ALOR SETAR: Seramai 61 tahanan etnik Rohingya yang lolos dari Depot Tahanan Imigresen Sungai Bakap dekat Bandar Baharu pada 20 April lepas masih lagi belum ditemukan setakat petang tadi.
Ketua Polis Kedah Wan Hassan Wan Ahmad berkata mereka terdiri daripada 51 lelaki dewasa, enam wanita dewasa, tiga kanak-kanak perempuan dan seorang kanak-kanak lelaki.
"Jumlah tahanan yang berada di depot pula adalah lapan orang iaitu tujuh lelaki dewasa dan seorang kanak-kanak perempuan. Proses dokumentasi sedang dijalankan sebelum memindahkan mereka ke depot lain.
"Setakat 3 petang ini, seramai 467 tahanan berjaya ditahan semula iaitu 243 lelaki, 91 wanita, 68 kanak-kanak lelaki dan 65 kanak-kanak perempuan. Operasi mengesan baki tahanan lain masih berjalan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Dalam kejadian awal pagi 20 April lalu, seramai 528 warga asing terdiri daripada etnik Rohingya merusuh dan melarikan diri daripada depot tahanan tersebut kira-kira 4.30 pagi.
Bagaimanapun enam daripada mereka termasuk dua kanak-kanak maut dirempuh kereta ketika cubaan melarikan diri di KM165 Lebuhraya Utara Selatan berhampiran Jawi, Pulau Pinang.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 25 2022

Wan Hassan berkata mereka terdiri daripada 51 lelaki dewasa, enam wanita dewasa, tiga kanak-kanak perempuan dan seorang kanak-kanak lelaki. - Gambar fail

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Ismail Sabri masih perlu pemantauan rapi doktor
Ismail Sabri dilaporkan telah sedar sepenuhnya petang semalam namun masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor.
Australia umum USD5.4 bilion untuk Medicare
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mengumumkan suntikan dana tambahan bernilai USD5.4 bilion bagi memperkukuh sistem penjagaan kesihatan negara, dengan tujuan menampung lebih banyak kos lawatan ke doktor, lapor Xinhua.
![[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia [KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740286728_Renewableenergy.jpg)
[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia
Malaysia telah mencapai 28 peratus dalam campuran bahan api setakat Oktober 2024.
Lebih 18,000 orang berhimpun di Istana Maharaja Jepun raikan hari keputeraan
Lebih 18,000 orang berhimpun dalam cuaca sejuk di Istana Maharaja Jepun bagi meraikan hari keputeraan Maharaja Naruhito.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
FAMA membawa masuk sejumlah 640 metrik tan kelapa dengan peningkatan 30 peratus yang diimport termasuk dari Indonesia.

FAMA kaji harga lantai belian sayur dan buah ladang kontrak
Kajian harga lantai bagi produk di bawah seliaan FAMA akan dibuat dua tahun sekali dengan kerjasama beberapa agensi termasuk Jabatan Pertanian.

61 tahanan etnik Rohingya lolos belum ditemukan
Seramai 61 tahanan etnik Rohingya yang lolos dari Depot Tahanan Imigresen Sungai Bakap dekat Bandar Baharu pada 20 April lepas masih lagi belum ditemukan setakat 3 petang tadi.

Tahanan Imigresen lolos: RSM nasihat tahanan Rohingya yang masih bebas serah diri
Wakil RSM berkata, jika masih bebas, mereka akan terus berada di bawah pengawasan pihak berkuasa.

Tahanan Imigresen lolos: Pelarian Rohingya dilayan dengan baik - Hamzah
Kehadiran pelarian etnik Rohingya dilayan dengan baik walaupun Malaysia bukan negara yang menandatangani Konvensyen 1951 berkenaan Status Pelarian ataupun Protokol 1967.

MB Kedah anggap tahanan Rohingya lolos tidak ancam keselamatan penduduk
Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menganggap tahanan etnik Rohingya yang masih bebas setelah melarikan diri dari Depot Tahanan Imigresen, tidak akan mengancam keselamatan penduduk.

Tahanan Imigresen lolos: Polis P. Pinang guna khidmat unit udara kesan pelarian
Polis Pulau Pinang percaya saki baki tahanan Rohingya yang melarikan diri dari Depot Imigresen Sementara Relau, masih berada dalam kawasan di sekitar Seberang Perai Selatan.

Tahanan Imigresen lolos: Polis kenal pasti dalang rusuhan
PDRM telah mengenal pasti seorang lelaki etnik Rohingya berusia 30-an yang dipercayai menjadi dalang rusuhan di Depot Imigresen Sementara Relau.

Tahanan imigresen lolos: 'Penduduk sudah beri amaran jangan lintas lebuh raya'
Penduduk kampung yang terserempak dengan kumpulan tahanan etnik Rohingya yang meloloskan diri dari Depoh Sementara Sungai Bakap di sini, sempat memberi amaran supaya mereka tidak melintas lebuh raya.

Tahanan imigresen lolos: Polis tubuh Pasukan Cantas, buru baki 171 PATI
Pihak IPK Kedah dan Pulau Pinang, masing-masing menubuhkan enam 'Pasukan Cantas' bagi memburu baki 171 tahanan yang masih lagi bebas.

Tahanan pecah pintu blok, gril penghadang sebelum melarikan diri - KP Imigresen
Gerakan mencari dan menangkap tahanan yang lari sedang giat dijalankan dengan kerjasama PDRM, RELA dan orang ramai.