JOHOR BAHRU: Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi berpuas hati dengan kelancaran proses keluar masuk di sempadan darat Johor membabitkan laluan motosikal dan kereta pagi ini.
Ia susulan cadangan formula baharu pertukaran syif diumumkan oleh pihak bertanggungjawab untuk mengatasi kesesakan ketika waktu puncak terutama di Tambak Johor, yang merupakan laluan sempadan paling sibuk di dunia dengan lebih 30,000 pengembara setiap hari.
Difahamkan formula baharu pertukaran syif itu belum dilaksanakan.
Onn Hafiz, yang telah melakukan pemeriksaan mengejut secara berkala di kaunter Imigresen di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) di Gelang Patah sejak beberapa minggu lepas, juga mahu segera memperbaiki situasi demikian bagi pejalan kaki dan mereka yang menaiki bas.
"Alhamdulillah, laluan motosikal dan kereta semakin baik di BSI dan KSAB. Sekarang kita perlu memperbaiki (laluan) bagi mereka yang berjalan kaki dan menaiki bas.
"Purata waktu menunggu dekat sini (laluan pejalan kaki dan bas) adalah kira-kira 40 minit," katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machap itu yang meluangkan masa kira-kira 40 minit di BSI, turut menyiarkan rakaman video berdurasi 13 saat menunjukkan penumpang menunggu dan menaiki bas untuk memasuki Singapura.
Hantaran di Facebooknya itu mendapat 94 komen daripada orang ramai setakat 11.37 pagi, dengan kebanyakannya memuji usaha beliau dan ada mencadangkan untuk menambah baik kemudahan awam seperti tandas serta cara menambah baik bagi mereka yang menaiki bas.
Khamis lepas, Jabatan Imigresen dilaporkan berkata akan melaksanakan formula baharu pertukaran syif di pintu keluar masuk laluan darat di BSI dan KSAB bagi memastikan semua kaunter dibuka ketika waktu puncak.
Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Datuk Ruslin Jusoh dilaporkan berkata Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di BSI kekurangan hampir 300 kakitangan lagi bagi melaksanakan pembukaan semua 284 kaunter secara maksimum pada waktu puncak.
Katanya, ketika ini CIQ BSI mempunyai 1,074 kakitangan Imigresen berbanding keperluan kakitangan iaitu 1,347 dan akan menempatkan 100 lagi kakitangan baharu di CIQ BSI akhir Mei ini susulan rekrut Imigresen bakal tamat latihan pada 20 Mei ini.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 09 2023

Onn Hafiz ketika melakukan pemeriksaan mengejut secara berkala di kaunter Imigresen di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) di Gelang Patah sejak beberapa minggu lepas. -Facebook

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Johor penyumbang terbesar KDNK sektor pertanian negara - Onn Hafiz
Kerajaan negeri akan terus komited memperkasakan Johor sebagai 'bakul makanan' negara dan juga di peringkat antarabangsa.

Johor, MOT wujudkan pasukan petugas khas bincang isu kesesakan, penyuraian trafik RTS
Pelbagai isu dan inisiatif dibincangkan dalam usaha mengurangkan kesesakan jalan raya khususnya di Johor Bahru dan Lembah Klang.

Johor raih potensi pelaburan bernilai AS$190 juta dari Korea Selatan - Menteri Besar
Kerajaan negeri Johor telah mengadakan pertemuan dengan beberapa syarikat terkemuka Korea Selatan yang berpotensi membawa pelaburan strategik.

GISB: Johor tubuh jawatankuasa khas pulih akidah, selaras bantu anak pengikut
Jawatankuasa itu turut menyelaras pendidikan persekolahan, penempatan dan bantuan yang boleh disalurkan kepada anak-anak pengikut GISB.

MB Johor, TPM Fadillah bincang isu sumber bekalan air negeri
Turut dibincangkan ialah projek sumber dan bekalan air negeri, cadangan baharu projek sumber air, dan model pembekalan air ke pusat data.

BN Johor tekad kekalkan momentum kemenangan pada PRN akan datang - Onn Hafiz
BN Johor bertekad untuk merampas kembali empat kerusi yang dimenangi pembangkang dalam PRN lepas selain memperkasa gerak kerja PRU16.

Tindakan tegas dikenakan jika Johor alami gangguan bekalan air - MB
Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata isu tersebut masih lagi kerap berlaku di beberapa kawasan, termasuk ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri lepas.

Johor kutuk insiden serangan terhadap 3 pemain bola sepak - Onn Hafiz
Onn Hafiz tidak akan berkompromi, terhadap mana-mana pihak yang mencetuskan isu yang boleh menggugat keharmonian dan keselamatan di Johor.

Serang Safiq Rahim: Kerajaan Johor yakin kewibawaan PDRM siasat, kesan pelaku
Datuk Onn Hafiz Ghazi sedih dan terkejut dengan apa yang berlaku, namun yakin dengan keupayaan PDRM yang akan menyiasat perkara tersebut.

Johor pastikan masalah bekalan air ketika perayaan tidak berulang
Kerajaan negeri akan berusaha memastikan sifar masalah bekalan air pada hari raya tahun hadapan dengan beberapa langkah telah diambil.