Lebih banyak produk pertanian Malaysia akan memasuki pasaran China tanpa halangan November ini, hasil perjanjian yang akan dimeterai antara kedua-dua negara.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri II Datuk Seri Ong Ka Chuan berkata Kerajaan Malaysia dan pihak berkuasa Pertanian China akan menandatangani Syarat Protokol Pitosanitari dalam tempoh dua bulan, bagi pengeksportan nanas ke republik ini, susulan permintaan ke atas buah berkenaan.
"Ini merupakan kerjasama penting antara taman berkembar -- Taman Perindustrian Kuantan Malaysia-China dan Taman Perindustrian Qinzhou China-Malaysia," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pavilion Malaysia pada Ekspo China-ASEAN (CAEXPO) ke-13 di sini hari ini.
Laporan sebelum ini menyebut bahawa kedua-dua taman perindustrian itu merupakan usaha sama antara Malaysia dan China, selain antara bandar Kuantan dan Qinzhou, menerusi Inisiatif Berkembar Dua Negara.
Kerajaan Pahang meluluskan tambahan 400 hektar (1,000 ekar) bagi meluaskan taman perindustrian Kuantan kepada 960 hektar (2,400 ekar). Hasil usaha sama itu, jumlah pelaburan yang diraih setakat ini bernilai AS$3.77 bilion.
Ong berkata eksport buah-buahan Malaysia kini hanya enam peratus daripada RM540 juta.
"China mempunyai 1.3 bilion penduduk dan eksport buah-buahan masih kecil, sekali gus membuka peluang besar untuk diteroka oleh syarikat Malaysia.
"Menerusi perjanjian itu, kami mahu menjadikan Qinzhou sebagi hab dagangan," katanya dan menambah, kini lapan jenis buah-buahan Malaysia dieksport ke republik itu termasuk betik, rambutan, manggis, kelapa muda dan tembikai.
Selain nanas, Malaysia yang merupakan pengeluar kedua terbesar sarang burung. Malaysia kini boleh mengeksport sarung burung mentah yang belum dibersihkan, ke pasaran China.
China sebelum ini hanya mengimport sarang burung yang sudah diproses, katanya.
Pasaran sarang burung di China bernilai AS$1.8 bilion setahun.
Bernama
Sun Sep 11 2016

Eksport buah-buahan Malaysia kini hanya enam peratus daripada RM540 juta, kata Datuk Seri Ong Ka Chuan. - Gambar fail

Jenazah Allahyarham Ishsam akan dibawa balik ke Ipoh selepas bedah siasat
Jenazah ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin akan dibawa pulang ke rumahnya di Desa Seri Ampang, Ipoh, selepas selesai urusan bedah siasat.
Kerajaan peruntuk RM869 juta untuk RMT tahun ini - Wong
Sejumlah RM869 juta diperuntukkan kerajaan untuk program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) tahun ini bagi membantu pelajar yang tergolong dalam kategori miskin tegar.
PM akui prestasi Kabinet tidak sempurna
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui prestasinya ahli Kabinet tidak begitu sempurna dan masih mempunyai ruang untuk penambahbaikan.
Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri ini direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.
Polis Pulau Pinang sahkan ADUN Ayer Kuning meninggal dunia petang tadi
ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, 59, meninggal dunia setelah tidak sedarkan diri selepas perlawanan bola sepak persahabatan di Stadium Bandaraya di George Town, Pulau Pinang pada Sabtu.

Isu peruntukan pembangkang: Tidak pernah ada syarat perlu sokong saya - PM Anwar
Anwar berkata tidak pernah ada sebarang syarat yang menetapkan Ahli Parlimen pembangkang perlu menyokong beliau bagi mendapatkan peruntukan.

Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri Pulau Pinang direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.

Malaysia buka jalur baharu dengan negara berkembang, perluas skop dagangan negara - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perubahan dalam landskap geopolitik dunia pada masa ini memerlukan penyesuaian dalam strategi perhubungan antarabangsa.

Kerajaan Persekutuan, Sarawak akan perinci skop kerjasama Petronas-Petros - PM Anwar
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).
AWANI Ringkas: Gegaran di Butterworth berpunca latihan TUDM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

7 tip 'pujuk' anak suka makan buah-buahan
Ikuti perkongsian Dr Mazliana Mazlan cara membiasakan anak-anak pilih buah-buahan dan tidak makan makanan yang tak sihat.

Lang Agro Park tawar pengalaman petik sendiri sayur, buah-buahan segar
Ladang berkeluasan 2.4 hektar itu kini mendapat sambutan penduduk sekitar pulau ini untuk mendapatkan sayuran serta buah-buahan segar.

5 cara elak terlebih makan semasa Aidilfitri
Kesihatan yang terjaga selama sebulan berpuasa, tidak wajar digadaikan begitu sahaja.

Berpuasa, tapi tak turun berat badan? Ini antara sebabnya ...
Sudah lebih separuh bulan berpuasa, adakah iltizam anda untuk turunkan berat badan tercapai?

Bayi kepada ibu bapa 'vegetarian' mati kelaparan
Seorang bayi lelaki berusia 18 bulan mati akibat kelaparan selepas ibu bapanya yang merupakan 'vegetarian' tidak memberikannya makanan selain buah-buahan dan sayur-sayuran.

Daging babi dan buaya antara dirampas MAQIS Perak di LTSAS
Pengarah MAQIS Perak berkata, produk-produk itu cuba dibawa masuk oleh penumpang-penumpang walaupun larangan telah dikeluarkan oleh MAQIS.

MARDI hasrat jadikan Johor hab pengeluaran produk klon berkualiti
Antara produk klon berkualiti yang akan dikomersialkan termasuk Rambutan Mutiara Merah dan Mutiara Wangi, Belimbing Bintang Emas dan Durian MDUR 88.

FAMA sasar kurangkan jurang import sayuran dan buah-buahan
Pendekatan tersebut dilihat berkesan dalam usaha untuk menjimatkan pengaliran wang ke luar negara yang meningkat setiap tahun.

Perut buncit? Ini petua gaya hidup sihat pada usia emas
Gaya hidup sihat perlu dimulakan lebih awal memandangkan kadar metabolisme akan mula menurun seawal usia 30-an.

Penuaan Berjaya: Puasa, makan ulam raja boleh panjang umur?
Warga emas yang berjaya dari segi pemakanan disebabkan mereka kerap berpuasa termasuk amalan puasa sunat dan juga mengambil banyak sayur-sayuran, buah-buahan serta ulam-ulaman.