Mayat warga Korea Utara, Kim Jong Nam dipercayai sudah dibawa keluar dari Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN), Hospital Kuala Lumpur (HKL) dengan menggunakan sebuah van kira-kira pukul 1.40 tengah hari tadi.
Difahamkan van jenis Toyota Hiace berwarna kelabu itu meninggalkan pekarangan IPFN dengan diiringi tiga unit kereta peronda polis.
Sebelum itu, kenderaan tersebut yang tertera tulisan “Van Jenazah” pada cermin belakang memasuki pekarangan IPFN kira-kira pukul 1.35 tengah hari.
Van tersebut berada dalam kawasan IPFN selama lima minit sebelum beredar selepas keranda dipercayai mengandungi mayat Jong Nam dimasukkan.
Menurut sumber, mayat Jong Nam dipercayai akan diterbangkan dengan sebuah pesawat ke Beijing, kira-kira pukul 6 petang Khamis.
Sebelum ini, mayat Jong Nam dikatakan tiba di Kompleks Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 12.30 tengah hari sebelum dijadualkan dibawa naik pesawat penerbangan nasional pada 6.25 petang.
Bagaimanapun, sumber memberitahu mayat Jong Nam kemudian dibawa keluar semula dari lokasi itu ke Rumah Mayat HKL disebabkan isu teknikal.
Jong Nam yang juga abang tiri kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un, mati dibunuh dua suspek wanita pada 13 Februari lalu menggunakan agen saraf VX.
Kejadian berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) ketika mangsa sedang menunggu penerbangan ke Macau.
Jong Nam yang menggunakan nama Kim Chol seperti di dalam pasportnya meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya.
Astro Awani
Thu Mar 30 2017
![Mayat Kim Jong Nam dipercayai dibawa keluar dari HKL Mayat Kim Jong Nam dipercayai dibawa keluar dari HKL](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-02/51487247519_kimjongnam.jpg)
Mayat warga Korea Utara, Kim Jong Nam dipercayai sudah dibawa keluar dari Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN), Hospital Kuala Lumpur (HKL) dengan menggunakan sebuah van kira-kira pukul 1.40 tengah hari tadi. -Gambar fail
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026 Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735290530_TBrusia.jpg)
Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.
![Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739976606_Maldives.jpg)
Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.
![Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41659697159_SergeiLavrov.jpg)
Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.
![Nahas helikopter Taman Melawati: Abang tahu adik terlibat nahas daripada gambar tular Nahas helikopter Taman Melawati: Abang tahu adik terlibat nahas daripada gambar tular](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-11/41604825884_helikopterterhempas.jpg)
Nahas helikopter Taman Melawati: Abang tahu adik terlibat nahas daripada gambar tular
Pihak keluarga mengetahui arwah terlibat dalam nahas tersebut selepas melihat bahagian kiri lengan arwah di gambar-gambar yang tular di media sosial.
![Hasil siasatan kebakaran IPFN dijangka siap dua minggu lagi Hasil siasatan kebakaran IPFN dijangka siap dua minggu lagi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-03/51521265773_HKL.jpg)
Hasil siasatan kebakaran IPFN dijangka siap dua minggu lagi
Kementerian Kesihatan masih menunggu laporan rasmi menerusi siasatan yang sedang giat dilakukan oleh pihak bomba bagi mengesan punca kebakaran.
![Mayat Kim Jong Nam dipercayai dibawa keluar dari HKL Mayat Kim Jong Nam dipercayai dibawa keluar dari HKL](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-02/51487247519_kimjongnam.jpg)
Mayat Kim Jong Nam dipercayai dibawa keluar dari HKL
Difahamkan van jenis Toyota Hiace berwarna kelabu itu meninggalkan pekarangan IPFN dengan diiringi tiga unit kereta peronda polis.
![Kes Jong Nam: Hanya waris sah boleh tuntut mayat - Khalid Kes Jong Nam: Hanya waris sah boleh tuntut mayat - Khalid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-02/51487153205_KhalidAbuBakar.jpg)
Kes Jong Nam: Hanya waris sah boleh tuntut mayat - Khalid
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini mengulangi hanya anggota keluarga atau waris yang disahkan DNA dibenarkan menuntut mayat Kim Jong-nam di Institut Perubatan Forensik Negara, HKL.