China sependapat dengan Malaysia supaya dibangunkan kesalinghubungan darat khususnya laluan perkhidmatan tren di antara negara-negara rantau ini.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata usaha membangunkan kesalinghubungan itu bukan sahaja memerlukan kerjasama di antara China dan Malaysia malah, turut membabitkan beberapa negara yang menjadi laluan perkhidmatan itu.
Beliau berkata soal kesalinghubungan itu adalah antara agenda yang dibincangkan dalam beberapa pertemuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Presiden China Xi Jinping sebelum ini.
"Kita lihat laluan tren dari Singapura ke Kuala Lumpur, Kuala Lumpur ke Bangkok dan seterusnya menghala utara merentasi beberapa negara sehingga ke Kunming di wilayah Yunnan ini.
"Dari Kunming ke Beijing sudah ada Keretapi Berkelajuan Tinggi, maka soal kesalinghubungan ini akan melibatkan kerjasama bukan sahaja dengan Malaysia tetapi dengan beberapa negara yang menjadi laluannya," katanya dalam sidang media di sini, pada Sabtu. Beliau dalam rangka lawatan kerja enam hari ke China sejak Selasa.
Ahmad Zahid berkata dalam pertemuannya dengan beberapa pemimpin di sini, mereka menyambut baik usaha mewujudkan laluan itu dan secara dasarnya bersetuju untuk mengambil pelbagai inisiatif bagi merealisasikannya.
"Bukan sahaja mereka sanggup bantu dari segi melancarkan pembinaan, malah sanggup untuk memberi pinjaman mudah kepada yang berminat membantu menjayakan hasrat mewujudkan kesalinghubungan ini," katanya.
Merujuk kepada perdagangan dua hala, Ahmad Zahid berkata imbangan perdagangan di antara Malaysia dan Wilayah Yunnan sehingga November lepas adalah kira-kira AS$343 juta dengan eksport utama negara adalah barangan berasaskan kelapa sawit manakala Malaysia banyak mengimport hasil pertanian dari wilayah Yunnan.
Beliau berkata memandangkan Malaysia dan China masih belum menandatangani perjanjian FTA, Wilayah Yunnan menghadapi sedikit masalah teknikal dalam mengeksport beberapa barangannya ke Malaysia.
"Namun, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) akan mengambil beberapa langkah proaktif bagi menanganinya," kata beliau.
Ahmad Zahid berkata produk halal termasuk makanan, kosmetik dan farmaseutikal terutamanya bahan-bahan yang datang dari Malaysia juga mempunyai potensi besar di Wilayah Yunnan.
Usahawan wilayah ini dilihat amat mengharapkan satu bentuk pengiktirafan halal untuk produk-produk mereka, katanya sambil memberitahu bahawa langkah itu wajar diterokai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Halal Development Corporation (HDC).
Sebagai pengerusi Jawatankuasa Kabinet mengenai Industri Halal negara, katanya beliau bersetuju untuk meningkatkan rombongan-rombongan dagangan Malaysia ke Wilayah Yunnan bagi menjalin kerjasama dengan pamain-pemain industri halal di sini.
Ahmad Zahid berkata beliau juga mendapatkan persetujuan Jakim dan HDC untuk 'mengantarabangsakan' sijil-sijil pengesahan halal mereka supaya ia dapat diterima dan diiktiraf negara luar termasuk di Wilayah Yunnan yang menawarkan potensi besar.
Selain itu, beliau akan berbincang dengan Jakim dan HDC mengenai kemungkinan mewujudkan makmal cawangan di luar negara termasuk di Yunnan bagi membantu proses pengesahan halal bahan-bahan dalam produk mereka.
Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri juga berkata pertemuan dengan para pemimpin China kali ini mencapai persetujuan supaya pertukaran banduan antara kedua-dua negara dapat dilaksanakan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 15 2017
Ahmad Zahid (kiri) bersama Timbalan Pengarah Bahagian Keadilan Wilayah Yunnan Zhao Ligong semasa mengadakan mesyuarat dengan Biro Pentadbiran Penjara Wilayah Yunnan sempena lawatan kerja beliau di China, pada 14 Januari. - Foto Bernama
RM22.8 juta peruntukan dibelanjakan naik taraf infrastruktur ICT di 191 PKD - KKDW
Naik taraf infrastruktur ICT di PKD bagi menjadikannya pusat latihan komuniti maya yang melahirkan masyarakat desa berkemahiran.
