KUALA LUMPUR: Perkhidmatannya yang sistematik, cekap dan laju serta sangat efisien dalam membantu menyelesaikan masalah kesesakan jalan raya di dalam bandar, menjadikan Transit Aliran Ringan (LRT) sebagai pilihan utama pengangkutan awam dalam kalangan warga kota di Lembah Klang sejak lebih dua dekad lepas.
Sangat diyakini pengguna atas khidmat terbaik yang diberikan selama 23 tahun beroperasi, menyebabkan ramai yang terkejut sebaik mengetahui kemalangan membabitkan dua tren LRT laluan Kelana Jaya pada Isnin, 24 Mei lepas.
Daripada 213 penumpang di dalam tren itu, 47 mengalami cedera parah manakala 166 lagi cedera ringan dalam insiden di laluan terowong berdekatan Stesen LRT KLCC dan Kampung Baru yang secara tidak langsung mencalarkan rekod sifar kemalangan selama ini.
Ternyata, insiden itu telah membuka mata orang ramai bahawa perkhidmatan LRT yang dianggap paling selamat itu sebenarnya turut tidak terkecuali daripada berlakunya kemalangan.
BACA: LRT bertembung: 3 mangsa selesai jalani pembedahan otak, kini dirawat di ICU HKL
Meskipun begitu, jika melihat kepada statistik kemalangan antara sistem pengangkutan darat dengan pengangkutan rel, tiada siapa yang boleh menafikan bahawa perkhidmatan rel seperti LRT jauh lebih selamat.
Ini boleh dilihat berdasarkan statistik kemalangan jalan raya pada 2019, apabila sebanyak 567,516 kes kemalangan dilaporkan yang telah meragut nyawa seramai 6,167 orang dengan kadar kehilangan nyawa adalah setiap 85 minit.
Keadaan tersebut berlaku kerana sistem pengangkutan jalan darat dikongsi bersama dengan pelbagai jenis kenderaan yang mempunyai kelajuan berbeza sehingga mengundang risiko kemalangan yang tinggi, menurut Profesor Jabatan Kesihatan Komuniti, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia (UPM) Dr Kulanthayan KC Mani.
Berbeza dengan sistem rel, ia hanya dilalui tren yang menggunakan sistem landasan rel dengan kelajuan yang hampir sama dengan jenis tren lain.
"Jika kita lihat dari segi statistik kemalangan jalan raya dan dibandingkan pula dengan kemalangan rel, amat jelas dan nyata, angkanya (kemalangan rel) sangat kurang, bukan sahaja di negara kita, malah seluruh dunia.
"Kerana itu, sistem pengangkutan rel tetap menjadi medium pengangkutan paling selamat bukan sahaja di Malaysia malah juga di peringkat global," katanya kepada Bernama.
Kulanthayan yang juga pakar keselamatan jalan raya, menjelaskan sistem pengangkutan rel yang mempunyai beberapa lapisan keselamatan, menjadikan sistem yang digunakan itu sangat selamat terutama untuk membawa sejumlah besar penumpang pada satu-satu masa.
Contoh lapisan sistem keselamatan yang ada, antaranya sistem kawalan trafik dan isyarat dari pusat kawalan sistem rel dan komunikasi untuk memastikan perjalanan setiap tren diatur dengan baik dan lancar.
"Kemalangan jarang berlaku kerana sistem pengangkutan rel ini juga turut dikawal laluannya dari bilik kawalan penyedia perkhidmatan sistem rel tersebut. Disebabkan sistem yang ada, agak mengejutkan apabila kemalangan tren berlaku baru-baru ini.
"Kerana itu, siasatan penuh insiden ini perlu dilakukan untuk memahami di mana kesilapan yang berlaku dan bagaimana ia boleh dielakkan pada masa akan datang supaya pengangkutan rel masih diyakini sebagai mod pengangkutan paling selamat dan kekal pilihan utama pengguna," katanya.
Pandangan senada turut disuarakan Ketua Jaringan Industri dan Komunikasi Korporat Institut Pengangkutan Malaysia, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dr Irwan Ibrahim yang menyatakan, pelbagai faktor boleh mendorong berlakunya kemalangan tren dengan kajian menunjukkan 90 peratus adalah berpunca daripada kecuaian pengendali pengangkutan yang kurang cekap, kepenatan ataupun sengaja mengingkari peraturan dan arahan.
Justeru, dalam usaha mengurangkan kemalangan tren, teknologi keselamatan tren dan prosedur keselamatan pelanggan harus dipertingkatkan dan ini merangkumi teknologi keselamatan baharu seperti kawalan pintu platform untuk pencegahan 'kemalangan jiwa manusia'.
Beliau berkata pihak pengurusan juga perlu meneroka teknologi baharu tren seperti pengubah geseran bagi mengurangkan geseran tren sekiranya berlaku kemalangan yang sekali gus dapat meminimumkan impak kemalangan.
"Banyak teknologi baharu yang boleh diteroka bagi meningkatkan lagi tahap keselamatan yang akan membantu menurunkan kadar kemalangan melibatkan tren antaranya pemantauan 'koefisien derail' dan pengendalian keseimbangan penggantungan udara, struktur 'bogie' baharu, suspensi aktif dan pemacu VVVF.
"Teknologi lain yang boleh dipertimbangkan ialah sistem trek dan teknologi penyelenggaraan seperti landasan 'slab' dan teknologi penyelenggaraan yang lebih terkini," katanya.
Dalam situasi yang berlaku ini, mahu atau tidak, amalan yang dipraktikkan di negara Jepun akan tetap dijadikan contoh terbaik dalam pengurusan tren yang cepat dan selamat.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 27 2021

