KUALA LUMPUR: Polis menahan dua lelaki bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat seorang lelaki di dalam sebuah lori yang diparkir di kawasan tempat letak kereta di Danau Kota, Setapak di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Supt Ashari Abu Samah berkata mayat lelaki berumur 59 tahun itu dijumpai oleh adik perempuan lelaki berkenaan pada pukul 1.48 pagi, dan mayat telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk tindakan selanjutnya.
Beliau berkata hasil pemeriksaan mendapati terdapat kecederaan di bahagian telinga, bengkak di kepala dan pipi, luka di mata, lebam di bahagian bahu dan tulang dada pada mayat berkenaan, di samping kesan darah turut kelihatan pada bahagian mulut.
"Bertindak atas maklumat, sepasukan pegawai serta anggota Bahagian Siasatan Jenayah Khas Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju telah berjaya menahan dua lelaki berusia 36 dan 37 tahun di lokasi kejadian bagi membantu siasatan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Ashari berkata polis masih menjalankan siasatan berhubung punca kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Beliau seterusnya memberi amaran keras agar orang ramai tidak membuat spekulasi dan menimbulkan provokasi berkaitan kejadian itu.
"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian ini diminta tampil membantu siasatan ke IPD Wangsa Maju di talian 03-92899222 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau mana-mana balai polis berhampiran," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 10 2023

Ashari berkata hasil pemeriksaan mendapati terdapat kecederaan di bahagian telinga, bengkak di kepala dan pipi, luka di mata, lebam di bahagian bahu dan tulang dada pada mayat berkenaan. - Gambar fail

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Mayat ditemukan dalam lori, polis tahan dua lelaki
Polis menahan dua lelaki bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat seorang lelaki di dalam sebuah lori yang diparkir di kawasan tempat letak kereta di Danau Kota, Setapak.