Mayat remaja lelaki mangsa bot karam di perairan Kuala Sanglang-Kuala Perlis semalam, dijumpai 10.10 pagi ini tidak jauh dari tempat kejadian.
Abdul Shakair Abdul Rahman, 18, ditemukan terdampar kira-kira 6 batu nautika dari pesisir pantai berkenaan iaitu 2.2 batu nautika ke hadapan Muara Kuala Sanglang oleh Bot Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).
Ketua Polis Daerah Kangar, DSP Wari Kiew berkata mangsa berasal dari Kampung Mengkuang Layar, Utan Aji turun ke laut menangkap ikan dan udang bersama seorang rakan sebelum dihanyutkan air setelah bot dinaiki karam dipukul ombak besar.
Rakan mangsa, Muhamad Izwan Hamdan, 28, bagaimanapun berjaya diselamatkan nelayan selepas setengah jam dia berpaut pada bot yang terbalik itu.
Katanya, sebaik menerima laporan kejadian itu, pihak berkuasa telah menubuhkan pasukan khas mencari dan menyelamat (SAR) sejak pagi semalam yang terdiri daripada pelbagai agensi termasuk Polis Marin dan Persatuan Nelayan Kuala Sungai Baru.
"Operasi SAR dilakukan dengan teknik 'surface searching' di sepanjang persisir pantai sehingga ke Kuala Sungai Baru kerana bot tidak dapat diturunkan memandangkan keadaan air laut surut," katanya.
Wari bercakap kepada pemberita selepas mayat mangsa yang dibawa ke Jeti Kastam Kuala Perlis disahkan oleh ibunya Sharifah Md Arof, 58, yang ditemani abang mangsa, Mohd Shahir Abdul Rahman, 21.
Wari berkata kes diklasifikasi sebagai kejadian mati mengejut, mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini untuk tindakan lanjut. - Bernama
Bernama
Wed Oct 19 2016

Mangsa ditemukan terdampar kira-kira 6 batu nautika dari pesisir pantai berkenaan iaitu 2.2 batu nautika ke hadapan Muara Kuala Sanglang.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Mayat remaja mangsa bot karam ditemukan di muara Kuala Sanglang
Mayat remaja lelaki mangsa bot karam di perairan Kuala Sanglang-Kuala Perlis semalam, dijumpai 10.10 pagi ini tidak jauh dari tempat kejadian.