Menurut Irwan, banyak teknologi baharu yang boleh diteroka bagi meningkatkan lagi tahap keselamatan. - Foto BERNAMA
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.
HUAWEI MatePad Pro 13.2, tablet OLED terbesar dengan prestasi PC
HUAWEI melancarkan HUAWEI MatePad Pro 13.2-inci, tablet flagship dengan paparan OLED Flexible PaperMatte Display pertama dalam industri, menawarkan pengalaman produktiviti dan kreativiti yang lebih maju.
Kedai karpet di Nilai 3 terbakar, peniaga rugi RM30 juta
Pemilik kedai karpet yang terbakar di Nilai 3 menganggarkan mengalami kerugian hampir RM30 juta selepas stok bagi jualan Aidilfitri turut musnah dalam kejadian itu.

18 set ETS, komuter KTMB akan dibaik pulih - Anthony Loke
Loke berkata pihaknya berhasrat untuk menambah bilangan set ETS bagi menambah kekerapan perjalanan tren untuk penumpang pada setiap masa.

Gangguan perkhidmatan LRT, laluan Kelana Jaya digantung 7 hari
Penggantungan ini melibatkan 16 stesen dari Stesen Kelana Jaya hingga Stesen Ampang Park.

KTMB terpaksa batalkan perkhidmatan tren di beberapa lokasi
Hujan lebat sejak semalam telah menyebabkan beberapa operasi tren terjejas di sektor Pantai Timur dan Lembah Klang.

Masihkah 'selamat' pengangkutan tren? - Analisis
Jika melihat kepada statistik kemalangan, tiada siapa yang boleh menafikan bahawa perkhidmatan rel seperti LRT jauh lebih selamat.

China-Malaysia sependapat wujudkan kesalinghubungan rentas negara - TPM Zahid
China sependapat dengan Malaysia supaya dibangunkan kesalinghubungan darat khususnya laluan perkhidmatan tren antara negara-negara rantau ini.

China-Malaysia sependapat wujudkan kesalinghubungan rentas negara - TPM Zahid
China sependapat dengan Malaysia supaya dibangunkan kesalinghubungan darat khususnya laluan perkhidmatan tren di antara negara-negara rantau ini.