Mayat seorang wanita ditemui dalam parit di sebuah kebun sawit di Kampung Arang, Lorong Kijang 1, Inderasabah, Tawau pada Selasa.
Mangsa yang dikenal pasti sebagai Maria Abdullah, 23 tahun, seorang warganegara Filipina dipercayai meninggalkan rumah sejak 22 Februari lalu dan tidak pulang ke rumah sehingga mayatnya ditemui orang awam.
Menurut Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Peter Umbuas berdasarkan keadaan mayat yang sudah hancur dan mula berulat, mangsa dipercayai meninggal dunia beberapa hari yang lalu di lokasi sejauh 200 meter dari kawasan penempatan pekerja sawit.
Pemeriksaan awal ke atas mayat tersebut tidak menjumpai kesan perbuatan jenayah pada mangsa dan mayat kemudiannya dihantar ke rumah mayat Hospital Tawau untuk tujuan bedah siasat.
Pihak polis juga memeriksa kediaman mangsa dan tidak menjumpai kesan pergelutan kerana keadaan rumah mangsa dalam keadaan kemas dan teratur.
Polis kini sedang menjejaki suami mangsa yang dikatakan keluar mencari mangsa sejak 22 Februari lalu dan tidak dapat dihubungi sehingga kini.
Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan punca kematian mangsa masih dalam siasatan.
Abd Azharee Abdul Wahid
Wed Feb 26 2020
[TERKINI] Perkembangan terkini kemalangan tiga kenderaan
Lintas langsung di lokasi kemalangan membabitkan tiga kenderaan hingga dipercayai mengakibatkan sekurang-kurangnya enam terkorban berhampiran RnR Ayer Keroh.
TikTok mungkin dibenarkan beroperasi seketika - Kata Trump
Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Ahad memberi bayangan beliau mungkin membenarkan TikTok meneruskan operasi di negara itu.
Malaysia, Bahrain sempena 50 tahun hubungan diplomatik
Sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik, Malaysia dan Bahrain mengesahkan komitmen untuk mengukuhkan kerjasama dua hala merentasi pelbagai sektor, bertujuan untuk memupuk masa depan yang lebih makmur dan berdaya tahan.
Lelaki bakar penumpang tren bawah tanah hingga maut ditahan
Polis New York City menahan seorang lelaki pada Ahad kerana membakar seorang penumpang wanita kereta api bawah tanah hingga maut.
Tahanan Guantanamo: Pemulihan fokus aspek psikologi, hubungan kekeluargaan
Aspek psikologi perlu diuruskan terlebih dahulu kerana individu yang menyertai kumpulan pengganas kebiasaannya adalah mereka yang menanggung emosi yang berat serta berpandangan radikal.
Rating penerimaan PM Anwar meningkat kepada 54 % tahun kedua
Rating kelulusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meningkat kepada 54 peratus dalam kalangan pengundi Malaysia pada tahun kedua pentadbiran Kerajaan MADANI, berbanding 50 peratus tahun lepas, menurut kaji selidik Merdeka Center.
[TERKINI] Sekurang-kurangnya enam maut, tiga kenderaan bertembung berhampiran RnR Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam Isnin.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 23 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Konsert Maliq & D'Essentials ditunda
Kumpulan itu berjanji untuk kembali ke Malaysia dan bertemu peminat sebaik tarikh baharu dapat ditetapkan.
Pemandu van pelancong maut selepas 10 hari bertarung nyawa
Lelaki tempatan tersebut disahkan meninggal dunia pada jam 3.45 petang Khamis dan merupakan mangsa ketiga yang maut dalam nahas berkenaan.
Mayat bayi lelaki ditemukan dalam tangki pam tandas Hospital Tawau
Mayat bayi lelaki masih bertali pusat dipercayai baru dilahirkan ditemukan di dalam tangki pam tandas di Hospital Tawau.
Bangunan baharu Hospital Tawau dijangka siap tahun ini
Dr Norlimah berkata pihaknya bangga dengan PPP Hospital Tawau yang sentiasa cemerlang dalam memberi perkhidmatan kesihatan biarpun berdepan pelbagai kekangan.
Wanita rugi RM2,000, cedera akibat diragut
Mangsa berumur 33 tahun yang bekerja sebagai pembantu kedai cedera akibat diragut menggunakan pisau pemotong kertas.
ATM serah operasi Hospital Medan Tawau, kini jadi wad rawatan COVID-19
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menyerahkan sepenuhnya pengoperasian Hospital Medan Tawau kepada Kementerian Kesihatan (KKM), untuk diuruskan oleh Hospital Tawau di sini.
Jenazah lelaki kes jangkitan COVID-19 di Tawau selamat dikebumikan
Ahli keluarga serta rakan jemaah ahli tabligh yang turut hadir dilarang menghampiri kawasan perkuburan, sehingga selesai pengebumian.
Mayat wanita ditemui dalam parit kebun sawit
Mayat seorang wanita ditemui dalam parit di sebuah kebun sawit di Kampung Arang, Lorong Kijang 1, Inderasabah, Tawau pada Selasa.
Bapa tiga anak nekad terjun tingkat lima akibat hutang
Lelaki berusia 48 tahun yang juga bapa kepada tiga anak itu nyaris maut apabila bertindak melompat dari tingkat lima bangunan tersebut.
Mayat tanpa pengenalan diri ditemui di bahu jalan
Pemeriksaan awal mendapati, terdapat kesan kecederaan di bahagian mulut sebelah kanan, kesan calar di bahagian kanan perut dan kedua belah kaki.
Kanak-kanak 7 tahun maut digilis van ketika melintas
Seorang kanak-kanak lelaki berumur tujuh tahun maut digilis dalam satu kemalangan jalan raya di Kampung Sungai Buaya, pada Isnin.