ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menganggap tahanan etnik Rohingya yang masih bebas setelah melarikan diri dari Depot Tahanan Imigresen, tidak akan mengancam keselamatan penduduk.
Beliau berkata mereka yang melarikan diri dari Depot Tahanan Imigresen Sungai Bakap dekat Bandar Baharu pada Rabu lepas itu juga tidak mempunyai hala tuju serta tidak arif mengenai keadaan di negara ini.
"Saya difahamkan mereka sudah duduk lama di dalam depot tahanan itu, selama dua tahun, dalam keadaan sesak. Saya tidak pasti apa isu di dalam depot itu, tapi saya percaya mereka ini 'tidak tahu apa-apa'.
"Bagi saya (mereka) bukan satu ancaman, yang mengancam (keselamatan) adalah penjenayah seperti pengedar dadah, itu adalah ancaman, mereka (etnik Rohingya yang masih bebas) bukan ancaman, mereka cuma nak hidup," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas sama ada tahanan etnik Rohingya yang belum ditemui berkemungkinan akan mengancam keselamatan penduduk khususnya di daerah Bandar Baharu di negeri ini.
BACA: Tahanan Imigresen lolos: 432 tahanan ditemui, polis buru baki 96 lagi
Muhammad Sanusi berkata beliau amat mengenali etnik Rohingya khususnya sewaktu aktif menjalankan misi kemanusiaan di bawah Pas Relief ke Arakan, Myanmar dan Kem Pelarian Rohingya di Bangladesh.
Beliau berkata etnik Rohingya bukanlah bangsa yang jahat sebaliknya menjadi mangsa kejahatan dan ditindas di negara asal mereka sehingga terpaksa melarikan diri untuk meneruskan kehidupan.
"Mereka ini saya kenal mereka tidak jahat, mereka bangsa yang ditindas, bangsa yang palingditindas di dunia, sama dengan rakyat Palestin.
"Dalam keadaan masyarakat antarabangsa tidak mempedulikan penindasan di negara mereka, mereka ambil keputusan untuk lari dari negara mereka dan menumpang di sana sini," katanya.
Muhammad Sanusi turut berasa sedih dan simpati dengan nasib enam pelarian etnik Rohingya termasuk dua kanak-kanak yang maut selepas dirempuh kereta di KM165 Lebuhraya Utara Selatan berhampiran Jawi, Pulau Pinang.
Dalam kejadian awal pagi Rabu lepas, seramai 528 warga asing terdiri daripada etnik Rohingya melarikan diri dari Depot Tahanan Imigresen Sungai Bakap dekat Bandar Baharu dan setakat ini 96 daripada mereka belum ditemukan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 22 2022

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menganggap tahanan etnik Rohingya yang masih bebas setelah melarikan diri dari Depot Tahanan Imigresen, tidak akan mengancam keselamatan penduduk. - Gambar fail/BERNAMA

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Berdasarkan prestasi kukuh KWSP pada suku ketiga 2024, pencarum boleh mengharapkan berita gembira berkaitan agihan dividen yang lebih baik bagi tahun 2024 berbanding tahun sebelumnya.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Mana ada negara di dunia masyarakat berbilang kaum hidup aman' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tidak ada negara di dunia selain Malaysia mempunyai masyarakat berbilang kaum dan budaya yang hidup aman damai. Keupayaan Malaysia terdiri daripada seluruh pekerja dan rakyat Malaysia. #AWANInews
'Tanggungjawab kita adalah untuk menyantuni' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa merasmikan Alamanda berwajah baru berkata tanggungjawab kita untuk menyantuni pelbagai kaum dengan menghormati dan kenal perbezaan antara kaum. #AWANInews

Alec Baldwin akui mental merosot selepas tragedi tembakan
Baldwin mengaku bergelut dengan emosi yang tidak stabil dan kesihatan mental yang terjejas.

Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham dibawa dari kediamannya di Desa Seri Ampang ke Masjid An Nur Desa Seri Ampang untuk dimandi dan disolatkan.

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.

61 tahanan etnik Rohingya lolos belum ditemukan
Seramai 61 tahanan etnik Rohingya yang lolos dari Depot Tahanan Imigresen Sungai Bakap dekat Bandar Baharu pada 20 April lepas masih lagi belum ditemukan setakat 3 petang tadi.

Tahanan Imigresen lolos: RSM nasihat tahanan Rohingya yang masih bebas serah diri
Wakil RSM berkata, jika masih bebas, mereka akan terus berada di bawah pengawasan pihak berkuasa.

Tahanan Imigresen lolos: Pelarian Rohingya dilayan dengan baik - Hamzah
Kehadiran pelarian etnik Rohingya dilayan dengan baik walaupun Malaysia bukan negara yang menandatangani Konvensyen 1951 berkenaan Status Pelarian ataupun Protokol 1967.

MB Kedah anggap tahanan Rohingya lolos tidak ancam keselamatan penduduk
Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menganggap tahanan etnik Rohingya yang masih bebas setelah melarikan diri dari Depot Tahanan Imigresen, tidak akan mengancam keselamatan penduduk.

Tahanan Imigresen lolos: Polis P. Pinang guna khidmat unit udara kesan pelarian
Polis Pulau Pinang percaya saki baki tahanan Rohingya yang melarikan diri dari Depot Imigresen Sementara Relau, masih berada dalam kawasan di sekitar Seberang Perai Selatan.

Tahanan Imigresen lolos: Polis kenal pasti dalang rusuhan
PDRM telah mengenal pasti seorang lelaki etnik Rohingya berusia 30-an yang dipercayai menjadi dalang rusuhan di Depot Imigresen Sementara Relau.

Tahanan imigresen lolos: 'Penduduk sudah beri amaran jangan lintas lebuh raya'
Penduduk kampung yang terserempak dengan kumpulan tahanan etnik Rohingya yang meloloskan diri dari Depoh Sementara Sungai Bakap di sini, sempat memberi amaran supaya mereka tidak melintas lebuh raya.

Tahanan imigresen lolos: Polis tubuh Pasukan Cantas, buru baki 171 PATI
Pihak IPK Kedah dan Pulau Pinang, masing-masing menubuhkan enam 'Pasukan Cantas' bagi memburu baki 171 tahanan yang masih lagi bebas.

Tahanan pecah pintu blok, gril penghadang sebelum melarikan diri - KP Imigresen
Gerakan mencari dan menangkap tahanan yang lari sedang giat dijalankan dengan kerjasama PDRM, RELA dan orang ramai.