Mayat lelaki tanpa kepala dipercayai dibaham buaya ditemukan di kolam tadahan air Sahabat 41, dekat sini, pagi Jumaat.
Ketua Polis Daerah Lahad Datu, ACP Nasri Mansor berkata mayat mangsa ditemukan pada 6.15 pagi oleh kumpulan pencari termasuk polis, kira-kira 50 meter dari lokasi kejadian dalam keadaan tidak sempurna, kesan luka gigitan di kaki dan paha termasuk hilang tangan kanan dari bahu hingga ke rusuk.
BACA: Cebisan tubuh nelayan dalam perut buaya
BACA: Tulang manusia ditemukan dalam perut buaya, dipercayai milik Yosep Tesu
Beliau berkata mangsa dikenali sebagai Stephen Tolok, 30-an berdasarkan pengecaman oleh isteri dan rakannya melalui seluar yang dipakai Stephen.
"Kejadian berlaku pada petang semalam ketika mangsa bersama rakannya sedang menjala ikan di kolam tadahan Kilang Sahabat 41, Kampung Kembara Sakti.
"Sewaktu mangsa dan rakannya sedang menjala ikan, tiba-tiba kaki mangsa digigit di kaki kanan dan diheret ke dasar kolam, mangsa sempat menjerit minta tolong," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Nasri berkata rakan mangsa yang menyaksikan kejadian segera melaporkan kepada pihak pengurusan ladang yang membuat laporan polis.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 17 2019

mangsa dikenali sebagai Stephen Tolok, 30-an berdasarkan pengecaman oleh isteri dan rakannya melalui seluar yang dipakai Stephen. - Gambar hiasan

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Lelaki keluar menjala ikan ditemukan lemas, disyaki dibaham buaya
Seorang lelaki yang keluar menjala ikan di tebing Sungai Nyigu lewat petang semalam dan gagal pulang ke rumah ditemukan lemas serta dipercayai dibaham buaya di sungai berkenaan hari ini.

Lelaki sempat jerit minta tolong sebelum dibaham buaya
Mangsa berusia 28 tahun disambar reptilia itu ketika melalui jambatan kayu di kawasan setinggan tersebut.

Lelaki dikhuatiri dibaham buaya ketika cuci bot
Seorang lelaki hilang dikhuatiri dibaham buaya ketika mencuci bot bersama anaknya dalam kejadian di kawasan sungai Kampung Sri Ganda pada Ahad.

Kanak-kanak lelaki maut dibaham buaya di Lahad Datu
Mangsa dipercayai Denis Rodi, 10, ditemukan dalam keadaan tanpa kepala dan tangan kanan pada 9.26 pagi.

Mayat lelaki dibaham buaya ditemui
Mayat mangsa ditemui kira-kira 1 kilometer (km) dari jarak lokasi mangsa dilaporkan hilang pada pukul 10.45 pagi semalam.

Lelaki hilang dikhuatiri dibaham buaya ketika memukat ikan
Mangsa telah turun ke sungai sekitar 12.30 tengah hari untuk mengambil hasil ikan namun tidak kembali sehingga waktu petang.

Pekerja ladang disyaki dibaham buaya
Seorang pekerja ladang kelapa sawit hilang disyaki dibaham buaya ketika memasang pukat di Sungai Silabukan pada pagi Ahad.

Mayat nelayan ditemukan dalam perut buaya
Pengecaman identiti mangsa dilakukan oleh ahli keluarganya dan mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

Budak maut dibaham buaya ketika cari siput
Seorang kanak-kanak lelaki maut dibaham buaya ketika sedang mencari siput dalam kejadian di perairan Pulau Sumangut Payau di Sandakan.

Namibia: Kanak-kanak perempuan maut dibaham buaya
Mangsa yang berusia 11 tahun maut dibaham buaya ketika sedang mengambil air di Sungai Kavango pada 1 April lalu.