TELUK INTAN: Mayat seorang lelaki ditemukan tertiarap dalam parit di Jalan Pasir Kampung Sungai Payung Baroh, Rungkup di sini, pada Rabu dipercayai dibunuh.
Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, mayat lelaki itu ditemukan orang awam dalam keadaan mereput sekitar jam 4.48 petang.
"Siasatan mendapati lelaki terbabit memakai baju warna merah dan berseluar pendek ditemui dengan beberapa kesan luka di bahagian tangan, kaki dan leher.
"Bagaimanapun bangsa dan status kewarganegaraannya masih belum dikenal pasti kerana tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemukan pada mangsa," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Menurut beliau, bedah siasat dijalankan Jabatan Forensik, Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh.
"Bedah siasat mendapati punca kematian mangsa adalah disebabkan luka potongan pada kepala dan leher.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu diminta tampil bagi membantu siasatan dengan menghubungi balai Pegawai Penyiasat Kanan, Asisten Superintenden Muhammad Nazrin Nasir di talian 019-9146370 atau salurkan maklumat di balai polis berhampiran.
- Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Aug 24 2023
Mayat seorang lelaki ditemukan tertiarap dalam parit di Jalan Pasir Kampung Sungai Payung Baroh, Rungkup, pada Rabu dipercayai dibunuh. - Foto Sinar Harian/PDRM
#AWANIRingkas 4 Oktober 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 4 Oktober 2024
1️⃣ Menyeleweng daripada akidah Islam sebenar
2️⃣ Hasil langkah pengurangan risiko bencana
3️⃣ Pakistan gembira perbincangan produktif
#awaniringkas
1️⃣ Menyeleweng daripada akidah Islam sebenar
2️⃣ Hasil langkah pengurangan risiko bencana
3️⃣ Pakistan gembira perbincangan produktif
#awaniringkas
Pengganti Hassan Nasrallah, Hashem Safieddine sasaran terbaharu Israel
Hashem dijadikan sasaran dalam serangan Israel di Beirut antara Khamis dan Jumaat.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [4 Oktober 2024]
Fokus AWANI Pagi Bersama Nursyazwani Saiful Sham & Amirul Aiman
Poligami tidak didaftarkan beri kesan status, masa depan anak.
Sultan Selabgor perkenan GISBH difatwakan menyeleweng.
Mangsa gangguan seksual perlu berani buat laporan – Nancy.
Poligami tidak didaftarkan beri kesan status, masa depan anak.
Sultan Selabgor perkenan GISBH difatwakan menyeleweng.
Mangsa gangguan seksual perlu berani buat laporan – Nancy.
Lawatan PM Anwar ke Dhaka imbau sejarah 52 tahun lepas
Lawatan ini mengulangi sejarah apabila Malaysia menjadi negara Islam pertama yang mengiktiraf kemerdekaan Bangladesh pada 31 Jan 1972.
Jurutera Keizrul Abdullah sifatkan pembinaan Terowong Smart ‘hadiah’ terbesar buat negara
Pengerusi Wetlands International Malaysia sifatkan sumbangan idea dalam pembinaan projek Terowong SMART, sebagai 'hadiah' terbesar beliau buat negara.
Mangsa banjir Perak meningkat, tiga PPS baharu dibuka
Mereka ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara - satu di Kerian dan dua di Larut Matang Selama.
Kementerian Pendidikan Tinggi minta IPT buat persediaan hadapi banjir
Beliau yakin IPT di kawasan sering terjejas banjir seperti di pantai timur mempunyai keupayaan terbaik untuk berbuat demikian.
Lebih 16,000 anggota JBPM dalam mod siap siaga hadapi banjir lebih awal
Perbezaan pada trend taburan hujan lebat tahun ini menyebabkan bomba terpaksa meletakkan semua anggota dalam mod berjaga-jaga lebih awal.
Shamsul Iskandar dakwa kesepakatan parti dalam PN kian longgar
Shamsul Iskandar berkata, perpecahan dalaman PN itu dapat diukur melalui prestasi mereka pada PRK DUN Nenggiri dan DUN Mahkota.
Suruhanjaya Eropah saman Hungary atas dakwaan pelanggaran hak asasi
Budapest gagal hilangkan kebimbangan mengenai undang-undang baharu Hungary yang bertujuan mengehadkan pembiayaan asing bagi kempen politik.
Mayat lelaki ditemui dalam parit dipercayai dibunuh
Mayat seorang lelaki ditemukan tertiarap dalam parit di Jalan Pasir Kampung Sungai Payung Baroh, Rungkup, pada Rabu dipercayai dibunuh.
Mayat wanita ditemui dalam parit kebun sawit
Mayat seorang wanita ditemui dalam parit di sebuah kebun sawit di Kampung Arang, Lorong Kijang 1, Inderasabah, Tawau pada Selasa.