TENOM: Seorang wanita yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke Sungai Padas di sini, Isnin lalu, disahkan meninggal dunia selepas mayatnya ditemui terapung di Sungai Padas, Kampung Batu-Batu, pagi tadi.
Mangsa, Masliah Michael, 48, ditemui penduduk kampung kira-kira jam 8.30 pagi, di kedudukan tiga kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan terjatuh.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tenom, Mohd Zainal Sinsian berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian berkenaan pada jam 11.15 malam Isnin lalu.
Katanya, operasi mencari dan menyelamat (SAR) terpaksa dijalankan oleh pasukan penyelamat bermula jam 8 pagi Selasa tetapi terpaksa ditangguhkan selepas tiada sebarang petanda penemuan mangsa.
"Operasi disambung semula hari ini, bermula jam 8.30 pagi membabitkan 11 anggota bomba bersama empat anggota polis.
"Pasukan SAR kemudiannya menerima maklumat bahawa jasad mangsa sudah ditemui penduduk kampung dalam keadaan terapung kira-kira tiga kilometer dari lokasi mangsa terjatuh," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Zainal berkata, usaha mengambil mayat mangsa dari sungai berkenaan terus dilakukan pasukan SAR bantuan pihak polis.
"Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya dan operasi SAR ditamatkan sejurus selepas itu," katanya.
Ruzaini Zulkepli
Wed Mar 17 2021
Setelah ditemui penduduk kampung, usaha mengambil mayat mangsa dari sungai berkenaan terus dilakukan pasukan SAR bantuan pihak polis. - JBPM
Warga Palestin tidak boleh putus harapan untuk terus hidup
Bercakap semasa sambutan perayaan Krismas, Datuk Bandar Betlehem, Anton Salman berkata, tanpa harapan, sudah pasti sukar untuk meneruskan kehidupan di sebalik kezaliman yang didepani mereka.
Nahas ngeri Ayer Keroh: Polis rakam keterangan pemandu lori tayar tercabut
Keterangan pemandu berusia 31 tahun itu diambil bagi membantu siasatan kemungkinan wujud kecuaian yang mengakibatkan tayar hadapan lori terbabit tercabut.
Nahas Ayer Keroh: Tujuh masih dirawat, dua ditempatkan di ICU
Tujuh mangsa kemalangan ngeri melibatkan lima kenderaan di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan rehat dan rawat Ayer Keroh masih dirawat di Hospital Melaka dengan dua daripadanya ditempatkan di unit rawatab rapi (ICU).
Nahas Ayer Keroh: Polis rakam keterangan pemandu lori tayar tercabut
Polis telah merakam keterangan pemandu lori yang terlibat dengan nahas ngeri mengorbankan tujuh individu di kilometer 204 Lebuhraya PLUS arah utara, Melaka, pada Selasa.
AWANI Ringkas: Tarian mencolok mata, penganjur dikompaun
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Banjir kembali landa Raub, Lipis
Dua kampung terjejas di Lipis adalah Kampung Beletik dan Kampung Lubuk Kulit, dengan 18 mangsa daripada tujuh keluarga ditempatkan di dua PPS.
PBB rayu bantuan segera untuk hospital di utara Gaza
Rayuan itu dibuat pada Selasa, membabitkan bekalan makanan dan air yang sangat diperlukan, menurut Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan PBB (OCHA).
Polis tempatkan 40 anggota pastikan kelancaran hukuman sebat
Azli berkata pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas kepada mana-mana individu atau kumpulan yang cuba mencetuskan provokasi kepada petugas atau pesalah.
Reaktor Iron Man akan dibina di AS menggunakan pelakuran nuklear
Reaktor ARC akan dibina di Virginia, Amerika Syarikat (AS) bagi membekalkan tenaga elektrik bersih hampir tanpa had.
Bayi dihanyut ombak tsunami jadi detik mendebarkan sehingga saat ini
Mengimbau detik itu, ibu Thulaashi, Annalmary berkata dia sedang berpantang ketika kejadian dan ombak tsunami menerjah kafe yang diusahakan bersama suaminya Suppiah.
Kanak-kanak 7 tahun ditemukan lemas di tali air
Mayat mangsa ditemui kira-kira 30 meter dari tebing tali air dan disahkan meninggal dunia akibat lemas oleh pegawai perubatan.
Anggota polis dikhuatiri lemas ditemukan meninggal dunia
Mayat Koperal Muhammad Taufik Sayuti, 39, ditemui pada jam 4.55 pagi tadi selepas operasi mencari dan menyelamat digerakkan.
287 kematian akibat lemas, angka yang membimbangkan - KP Bomba
Daripada jumlah 287 kes kematian itu, mangsa paling ramai melibatkan lingkungan umur 20 hingga 39 tahun iaitu 38%.
Nelayan terjatuh bot ditemukan lemas
Seorang lelaki yang dilaporkan terjatuh dari bot di Jeti ikan TSL Fishery, Sungai Perak, di Hutan Melintang semalam, ditemukan lemas hari ini.
Nelayan dikhuatiri lemas terjatuh bot
APM menerima panggilan pada 5.06 petang dari IPD Bagan Datuk berhubung laporan orang hilang di pelantar ikan Hutan Melintang.
Polis henti SAR anggota TDM di Royal Belum
Bagaimanapun usaha pencarian diteruskan oleh pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Tiada unsur dera bayi lemas dalam selimut di rumah pengasuh - Polis
Pemeriksaan yang dilakukan terhadap bayi terbabit tidak menemukan sebarang unsur penderaan atau kecederaan fizikal ditemui pada tubuh mangsa.
Bayi lelaki enam bulan maut dipercayai lemas dalam selimut
Seorang bayi lelaki berusia enam bulan maut dipercayai akibat lemas dalam selimut di rumah pengasuhnya di Merlimau di sini pagi tadi.
Pemancing hilang ditemukan lemas di Langkawi
Seorang lelaki yang dilaporkan hilang selepas terjatuh ke dalam laut ketika menyeberangi jambatan kayu 'Water Breaker' Kuala Chenang di Langkawi, malam semalam, ditemukan lemas petang tadi.
Banjir Kedah: Jasad pengawal keselamatan lemas ditemukan tersangkut pada reba kayu
Jasad mangsa ditemukan tersangkut pada reba di tebing sungai, kira-kira 1.5 kilometer dari lokasi terakhir dia dilihat.