IPOH: Satu mayat lelaki dipercayai pelancong India yang hilang ketika mendaki Gunung Jasar, Tanah Rata, Cameron Highlands, Pahang ditemukan di dalam sungai di kawasan sempadan Perak-Pahang hari ini.
Ketua Polis Daerah Cameron Highlands DSP Azri Ramli berkata mayat dijumpai pada 3.40 petang dan tidak dapat dibawa keluar disebabkan faktor muka bumi yang memerlukan bantuan helikopter.
Beliau berkata bantuan helikopter daripada Pasukan Gerakan Udara dijangka tiba esok pada 9 pagi untuk membawa keluar mayat itu.
"Proses bedah siasat akan dijalankan di Hospital Sultanah Hajjah Kalsom, Cameron Highlands. Satu sidang media akan diadakan selepas bedah siasat itu," katanya dalam kenyataan lewat malam ini.
Azri menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kejadian tersebut dan menyalurkan maklumat kepada bilik gerakan (DCC) menerusi talian 05-4915 999 atau mana-mana balai polis berhampiran, jika mempunyai sebarang maklumat.
Beliau turut mengingatkan orang ramai untuk tidak menularkan maklumat tidak sahih menerusi laman media sosial.
Terdahulu, Azri memaklumkan kawasan pencarian bagi operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang pelancong dari India, Nandan Suresh Nadkarni, 44, yang hilang sejak 22 Sept lepas ketika mendaki Gunung Jasar diperluas melepasi sempadan Perak, semalam.
Hari ini merupakan hari keenam misi pencarian itu melibatkan 101 pegawai dan anggota dari pelbagai agensi seperti polis, bomba, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan pertubuhan bukan kerajaan seperti Malim Gunung Cameron Highlands dan Radio Communication and Recreation Club.
Mangsa telah mendaftar masuk ke Hikers Sleep Port Guest House, Tanah Rata pada 19 Sept dan sepatutnya mendaftar keluar pada 24 Sept.
Hasil siasatan awal polis mendapati pada 22 Sept, mangsa telah keluar dari hotel seorang diri untuk melakukan aktiviti pendakian di trail 10 Gunung Jasar, berdasarkan beberapa rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang diperoleh di sekitar kawasan Tanah Rata.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 30 2023

GAMBAR FAIL: Pendaki warga India dilaporkan hilang ketika mendaki Gunung Jasar, Cameron Highlands sejak seminggu lalu. - Foto Sinar Harian

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Mayat lelaki dipercayai pelancong India ditemukan dalam sungai - Polis
Satu mayat lelaki dipercayai pelancong India yang hilang ketika mendaki Gunung Jasar, Tanah Rata, Cameron Highlands, Pahang ditemukan di dalam sungai di kawasan sempadan Perak-Pahang hari ini.

Pelancong hilang: Kawasan pencarian diperluas lepasi sempadan Perak - Polis
Kawasan pencarian bagi operasi SAR seorang pelancong dari India yang hilang sejak 22 Sept lepas ketika mendaki Gunung Jasar, diperluas melepasi sempadan Perak, semalam.

Banjir lumpur: Tiga pelancong hilang masih belum ditemui
Dalam kejadian banjir lumpur yang dilaporkan berlaku pada jam 10.40 malam Sabtu itu, mangsa dipercayai hilang dibawa arus sungai.

Pasukan SAR pelancong di Tioman temui petunjuk baharu
Unit Anjing Pengesan (K9) polis dan bomba berjaya mengesan bau lelaki itu di laluan yang dipercayai digunakannya.