KAMPAR: Selepas 18 jam dilaporkan hilang, pemuda yang dikhuatiri lemas ketika mandi di lombong terbiar dalam sebuah kebun buah-buahan di Kuala Kampar dekat sini ditemui meninggal dunia pada Selasa.
BACA: Warga Myanmar dikhuatiri lemas dalam lombong terbiar di Kuala Kampar
Mayat Peng Lawn, 21 tahun, yang merupakan warga Myanmar ditemui di dasar lombong itu pada kedalaman kira-kira enam meter oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Ipoh sekitar jam 11.45 pagi.
Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Hasron Nazri Hashim berkata, pemeriksaan awal ke atas fizikal mangsa tidak menemui sebarang kesan perlakuan jenayah.
"Hanya ada kesan bengkak pada mulut manakala lain-lain bahagian tiada sebarang kecederaan.
"Mayat mangsa dibawa ke Hospital Kampar untuk proses bedah siasat dan ujian saringan awal COVID-19 yang dijalankan menunjukkan mangsa disahkan negatif," katanya.
Menurutnya, operasi mencari dan menyelamat yang digerakkan bermula jam 7 pagi Selasa telah ditamatkan sepenuhnya pada jam 12.15 tengah hari.
"Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya di sini pada Selasa.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kampar, Meor Mohammad Ali Meor Hussin berkata, operasi mencari mangsa dilakukan dengan kaedah 'surface searching' dan selaman oleh PPDA.
Katanya, seramai 20 pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kampar, PPDA Ipoh dan Unit Anjing Pengesan (K9) bomba turut serta dalam operasi terbabit.
"Mangsa dijumpai di dasar lombong pada kedalaman lebih enam meter dan dibawa naik ke tebing untuk diserahkan kepada polis," katanya.
Kejadian sekitar jam 6.30 petang pada Isnin itu disedari abang mangsa yang ternampak adiknya berenang ke tengah lombong dan berada dalam keadaan terkapai-kapai.
Mangsa telah pergi ke kebun berkenaan untuk mencari kerja bersama abangnya sebelum mandi di lombong itu untuk menyegarkan badan.
Artikel asal di Sinar Harian: Pemuda hilang ditemui meninggal dunia di dasar lombong
Sinar Harian
Wed Jun 09 2021
Mayat mangsa ditemukan anggota PPDA semasa operasi mencari dan menyelamat pada jam 11.45 pagi Selasa. - Foto Sinar Harian
Duta Palestin ke UK alu-alukan waran tangkap terhadap Netanyahu, gesa akauntabiliti penuh
Duta Husam Zomot menyifatkan waran tangkap itu sebagai langkah ke arah pertanggungjawaban dan keadilan untuk Palestin.
Pulau Pinang digesa laksana aktiviti bernilai tinggi untuk kekal kompetitif - Chow
Chow berkata pelaksanaan itu bagi memastikan Pulau Pinang terus berdaya saing dalam pasaran semikonduktor global.
Pejabat Hak Asasi Manusia PBB sokong ICC keluar waran tangkap terhadap Netanyahu, Gallant
Kami menghormati kebebasan dan kompetensi Mahkamah Jenayah Antarabangsa di bawah Statut Rom, kata Jeremy Laurence.
LHDN komited tingkat pematuhan cukai menerusi audit dan siasatan
Hisham berkata, kesemua tindakan itu dilaksanakan mengikut undang-undang yang ditetapkan.
Bank Indonesia beku akaun bank dikaitkan dengan perjudian dalam talian
Penyedia perkhidmatan pembayaran mesti mempunyai sistem pengesanan untuk mengenal pasti akaun yang digunakan untuk transaksi penipuan.
COP29: Penyertaan Malaysia beri kemajuan terhadap matlamat pelepasan karbon sifar bersih
Malaysia buka inisiatif inovatif dan pelaburan besar untuk membolehkan negara melangkah lebih jauh ke arah menjadi negara pelepasan karbon sifar bersih.
KPM fokus enam bidang utama capai standard global Pelan Pembangunan Pendidikan
Kementerian Pendidikan akan meningkatkan usaha mencapai standard global yang telah termeterai dalam kerangka Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.
Hannah harap kajian Program PPBN siap sebelum hujung tahun ini
Hannah berharap laporan kajian prestasi PPBN yang dilakukan AFC dapat disiapkan sebelum hujung tahun ini.
Perak bentang Belanjawan 2025 Jumaat depan
Perak akan membentangkan Belanjawan Negeri 2025 pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan diadakan pada 29 Nov hingga 5 Dis ini.
ISTAF cadang kurangkan pengadil menerusi teknologi baharu
ISTAF bakal membawa cadangan untuk mengurangkan jumlah pengadil dalam perlawanan serta memberikan pengadil kuasa untuk memanggil challenge (cabaran) sebagai langkah penambahbaikan.
Kebuluran di Rakhine boleh menular lepasi sempadan Myanmar - PBB
PBB menggesa campur tangan antarabangsa segera di Rakhine, Myanmar, berikutan kemungkinan negeri itu akan terjerumus ke dalam krisis sosial dan ekonomi ekoran kebuluran.
Lima warga Myanmar ditahan bantu siasatan kes bunuh wanita senegara
Kesemua suspek ditahan secara berasingan di antara 1 tengah hari dan 6.30 petang di kawasan Bandar Teknologi dan Semenyih.
Myanmar sedia bekerjasama dengan ASEAN selaras dengan piagam - Ketua tentera
Ketua tentera Myanmar menyatakan bahawa kerajaan pimpinannya bersedia untuk bekerjasama dengan ASEAN bagi mencapai penyelesaian damai di negara Asia Tenggara yang dilanda kekacauan itu.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Myanmar agih beras ke kawasan terjejas banjir
Terdapat dua pelan pengedaran - pelan tujuh hari memberi manfaat kepada lebih 200,000 orang, pelan 14 hari membantu lebih 100,000 orang.
Tindak balas antarabangsa bantu mangsa Taufan Yagi di Myanmar diperlukan
Taufan Yagi melanda utara Myanmar pada 10 September, menyebabkan banjir teruk, tanah runtuh dan kemusnahan meluas di seluruh negara.
Mashitah fail saman terhadap NGO kaitkannya dengan pemerdagangan manusia di Myanmar
Dr Mashitah failkan saman terhadap sebuah NGO dan dua individu berhubung kenyataan mengaitkannya dengan jenayah pemerdagangan manusia di Myanmar.
Gajah Asia hadiah Myanmar mati di zoo Jepun akibat virus herpes
Seekor gajah Asia yang diberikan kepada Fukuoka oleh bandar Yangon di bawah program persahabatan telah mati di sebuah zoo di bandar Jepun itu selepas dijangkiti virus herpes.
Tiada bukti Dr Mashitah, suami terlibat sindiket pemerdagangan manusia - KPN
Tiada bukti mengaitkan Datuk Dr Mashitah Ibrahim dan suami terlibat dengan kegiatan sindiket pemerdagangan manusia di Myanmar.
Pemerdagangan manusia: Polis rekod keterangan 11 individu termasuk Dr Mashitah, suami
Polis selesai merakam keterangan 11 individu termasuk bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mashitah Ibrahim dan suaminya berhubung sindiket pemerdagangan manusia di Myanmar.