecemerlangan Kepimpinan Digital (DLE), inisiatif strategik yang dirangka untuk membangunkan pemimpin masa hadapan

Pengguna media sosial diingatkan berpada-pada komen isu libat kaum - Fahmi
Pengguna media sosial diingatkan berpada-pada dalam mengemukakan pendapat melibatkan kaum di media sosial, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Lapan individu dipanggil bantu siasatan kandungan palsu, jelik kait Institusi Diraja - MCMC
Kandungan tersebut didakwa boleh menimbulkan kekeliruan serta kebencian terhadap Institusi Diraja.

Facebook lubuk iklan judi, 224,403 kandungan diturunkan sejak 2022 - Fahmi
Sebanyak 5,026 laman sesawang perjudian telah disekat, manakala 224,403 kandungan berkaitan perjudian dalam talian di platform media sosial diturunkan sejak tahun 2022 hingga 1 Februari lalu.

Jelajah Kempen Keselamatan Dalam Talian dilaksanakan di lebih 10,000 sekolah, universiti awam
Jelajah Kempen Keselamatan Dalam Talian akan dilaksanakan di lebih 10,000 sekolah dan universiti awam di seluruh negara.

Enam individu disiasat muat naik kandungan palsu, jelik berkaitan Agong - MCMC
MCMC melakukan siasatan terhadap enam individu yang dipercayai telah memuat naik kandungan berunsur palsu dan jelik melibatkan Yang di-Pertuan Agong.

3,149 titik akses wi-fi siap dipasang di tiga universiti awam bagi fasa pertama - Fahmi
Sebanyak 3,149 titik akses wi-fi siap dipasang di tiga universiti awam menerusi fasa pertama dalam usaha meningkatkan capaian internet di institusi pendidikan tinggi awam (IPTA).

'Terima kasih atas segala fitnah dan tohmahan, saya lepaskan jawatan' - Naib Canselor UKM
Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Datuk Dr Mohd Ekhwan Toriman mengumumkan peletakan jawatannya berkuat kuasa, Ahad.

Manfaatkan NADI untuk tingkatkan taraf hidup, perkasa kemahiran - Dr Wan Azizah
Masyarakat digesa agar memanfaatkan kewujudan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) untuk meningkatkan taraf hidup dan memperkasakan kemahiran diri.

Mahkamah Tinggi tolak permohonan peguam mulakan prosiding semakan kehakiman terhadap MCMC
Mahkamah Tinggi George Town telah menolak permohonaan seorang peguam untuk memulakan prosiding semakan kehakiman terhadap Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).