Warga emas dikhuatiri lemas dipercayai tergelincir ke dalam sungai
Mangsa dikenali sebagai Mokhtar Othman, 61, dikatakan tidak pulang selepas keluar dari rumahnya di Machap kira-kira 1.50 pagi Ahad.
Wanita boleh mainkan peranan penting dalam pemuliharaan Imbak Canyon
Baru-baru ini, 12 wanita menghabiskan masa dua minggu dalam hutan Kawasan Pemuliharaan Imbak Canyon untuk menjalankan ekspedisi saintifik.
ASTAF sahkan penggunaan sistem ranking pada Piala Asia 2025
Edisi sulung Kejohanan Sepaktakraw Piala Asia 2025 bakal jadi rujukan untuk pelaksanaan sistem ranking pada Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 di Jepun.
Kompleks Sukan Bukit Merbau dijangka mampu penuhi sasaran 20,000 penonton
Bakal dilengkapi padang bola sepak dan trek olahraga selain arena tertutup yang boleh memuatkan 1,000 penonton.
Konsul Jeneral Malaysia, Menteri Keadilan Thailand tinjau keadaan Penjara Narathiwat
Ahmad Fahmi mendapati layanan penjara terhadap semua banduan, termasuk banduan Malaysia yang beragama Islam, adalah sangat baik.
Tumpuan Isnin – 18 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (17 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Krisis kemanusiaan: Semakin banyak negara luah kebimbangan mengenai Gaza
Duta Besar Rusia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Vasily Nebenzya mengecam keras sokongan politik Amerika Syarikat terhadap Israel, yang dianggap faktor utama di sebalik bencana kemanusiaan itu.
Konflik Asia Barat: Ketua Media Hezbollah terkorban - laporan
Serangan itu disasarkan ke kawasan kejiranan Ras al-Nabaa, yang menempatkan ramai orang awam yang berpindah dari pinggir selatan Beirut akibat pengeboman Israel.
TPM Zahid tiba di Abu Dhabi, lawatan rasmi pertama ke UAE
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi selamat tiba di Abu Dhabi, bagi memulakan kerja ke Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Politeknik Port Dickson diiktiraf institusi TVET terbaik Asia Pasifik - Ahmad Zahid
Politeknik Port Dickson diiktiraf sebagai institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) terbaik di Asia Pasifik.
Ahmad Zahid saran APM pelajari amalan terbaik, tingkat keupayaan
Ahmad Zahid menyarankan agar Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) mempelajari amalan terbaik dari negara lain bagi meningkatkan keupayaan pertahanan awam negara.
Pelan Pemerkasaan Sosioekonomi Belia 2030 perkukuh ekosistem pembangunan belia - Ahmad Zahid
Pelan Pemerkasaan Sosioekonomi Belia 2030 yang dilancarkan hari ini dijangka memperkukuhkan ekosistem pembangunan belia Malaysia menjelang 2030.
Johor negeri pertama miliki majlis pembangunan bakat melalui penubuhan JTDC - TPM
Johor menjadi negeri pertama di Malaysia memiliki majlis pembangunan bakatnya sendiri melalui penubuhan Majlis Pembangunan Bakat Johor (JTDC) yang dilancarkan hari ini.
Belanjawan 2025: RM10 juta untuk bina stadium e-sukan baharu - Ahmad Zahid
Sebanyak RM10 juta daripada keseluruhan RM20 juta yang diperuntukan bagi pembangunan ekosistem e-sukan menerusi Belanjawan 2025, akan digunakan untuk pembinaan stadium e-sukan baharu.
Tragedi tsunami perkukuh komitmen ASEAN mengenai keperluan kurangkan risiko bencana
Tragedi tsunami memperkukuh komitmen antara negara ASEAN tentang keperluan mendesak agar setiap usaha berterusan diselaraskan bagi mengurangkan risiko bencana.
Ahmad Zahid hadiri Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN mengenai pengurusan bencana
Mesyuarat berkenaan membabitkan wakil dari negara-negara angota ASEAN yang terlibat secara langsung dalam pengurusan risiko bencana.
TPM Ahmad Zahid ucap tahniah kepada Sze Fei-Nur Izuddin juarai Terbuka Artik
Kebangkitan #FeiDin menyuntik semangat juang yang tinggi dan inspirasi buat kita semua, kata Ahmad Zahid.
Parlimen: Ahmad Zahid ingatkan MP BN bawa suara rakyat secara bertanggungjawab
Semua Ahli Parlimen BN diingatkan memainkan peranan mereka dengan berkesan pada sidang Parlimen kali ini yang bermula 14 Okt ini.