SHAH ALAM: Mayat seorang lelaki dipercayai warga asing dengan kesan kecederaan di kepala ditemukan dalam semak berhampiran Institut Pengurusan Peladang, Tanjong Karang pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Kuala Selangor Supt Ramli Kasa berkata polis menerima laporan dari orang awam berkenaan penemuan mayat tersebut jam 9.10 pagi dan hasil siasatan awal di tempat kejadian mendapati, mangsa ditemukan dalam keadaan tertiarap dalam semak dan terdapat kesan kecederaan di bahagian kepala.
Beliau berkata mangsa dipercayai warga asing kerana tiada tanda suntikan imunisasi BCG (Bacillus Calmette Guerin) ditemukan pada mayat berkenaan.
"Berhampiran mayat yang berusia lingkungan 40an itu, terdapat sebuah motosikal jenis Modenas warna putih, berjarak lebih kurang tiga meter," katanya dalam kenyataan malam ini.
Ramli berkata hasil siasatan pakar forensik di tempat kejadian mendapati, kematian mangsa berpunca dari unsur jenayah berdasarkan kesan luka pada bahagian kepala dan mayat dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat yang akan dijalankan pada jam 2 petang esok.
Beliau berkata kes tersebut akan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 29 2022

Mayat seorang lelaki dipercayai warga asing dengan kesan kecederaan di kepala ditemukan dalam semak berhampiran Institut Pengurusan Peladang, Tanjong Karang pagi tadi. - Gambar hiasan

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Mayat dipercayai warga asing ditemukan dalam semak
Mayat seorang lelaki dipercayai warga asing dengan kesan kecederaan di kepala ditemukan dalam semak berhampiran Institut Pengurusan Peladang, Tanjong Karang pagi tadi.

Mayat wanita warga asing ditemui berhampiran jejantas
Polis menemui mayat wanita warga asing berhampiran jejantas menghala ke Melawati Mall pada Ahad.

Penemuan mayat: Polis Kuala Selangor minta pihak hilang ahli keluarga tampil ke balai
Menurut polis, mayat tersebut berkemungkinan dihanyutkan dari Bukit Sentosa, Kuala Kubu Bharu, Bukit Beruntung, Hulu Selangor.

Mayat warga asing ditemui selepas dua hari terjatuh bot
Mayat seorang lelaki warga Thailand yang dikatakan terjatuh dari bot dua hari lalu ditemui hari ini.