JOHOR BAHRU: Mayat seorang lelaki ditemukan terapung di sungai di bawah Jambatan Bakar Batu di sini, pada Khamis.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin, Timbalan Penguasa Bomba I Suhaimi Abdul Jamal berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada jam 6.07 minit.

Katanya, seramai 10 anggota dibantu sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dikejarkan ke tempat kejadian.

"Setibanya di lokasi, anggota menemui mayat lelaki tidak diketahui identiti terapung di sungai sebelum diangkat naik ke tebing.

"Mayat itu diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan pada Khamis. - Sinar Harian