GEORGE TOWN: Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) memugut 1.4 tan barangan lusuh dari sebuah rumah teres dua tingkat di daerah Timur Laut sehingga menimbulkan kacau ganggu kepada penduduk sekitar dengan longgokan sisa barang lusuh.
MBBP, dalam kenyataan hari ini, berkata tindakan itu diambil menerusi operasi bersepadu yang dijalankan bersama Pejabat Kesihatan Daerah Timur Laut, Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan jabatan-jabatan dalaman MBPP, semalam.
MBPP berkata tiga buah lori terpaksa digunakan untuk mengangkut kesemua longgokan barangan lusuh itu selepas pemiliknya sengaja membiarkan kawasan kediamannya dalam keadaan semak dan menjijikkan.
"Notis Menghendaki Kacau Ganggu Dihapuskan kepada pemilik premis telah dikeluarkan pada 29 Dis lepas mengikut Seksyen 82 Akta Kerajaan Tempatan 1976 Majlis Bandaraya Pulau Pinang namun tiada tindakan diambil pemilik untuk membersihkan kesemua sampah terbabit," menurut kenyataan itu.
Pada masa yang MBPP berkata pegawai Pejabat Kesihatan Daerah Timur Laut yang turut menjalankan operasi pemeriksaan bekas-bekas berpotensi pembiakan nyamuk telah menemui pembiakan jentik-jentik yang banyak di dalam baldi.
Sehubungan itu, tindakan penguatkuasaan sewajarnya sedang dipertimbangkan ke atas pemilik kediaman tersebut kerana gagal mematuhi Notis di bawah Seksyen 8 Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 sebanyak dua kali.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 16 2024

Tiga buah lori terpaksa digunakan untuk mengangkut kesemua longgokan barangan lusuh itu selepas pemiliknya sengaja membiarkan kawasan kediamannya dalam keadaan semak dan menjijikkan. - Facebook MBPP

Ismail Sabri tiba di ibu pejabat SPRM untuk beri keterangan hari kedua
Semalam, SPRM ambil masa lima jam rekod keterangan Ahli Parlimen Bera itu berhubung kes rasuah dan pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan beliau.

Touch n Go eWallet perkenal Parkir LPR, bayar parkir automatik melalui pengecaman nombor plat
Ia memudahkan pengguna untuk memasuki kawasan parkir kenderaan dan keluar dengan mudah, tanpa perlu menyentuh kad pada terminal.
[TERKINI] Ismail Sabri sambung beri keterangan kepada SPRM hari ini
Kita ikuti dahulu perkembangan dari Putrajaya bersama rakan setugas, Faida Rahim di mana bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini akan menyambung sesi memberi keterangan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai sebahagian daripada proses siasatan yang sedang berlangsung.

'Hasrat Tengku Zafrul bersifat peribadi, bukan petanda perpecahan UMNO'
Ahmad Marthada berkata, langkah itu juga tidak menjejaskan kestabilan parti kerana Tengku Zafrul bukan antara pemimpin berpengaruh dalam UMNO.

Seluruh England: Pasangan Korea Selatan sekat kemaraan Sze Fei-Nur Izzuddin ke suku akhir
Pasangan profesional yang juga pilihan kedua itu gagal ke suku akhir selepas tewas kepada Kim Won Ho-Seo Seung Jae dari Korea Selatan.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [14 Mac 2025]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Geegee Ahmad dan Afiezy Azaman
Kerajaan Persekutuan, negeri perlu kerja keras bina masa depan Malaysia
MCMC sedia kerjasama dengan KKM tangani ketagihan media sosial luar biasa
SPRM sambung rakam keterangan Ismail Sabri hari ini
Kerajaan Persekutuan, negeri perlu kerja keras bina masa depan Malaysia
MCMC sedia kerjasama dengan KKM tangani ketagihan media sosial luar biasa
SPRM sambung rakam keterangan Ismail Sabri hari ini

Zelenskyy kecam kenyataan ‘manipulatif’ Putin mengenai gencatan senjata
Putin sebetulnya sedang "bersedia untuk menolak" tetapi takut untuk menyatakannya kepada Presiden Trump bahawa beliau mahu meneruskan perang, dakwa Zelenskyy.

Tiga penyamun warga asing ditembak mati selepas serang polis
Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi, sepasukan polis menerima maklumat berhubung kejadian pecah rumah di kawasan berkenaan.

Tidak pernah terlintas di hati bubar pasukan atau keluar liga - KDA FC
Mohd Daud berkata, pihak pengurusan sedang giat memastikan semua syarat Perlesenan Kelab Liga Malaysia Football League dipenuhi.

STEM 70 peratus: Persatuan pelajar mahu kajian diadakan terlebih dahulu
Sebarang perubahan dalam sistem pendidikan harus bersifat inklusif, holistik dan berasaskan keperluan sebenar negara serta minat pelajar.

MBPP arah lima premis makanan kotor ditutup
Kesemua kedai makanan itu diarah tutup 14 hari selepas MBPP menjalankan operasi bersepadu bersama Jabatan Imigresen Pulau Pinang.

MBPP arah medan selera di Pulau Tikus ditutup 14 hari
MBPP menjalankan operasi di kedai itu semalam, dan mendapati kebersihan premis berkenaan tidak mencapai tahap memuaskan.

MBPP bersihkan 4,440 kg sampah di sebuah rumah
Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) mengutip dan membersihkan 4,440 kilogram (kg) sampah sarap yang berpotensi menjadi pusat pembiakan serangga pembawa penyakit, di sebuah rumah di daerah Barat Daya.

Tiga premis makanan di Pulau Pinang diarah tutup kerana kotor
Tiga premis makanan diarah tutup berikutan keadaan kebersihan terutamanya di bahagian dapur kurang memuaskan dan tidak mencapai piawaian ditetapkan.

MBPP arah dua premis makanan ditutup serta-merta
Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) mengarahkan dua premis makanan di sekitar Daerah Barat Daya ditutup serta-merta susulan penemuan najis tikus selain lantai dapur didapati kotor.

Monsun Timur Laut: MBSP, MBPP siap sedia 24 jam - Exco
MBPP dan MBSP diarahkan untuk bersiap sedia 24 jam supaya respon cepat dapat diberikan sekiranya berlaku bencana terutama banjir susulan fasa peralihan Monsun Timur Laut (MTL).

Pokok tumbang, hujan lebat dan angin kencang landa Pulau Pinang
Tiada kemalangan jiwa atau melibatkan mangsa dalam kejadian pokok tumbang dan dahan patah di 20 kawasan yang dilaporkan.

MBPP mandulkan 6,046 anjing liar di Pulau Pinang
Selain TNR, Kerajaan Pulau Pinang juga mengamalkan polisi tidak memusnahkan anjing liar yang ditangkap melainkan ia sakit tenat.

Operasi khas rampas skuter elektrik di Pulau Pinang
Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) merampas 44 e-skuter dalam dua serbuan di sini menerusi operasi khas bermula 6 petang semalam.

MBPP tarik balik larangan jual alkohol ketika Thaipusam
MBPP menarik balik serta-merta notis larangan penjualan minuman beralkohol yang dikeluarkan kepada 51 premis sempena perarakan Thaipusam di negeri ini.