China sependapat dengan Malaysia supaya dibangunkan kesalinghubungan darat khususnya laluan perkhidmatan tren di antara negara-negara rantau ini.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata usaha membangunkan kesalinghubungan itu bukan sahaja memerlukan kerjasama di antara China dan Malaysia malah, turut membabitkan beberapa negara yang menjadi laluan perkhidmatan itu.
Beliau berkata soal kesalinghubungan itu adalah antara agenda yang dibincangkan dalam beberapa pertemuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Presiden China Xi Jinping sebelum ini.
"Kita lihat laluan tren dari Singapura ke Kuala Lumpur, Kuala Lumpur ke Bangkok dan seterusnya menghala utara merentasi beberapa negara sehingga ke Kunming di wilayah Yunnan ini.
"Dari Kunming ke Beijing sudah ada Keretapi Berkelajuan Tinggi, maka soal kesalinghubungan ini akan melibatkan kerjasama bukan sahaja dengan Malaysia tetapi dengan beberapa negara yang menjadi laluannya," katanya dalam sidang media di sini, pada Sabtu.
Beliau dalam rangka lawatan kerja enam hari ke China sejak Selasa.
Ahmad Zahid berkata dalam pertemuannya dengan beberapa pemimpin di sini, mereka menyambut baik usaha mewujudkan laluan itu dan secara dasarnya bersetuju untuk mengambil pelbagai inisiatif bagi merealisasikannya.
"Bukan sahaja mereka sanggup bantu dari segi melancarkan pembinaan, malah sanggup untuk memberi pinjaman mudah kepada yang berminat membantu menjayakan hasrat mewujudkan kesalinghubungan ini," katanya.
Merujuk kepada perdagangan dua hala, Ahmad Zahid berkata imbangan perdagangan di antara Malaysia dan Wilayah Yunnan sehingga November lepas adalah kira-kira US$343 juta dengan eksport utama negara adalah barangan berasaskan kelapa sawit manakala Malaysia banyak mengimport hasil pertanian dari wilayah Yunnan.
Beliau berkata memandangkan Malaysia dan China masih belum menandatangani perjanjian FTA, Wilayah Yunnan menghadapi sedikit masalah teknikal dalam mengeksport beberapa barangannya ke Malaysia.
"Namun, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) akan mengambil beberapa langkah proaktif bagi menanganinya," kata beliau.
Ahmad Zahid berkata produk halal termasuk makanan, kosmetik dan farmaseutikal terutamanya bahan-bahan yang datang dari Malaysia juga mempunyai potensi besar di Wilayah Yunnan.
Usahawan wilayah ini dilihat amat mengharapkan satu bentuk pengiktirafan halal untuk produk-produk mereka, katanya sambil memberitahu bahawa langkah itu wajar diterokai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Halal Development Corporation (HDC).
Sebagai pengerusi Jawatankuasa Kabinet mengenai Industri Halal negara, katanya beliau bersetuju untuk meningkatkan rombongan-rombongan dagangan Malaysia ke Wilayah Yunnan bagi menjalin kerjasama dengan pamain-pemain industri halal di sini.
Ahmad Zahid berkata beliau juga mendapatkan persetujuan Jakim dan HDC untuk 'mengantarabangsakan' sijil-sijil pengesahan halal mereka supaya ia dapat diterima dan diiktiraf negara luar termasuk di Wilayah Yunnan yang menawarkan potensi besar.
Selain itu, beliau akan berbincang dengan Jakim dan HDC mengenai kemungkinan mewujudkan makmal cawangan di luar negara termasuk di Yunnan bagi membantu proses pengesahan halal bahan-bahan dalam produk mereka.
Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri juga berkata pertemuan dengan para pemimpin China kali ini mencapai persetujuan supaya pertukaran banduan antara kedua-dua negara dapat dilaksanakan. -BERNAMA
Bernama
Sat Jan 14 2017

Ahmad Zahid (kiri) bersama Timbalan Pengarah Bahagian Keadilan Wilayah Yunnan Zhao Ligong semasa mengadakan mesyuarat dengan Biro Pentadbiran Penjara Wilayah Yunnan sempena lawatan kerja beliau di China, hari ini. -BERNAMA

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

Malaysia sokong inisiatif keterbukaan, inklusif, saling menghormati China - Saifuddin
Saifuddin berkata, -Community of Shared Future- oleh Xi Jinping sejajar dengan konsep Keluarga Dunia Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

China-Malaysia sependapat wujudkan kesalinghubungan rentas negara - TPM Zahid
China sependapat dengan Malaysia supaya dibangunkan kesalinghubungan darat khususnya laluan perkhidmatan tren antara negara-negara rantau ini.

China-Malaysia sependapat wujudkan kesalinghubungan rentas negara - TPM Zahid
China sependapat dengan Malaysia supaya dibangunkan kesalinghubungan darat khususnya laluan perkhidmatan tren di antara negara-negara rantau ini.

Lebih banyak produk pertanian Malaysia masuki pasaran China tanpa halangan
Kerajaan Malaysia dan pihak berkuasa Pertanian China akan menandatangani Syarat Protokol Pitosanitari dalam tempoh dua bulan, bagi pengeksportan nanas.