Perkara itu dimaklumkan Prasarana Berhad menerusi satu kenyataan jam 5 pagi tadi.
Penggantungan hingga 15 November ini melibatkan 16 stesen dari Stesen Kelana Jaya hingga Stesen Ampang Park.
Sementara itu, lain-lain stesen beroperasi seperti biasa dan akan menamatkan perkhidmatan lebih awal iaitu pada jam 11 malam.
Ia melibatkan 22 stesen termasuk dari Gombak ke Putra Heights.
Ia akan mula beroperasi dari jam 6 pagi hingga 11 malam bermula 9 hingga 15 November.
Gangguan perkhidmatan LRT laluan Kelana Jaya bermula jam 8.39 malam Selasa itu dipercayai akibat masalah pemanduan automatik.
BACA: Beberapa stesen ditutup susulan gangguan sistem kawalan automatik LRT Laluan Kelana Jaya
Ia melibatkan laluan antara Stesen Kelana Jaya dan Stesen Ampang Park.
Dalam pada itu Prasarana dijadual mengadakan satu sidang media pada jam 10.30 pagi ini untuk kemas kini berkaitan masalah gangguan yang berlaku.