SANDAKAN: Seorang kanak-kanak lelaki maut dibaham buaya ketika sedang mencari siput dalam kejadian di perairan Pulau Sumangut Payau di sini pada Selasa.
Dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi itu, mangsa berusia 12 tahun dikatakan disambar buaya ketika sedang berenang menghampiri perahunya.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan Severinus Sainkui berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 8.25 pagi.
Katanya, seramai empat anggota dikejar ke lokasi kejadian yang terletak sejauh 24 kilometer dengan menaiki sebuah pacuan empat roda dan bot untuk operasi mencari dan menyelamat (SAR).
"Berdasarkan maklumat daripada saksi menyatakan bahawa mangsa sebelum itu mencari siput di kawasan berkenaan dan selepas selesai mangsa mahu kembali semula ke perahunya.
"Ketika berenang menghampiri perahu, tiba-tiba mangsa disambar buaya," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.
Katanya lagi, mangsa kemudian dimaklumkan telah ditemukan pada jam 10.38 pagi oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia).
"Mangsa ditemukan kira-kira satu batu nautika dari lokasi kejadian dan dilaporkan telah meninggal dunia.
"Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya dan operasi ditamatkan pada jam 12.40 tengah hari," katanya. -- Sinar Harian
Sinar Harian
Tue May 23 2023

Mayat mangsa ditemukan maut selepas dilaporkan telah disambar buaya dalam kejadian di perairan Pulau Sumangut Payau, Sandakan. - Foto Sinar Harian

Akademi ASAS Penerangan Komuniti MADANI diperkasa seluruh negara - Fahmi
Program Akademi ASAS Penerangan bagi memperkasa Komuniti MADANI akan diperluas ke seluruh negara ter
Pembahagian kerusi DAP terletak kepada kepimpinan parti
DAP yakin akan bertanding di semua kawasan tradisi mereka di Sabah, namun keputusan muktamad akan dibuat Pengerusi DAP Sabah, Datuk Phoong Jin Zhe.

Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Dr Dzulkefly berkata berdasarkan profiling yang dibuat, KKM mengenal pasti 86 pautan iklan di dua platform berkenaan mengiklankan produk itu.
Tiada siapa boleh lenyapkan UMNO di Sabah - Bung
Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menegaskan bahawa tiada siapa yang boleh melenyapkan UMNO dari bumi Sabah sampai bila-bila.
UMNO terbuka kerjasama dengan parti lain
UMNO tidak pernah tutup pintu kerjasama dengan mana-mana parti menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.
Kerajaan Persekutuan peruntuk RM454 juta naik taraf bekalan air di Labuan
Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM454.88 juta untuk membaikiĀ dan penambahbaikan sistem bekalan air sepanjang 106.7 kilometer (km) di Labuan yang menyaksikan 37 kmĀ atau 35 peratus daripada projek itu sudah pun siap.

Polis nafi dakwaan pekerja tapak binaan dipukul gengster
Polis menafikan dakwaan berhubung seorang pekerja tapak pembinaan dipukul oleh kumpulan gengster di sebuah tapak pembinaan di Subang Jaya, seperti yang tular di media sosial semalam.
Hujan lebat berterusan hingga Rabu di pantai barat Sabah
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di pantai barat, Sabah mulai Selasa hingga Rabu depan.
Sokongan PIBG penting perkukuh sistem pendidikan negara
Keberhasilan sistem pendidikan negara bukan sahaja bergantung kepada usaha para guru tetapi juga sokongan padu daripada ibu bapa dan komuniti setempat.
Penerima pendidikan tinggi percuma tidak terikat berkhidmat di Sarawak
Anak Sarawak yang menerima tawaran pendidikan tinggi percuma oleh kerajaan negeri tidak terikat untuk berkhidmat di Sarawak apabila tamat pengajian.

Lelaki keluar menjala ikan ditemukan lemas, disyaki dibaham buaya
Seorang lelaki yang keluar menjala ikan di tebing Sungai Nyigu lewat petang semalam dan gagal pulang ke rumah ditemukan lemas serta dipercayai dibaham buaya di sungai berkenaan hari ini.

Lelaki sempat jerit minta tolong sebelum dibaham buaya
Mangsa berusia 28 tahun disambar reptilia itu ketika melalui jambatan kayu di kawasan setinggan tersebut.

Lelaki dikhuatiri dibaham buaya ketika cuci bot
Seorang lelaki hilang dikhuatiri dibaham buaya ketika mencuci bot bersama anaknya dalam kejadian di kawasan sungai Kampung Sri Ganda pada Ahad.

Kanak-kanak lelaki maut dibaham buaya di Lahad Datu
Mangsa dipercayai Denis Rodi, 10, ditemukan dalam keadaan tanpa kepala dan tangan kanan pada 9.26 pagi.

Mayat lelaki dibaham buaya ditemui
Mayat mangsa ditemui kira-kira 1 kilometer (km) dari jarak lokasi mangsa dilaporkan hilang pada pukul 10.45 pagi semalam.

Lelaki hilang dikhuatiri dibaham buaya ketika memukat ikan
Mangsa telah turun ke sungai sekitar 12.30 tengah hari untuk mengambil hasil ikan namun tidak kembali sehingga waktu petang.

Pekerja ladang disyaki dibaham buaya
Seorang pekerja ladang kelapa sawit hilang disyaki dibaham buaya ketika memasang pukat di Sungai Silabukan pada pagi Ahad.

Mayat nelayan ditemukan dalam perut buaya
Pengecaman identiti mangsa dilakukan oleh ahli keluarganya dan mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

Budak maut dibaham buaya ketika cari siput
Seorang kanak-kanak lelaki maut dibaham buaya ketika sedang mencari siput dalam kejadian di perairan Pulau Sumangut Payau di Sandakan.

Namibia: Kanak-kanak perempuan maut dibaham buaya
Mangsa yang berusia 11 tahun maut dibaham buaya ketika sedang mengambil air di Sungai Kavango pada 1 April lalu.